CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5610|Reply: 0

[Sarawak] Fazzrudin gesa Chong guna hubungan dengan DAP persekutuan selesaikan isu agihan gas

[Copy link]
Post time 30-12-2024 04:13 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen harus menggunakan hubungan dengan pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) persekutuan jika ikhlas mahu menyelesaikan isu berkaitan pertikaian pengagihan gas untuk Sarawak.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Dato Fazzrudin Abdul Rahman (gambar) berkata, Chong boleh meminta ketua parti DAP, Anthony Loke untuk menyelesaikan isu berkenaan dengan Perdana Menteri.

“Ini akan mencerminkan keikhlasan DAP dalam menghormati dan menegakkan hak Sarawak seperti yang didakwa telah dilakukan berkali-kali sebelum ini.

“Saya menggesa Chong untuk turut menyatakan pendiriannya mengenai perkara itu dan bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak dalam mendesak penyelesaian daripada Putrajaya.

“Saya rasa ini kali pertama saya mendengar Chong bercakap mengenai isu pengagihan gas kerana selama ini beliau berdiam diri sedangkan kami, GPS (Gabungan Parti Sarawak) dan Kerajaan Sarawak lantang dan tidak henti-henti memperjuangkan hak Sarawak,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Fazzrudin berkata demikian mengulas mengenai laporan sebelum ini Chong menggesa Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg  untuk mendedahkan perkembangan terkini mengenai pertikaian antara Sarawak dan PETRONAS berkenaan hak sumber minyak dan gas di dalam dan sekitar negeri.

Chong menegaskan rakyat Sarawak berhak mengetahui butiran penyelesaian yang dicapai sebelum sebarang perjanjian dimeterai, bagi memastikan kepentingan generasi akan datang tidak terjejas.

Fazzrudin menegaskan, Kerajaan Sarawak tidak menyembunyikan orang ramai mengenai pertikaian pengagihan gas bahkan amat lantang dalam menegaskan hak Sarawak.

“Pendirian kami ialah menyerahkan pengumuman kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai formula resolusi sebagai satu penghormatan.

“Bagaimanapun, sehingga kini kita masih belum mendengar sebarang pengumuman oleh perdana menteri untuk menamatkan isu ini. Keputusan ini kini terpulang kepada perdana menteri,” tegasnya.

Fazzrudin berkata, kedudukan Sarawak jelas kerana kuasa ke atas pengedaran gas terletak pada Kerajaan Sarawak dan PETROS diiktiraf sebagai pengagregat gas tunggal.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.060796 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list