CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17020|Reply: 13

PU Azman ‘dipenjara’ kali keempat

[Copy link]
Post time 30-12-2024 06:36 PM | Show all posts |Read mode






SHAH ALAM – Bekas pendakwah selebriti, PU Azman dijatuhi hukuman penjara lagi selama enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan amang seksual terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun pada tujuh tahun lalu.


Ini merupakan kali keempat selepas dijatuhi hukuman penjara di Mahkamah Klang dan Seremban sebelum ini.


Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhi hukuman itu selepas PU Azman dengan nama sebenarnya Azman Syah Alias, 43, menukar pengakuan bersalah terhadap pertuduhan pindaan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.


Ini selepas representasi dihantar pihak pembelaan pada Oktober lalu telah diterima Jabatan Peguam Negara ketika prosiding perbicaraan telah berlangsung dengan pendakwaan telah mengemukakan enam saksi.


Rasyihah turut memerintahkan PU tersebut yang lebih dikenali Cik Man menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan selain pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman penjara.


Mahkamah memutuskan kesemua hukuman tersebut diambil kira (TIC) mengikut Seksyen 171 (A) Kanun Tatacara Jenayah terhadap satu lagi pertuduhan sama yang dihadapi Cik Man.


Mengikut pertuduhan, PU Azman telah melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun ketika itu di sebuah inap desa di Jalan Kebun Klang antara pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi pada September 2017.


Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.


Berdasarkan fakta kes, PU Azman telah secara tiba-tiba masuk ke dalam bilik mangsa dan menyatakan mahu tidur bersama sebelum menyentuh remaja lelaki itu bagi tujuan amang seksual fizikal selepas diajak bermalam di inap desa itu.


Mangsa tidak menceritakan kepada kejadian itu kepada sesiapa kerana takut tidak akan dipercayai oleh sesiapa sebelum memaklumkan kepada seorang ustazah yang telah menghubungi mangsa pada tahun 2022.


Sebaik hukuman dijatuhi, Mahkamah membenarkan ahli keluarga Cik Man yang turut hadir pada prosiding hari  bertemu dengan bekas pendakwah berkenaan di dalam galeri mahkamah.


Terdahulu, Peguam Fahmi Adilah dalam mitigasinya memaklumkan pengakuan anak guamnya didorong faktor keinsafan dan kekesalan selain tertuduh memohon maaf kepada mahkamah serta pihak mangsa dalam kes ini.


“Tertuduh sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 27 September lalu. Saya difahamkan tertuduh ketika menjalani hukuman telah terlibat dalam program agama dan beri manfaat kepada banduan dan staf penjara.


“Ini menunjukkan tertuduh telah insaf dan kepentingan awam adalah terpeliharaa apabila dapat menukar individu kepada lebih baik. Justeru, mohon hukuman paling minimum dan bermula jatuh hukum hari ini,” jelasnya yang turut ditemani Peguam
Mohamad Zahid Ahmad.


Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi menegaskan, walaupun apa jua mitigasi diingatkan sebagai seorang pendakwah selebriti tidak wajar melakukan perkara tersebut  kepada mangsa.


“Pengakuan salah bukanlah automatik diskaun hukuman dengan tertuduh telah disabitkan di Mahkamah Klang dan Seremban.


“Mohon hukuman bentuk pengajaran kepada tertuduh dan juga boleh buka mata masyarakat secara amnya,” katanya.


Untuk rekod, PU Azman pada 27 September lalu telah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan atas dua pertuduhan kes amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada 2022.


Selain itu, Mahkamah Majistret Klang pada 6 Disember lalu telah menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki pada tahun sama.


Pada 17 Disember pula, PU Azman dijatuhi penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban atas empat pertuduhan pindaan kes amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki di Nilai.


Sementara di Mahkamah Sesyen Ampang, satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun dihadapi Azman, telah ditarik balik.


Dalam pada itu, Fahmi yang ditemui selepas di luar mahkamah menegaskan, kesemua hukuman penjara itu adalah berjalan serentak.


“Ini tiada tambah-tambah bagi setiap hukuman penjara yang dikenakan mahkamah. Ia disebabkan orang memahami sebegitu dan perlu dibetulkan kefahamannya,” katanya.



Sumber  – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2024 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Keluar awal ni sbb payrol nanti.allah sygkan dia.allah jaga dia dgn hentikan awal dn bg manafaat pd org lain dlm penjara nti.sbnrnya Allah sygkan kamu.insaf aku
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2024 01:54 PM | Show all posts
kesian
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2024 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Kurang seorang perosak generasi muda.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2024 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry x kesian,abis rosak anak org digroomingnya,duduk la dlm penjara tu demi keselamatan org awam Dan supaya dia sendiri dpt kawal diri dia
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2024 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu kesalahan amang kaum sejenis ni, masuk penjara tu pon dpt control ke rasa sangap dgn kaum sejenis dlm tu? Ade yg kekar ade yg jambu dlm sana…jujur aku tny nk tahu ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2025 10:12 AM | Show all posts
kalau perempuan mangsa tu, mungkin dah mengandung kena dgn piyu ni ye.. adakah cukup sekadar perkataan maaf?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpk la die mcm redha dgn hukuman yg die dpt.
Ade mesej yg cube die smpikn. Die terima dan hukuman yg die dpt tu sebagai pengajaran buat org2 lain dan terutamanye org2 agama. Nmpk la jgak keinsafan die..
Ni my observation je.. x side die pon sbb mmg terang2 die mengaku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2025 04:44 PM | Show all posts
nampak tenang cool  redho je cikman ni
ye la ... buat apa nak stress
jalani je hukuman bila dah buat salah

kiranya hukuman penjara dia berjalan serentak (paling lama 2/3 darai 24 tahun)
hukuman sebab dijumlah kan ke macam mana ye?
banyak juga tu ....
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 04:49 PM | Show all posts
Tak mustahil lah dia boleh insaf sebab dia percaya Allah itu benar. Ini aku assume iman dia tu genuine bukan pura2. Masalah dia tang nafsu dia sahaja yang tidak mainstream.

Kalau dia atheist memang tak mungkin dia akan insaf sebab itu naluri dia.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 04:53 PM | Show all posts
awanearisu replied at 31-12-2024 01:55 PM
Alhamdulillah. Kurang seorang perosak generasi muda.

It won't make the slightest difference. Nature will continue to breed manusia2 baru dan tetap akan ada yang bernafsu sepertinya. Yang disebut 'mangsa' itu pun akan tetap terlahir dan membesar sebagaimana kehendak aturan alam yang pincang sejak dahulu kala.

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 04:55 PM | Show all posts
MisXoXo replied at 30-12-2024 10:12 PM
Keluar awal ni sbb payrol nanti.allah sygkan dia.allah jaga dia dgn hentikan awal dn bg manafaat pd  ...

WTH
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 04:56 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 1-1-2025 04:49 PM
Tak mustahil lah dia boleh insaf sebab dia percaya Allah itu benar. Ini aku assume iman dia tu genui ...

Kalau tak report heret mahkamah insof ke idok tuh? Hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2025 04:57 PM | Show all posts
Sesuatu… replied at 31-12-2024 05:57 PM
Kalu kesalahan amang kaum sejenis ni, masuk penjara tu pon dpt control ke rasa sangap dgn kaum sejen ...

Yes and No.

It depends on the individual person bukan soal dalam atau luar penjara. Yang nak kekang nafsu akan kekang nafsu, yang tak nak akan jumpa pasangannya di dalam. Siap hidup macam laki bini lagi.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.293728 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list