View: 5839|Reply: 6
|
[Tempatan]
Harga sayuran jatuh hingga 70 peratus
[Copy link]
|
|
Oleh Mohamed Farid Noh
Disember 30, 2024
[email protected]
JOHOR BAHRU: Harga sayuran merudum jatuh antara 50 hingga 70 peratus sejak minggu lalu akibat lambakan bahan mentah berkenaan susulan cuaca kembali pulih di kebanyakan ladang dan kebun.
Pengerusi Persekutuan Penanam Sayur Sayuran Malaysia, Lim Ser Kwee, berkata cuaca yang baik menyebabkan bekalan sayuran kembali pulih dengan ladang dan kebun mengeluarkan hasil yang banyak.
Namun katanya, lambakan sayuran itu menyebabkan harga sayuran merudum ke paras terendah berbanding bulan lalu, selain kekurangan belian dalam kalangan pengguna.
"Harga borong timun dari ladang kini hanya RM1.50 sekilogram berbanding antara RM3.50 hingga RM4 sekilogram bulan lalu.
"Begitu juga harga borong sawi dan bayam dari ladang kini hanya RM2 hingga RM3 sekilogram mengikut gred berbanding RM6 hingga RM7 sekilogram, bulan lalu.
"Dijangkakan lambakan sayuran akan pulih menjelang Tahun Baharu Cina apabila permintaan tinggi, hujung bulan depan.
"Pengusaha sayuran juga berharap cuaca baik berterusan dan tidak hujan lebat dan banjir awal bulan depan, seperti yang berlaku awal tahun lalu, supaya bekalan sayuran pulih dan tidak terjejas semula," katanya ketika dihubungi.
Sejak Oktober hingga bulan lalu, pengeluaran hasil sayuran negara dilaporkan terjejas lebih 40 peratus susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang melanda.
Ser Kwee dilaporkan berkata ketika itu bekalan sayuran terjejas antara 35 hingga 40 peratus akibat bencana banjir melanda beberapa negeri.
Ia menyebabkan harga sayuran seluruh negara melonjak naik antara 50 hingga 100 peratus peratus, susulan kekurangan bekalan akibat ladang dan kebun sayuran di beberapa negeri, ditenggelami bah.
Sementara itu, peniaga sayuran di sebuah pasar basah di Tampoi, Wan Baharuddin Ahmad, berkata jualan sayuran juga merudum hampir 70 peratus susulan pelanggan yang amat berkurangan.
Katanya, ia mungkin akibat musim cuti persekolahan dengan kebanyakan kantin sekolah ditutup selain pengguna mengambil peluang cuti melancong.
"Sejak minggu lalu, harga sayuran memang jatuh merudum akibat bekalan yang banyak namun kekurangan pembeli amat ketara.
"Harga sayur sawi dan bayam kini dijual dengan harga runcit RM3.50 hingga RM4 sekilogram berbanding mencecah RM9 sekilogram, Oktober dan bulan lalu.
"Harga cili padi juga merudum ke hanya RM9 sekilogram berbanding RM19, sebelum ini. Begitu juga harga cili merah jatuh kepada RM13 sekilogram berbanding RM21 sekilogram, Oktober dan bulan lalu," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ya Meh? Esok lepas balik kerja nak try tengok kat mini market betoi ka idok rege dah turun |
|
|
|
|
|
|
|
Murahnya turun 70 % ..biar betul. Mgkin x semua tempat. Tadi gi pasar terung sekilo 10 hinggit..buncis n bendi pun sama je rega mahal…bayam x past lak berapa sekilo. Sbb makcik pasar tu dh ikat kecik2 3 hinggit seikat |
|
|
|
|
|
|
|
Jatuh mende nye
Daun sup dua jari iols dah rm5 |
|
|
|
|
|
|
| |
|