View: 39919|Reply: 7
|
Bekas Presiden AS, Jimmy Carter meninggal dunia usia 100 tahun
[Copy link]
|
|
WASHINGTON – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Jimmy Carter meninggal dunia pada usia 100 tahun, demikian menurut yayasannya semalam.
Sepanjang hayatnya, mendiang pernah menerima Anugerah Nobel Keamanan dan memimpin AS dari tahun 1977 hingga 1981.
Carter yang tidak mampu lagi bergerak, berada dalam penjagaan hospis sejak pertengahan Februari 2023 di rumahnya di bandar kecil tempat beliau dilahirkan, Plains dalam negeri Georgia.
Mendiang mengusahakan tanaman kacang sebelum menjadi Gabenor Georgia dan bertanding untuk kerusi White House.
“Carter menghembuskan nafas terakhir rumahnya di Plains dan dikelilingi oleh ahli keluarga,” kata yayasan Pusat Carter dalam satu kenyataan.
Carter juga ialah bekas presiden AS yang paling lama hidup walaupun pada 2015 Parti Demokrat mendedahkan beliau menghidap kanser otak.
Sepanjang memegang jawatan Presiden AS selama satu penggal, Carter meletakkan komitmen kepada hak asasi manusia dan keadilan sosial. Beliau menikmati dua tahun pertama yang kukuh termasuk menjadi pengantara damai antara Israel dan Mesir sehingga membawa kepada Perjanjian Kem David.
Carter meninggalkan empat orang anak iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan.
Isteri Carter selama 77 tahun, Rosalynn meninggal dunia pada 19 November 2023 pada usia 96 tahun. – AFP
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun..... |
|
|
|
|
|
|
|
PMX Anwar Ibrahim harus hadir ketika pemakaman nanti agar boleh tertular hadiah Nobel Perdamaian dan juga boleh tercantum sebagai pemimpin besar dunia guna sepanjang sejarah manusia melengkapi statusnya sebagai Imam Mahdi... |
|
|
|
|
|
|
|
sampai jua usia 100 tahun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia masih appear publicly until recently terlibat dengan world issue kalau ku tak silap. Tak sangka dah 100. Satu kehidupan yang berbaloi.
|
|
|
|
|
|
|
|
dia jahat ke baik |
|
|
|
|
|
|
| |
|