View: 35776|Reply: 11
|
[Tempatan]
MASwings dijangka sah milik Sarawak suku pertama tahun depan - Abang Johari
[Copy link]
|
|
MASwings dijangka sah milik Sarawak suku pertama tahun depan - Abang Johari
https://www.bharian.com.my/berit ... a-tahun-depan-abang
Oleh Mohd Roji Kawi - Disember 30, 2024 @ 5:50pm
[email protected]
MASwings jika dimiliki Sarawak tidak hanya akan menyediakan penerbangan antara wilayah Sarawak dan Sabah. - Gambar fail
KUCHING: Kerajaan negeri berkata syarikat penerbangan MASwing secara prinsipnya sudah dimiliki Sarawak, cuma perjanjian mengenainya belum ditandatangani.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata ini kerana juruaudit kedua-dua pihak iaitu kerajaan Sarawak dan Malaysia Aviation Group (MAG) belum memuktamadkan nilai pengambil alihan aset MASwings.
"Kita (Kementerian Pengangkutan Sarawak) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) pada dasarnya sudah bersetuju, cuma kita belum boleh menandatangani perjanjian pengambilalihan.
"Ini kerana pihak ketiga iaitu juruaudit belum mencapai kata putus berkenaan nilai pengambilalihan aset MASwings.
"Kerajaan Sarawak ada nilainya sendiri dan mereka juga meletakkan nilai tertentu," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Chia Hia Khor Moral Uplifting Society Sarawak (CHKMUS) di sini, hari ini..
Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan media mengenai status terkini pengambilalihan MASwing.
Tambah Abang Johari, isu nilai pengambilalihan aset itu sepatutnya diselesaikan bulan ini, namun dengan lanjutan rundingan antara juruaudit, beliau menjangkakan MASwings akan sah menjadi milik Sarawak dalam suku pertama tahun depan.
Baru-baru ini, Abang Johari mengumumkan apabila MASwings dimiliki Sarawak, ia tidak hanya akan menyediakan penerbangan antara wilayah Sarawak dan Sabah semata-mata.
Sebaliknya, MASwing akan turut menyediakan penerbangan antarabangsa ke beberapa destinasi antaranya Korea, Jepun, Hong Kong, Bangkok di Thailand, Jakarta di Indonesia dan Frankfurt di Jerman.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"nanti duit habis... tuduh malaya rompak,sakau,curi hasil Swak"-Malaya |
|
|
|
|
|
|
|
Kang dah ambik alih jgn harga masih yahudi utk rakyat sarawak. Dlu komplen kata mcm2 kata harga mahal. Ni dh kat tgn sendiri, kalau mahal gak, elok jah panggil james berok balik memerintah. |
|
|
|
|
|
|
|
So kalau dah ambik alih...harga turun tak? Jgn nak bg diskaun kat anak negeri je |
|
|
|
|
|
|
|
ashilalat replied at 30-12-2024 07:38 PM
Kang dah ambik alih jgn harga masih yahudi utk rakyat sarawak. Dlu komplen kata mcm2 kata harga maha ...
Ckp pasl James tu mmg Sarawak bangga ke dgn mamat omputih nih...ada satu hari tu terlihat satu program yg dok hormat dn raikan generasi berapa tah James tuh...aii terpikir diaorg mmg suka ke penjajahan ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga success Sarawak!!! |
|
|
|
|
|
|
|
wirazam replied at 30-12-2024 08:37 PM
Ckp pasl James tu mmg Sarawak bangga ke dgn mamat omputih nih...ada satu hari tu terlihat satu pro ...
Orang hitam yang dijajah orang putih tidak akan menjadi putih. |
|
|
|
|
|
|
|
wirazam replied at 30-12-2024 08:37 PM
Ckp pasl James tu mmg Sarawak bangga ke dgn mamat omputih nih...ada satu hari tu terlihat satu pro ...
Ko penah pegi tak Fort Margherita kat seberang sungai Jambatan Darul Hana kat Kuching? Pergi la baca smua cerita² yg ditampal kat dinding fort tu. Ko akan rasa terkejut bila baca betapa agungnya diorg sanjung keluarga Brooke ni. Infact bila baca tu, rasa mcm diorg sedih bila Brooke surrender Sarawak pada British/Malaysia. Brunei pon mcm x disukai oleh org Sarawak.
Masa baca tu aku mcm pelik plak...eh? Mmg mcm ni ke pandangan Sarawakian pada keluarga Brooke? |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni harga tiket mcm tiket naik bas aje. Alhamdulillah. |
|
|
|
|
|
|
|
moga harga off lebih 50% kepada orang sarawak dan sabah... |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 penerbangan pertama ni utk bawa anak sarawak balik sempena raya aidilfitri dengan harga yg mampu milik la. Kalau sama je dgn MAS, Air Asia......bersaing pulak nanti. Anak Sarawak kena la sapot penerbangan negeri sendiri kot....Kedah, Penang pun takde syarikat penerbangan sendiri.... |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik warna kapal terbang. Nampak berprestij gitu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|