View: 11970|Reply: 7
|
Lelaki (OKU) kudung tangan, rakan didakwa rompak emas
[Copy link]
|
|
SEBERANG PERAI – Lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang kudung tangan kanan bersama rakannya didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tuduhan merompak berkumpulan dua guni barang kemas pada 12 Disember lalu.
Tertuduh, Muhammad Zaim Goh Abdullah, 42, dan Mah Cheow Chuen, 43, yang juga OKU bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap dibaca bersama di hadapan Hakim Nurzafirah Mohamed Ali.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka bersama seorang lagi yang masih bebas telah melakukan rompak berkumpulan ke atas seorang lelaki berusia 27 tahun dua guni mengandungi 160 bungkusan barang kemas dengan bersenjatakan sebilah parang.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah premis di Pusat Perniagaan Oren, Bagan Ajam di sini, pukul 7.35 malam pada 12 Disember lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Nadia Jamal.
Hakim kemudian membenarkan masing-masing tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula.
Sementara itu di Mahkamah Majistret, Muhammad Zaim dan Cheow Chuen mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki harta curi iaitu sebuah computer riba dan satu unit vape yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin @ Ghani.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
aahai tu dia mmg oku dr lahir ke sbb kena potong masa mencuri..kot kot la kn..
insaf la dek..
kalau dia cuku sifat..sia siap jd ketua mafia. |
|
|
|
|
|
|
|
nak mengemis..kena maki ngn acik t20..baik merompak... |
|
|
|
|
|
|
|
Merompak ni sama dengan curi la kann... yakni mengambil hak orang lain tanpa kerelaan.
So, potong lagi sebelah terus takde tangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kudung tapi dan lagi merompak/mencuri.the irony.
Tapikan klau kudung ni memang tersangt susah nak dapat kerja so pilihan terakhir adalah merompak.
Bukan simpati tetapi realiti. |
|
|
|
|
|
|
|
Kekurangan diri bukanlah penghalang
Eh, boleh gitu! |
|
|
|
|
|
|
|
iols wonder camne polis gari kalau sebelah tangan kudung? |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor: Merompak ni sama dengan curi l ...
Curi..ambik hak orang secara senyap.
Rompak..ambik hak orang secara kekerasan.
Teori aku jer ni.[em:3:] |
|
|
|
|
|
|
| |
|