CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38999|Reply: 0

Indonesia terima jet pejuang T-50 Korea Selatan pada 2025, 2026

[Copy link]
Post time 30-12-2024 10:12 PM | Show all posts |Read mode

Jet pejuang T-50 buatan Korea Selatan. - Foto ihsan KAI

JAKARTA: Tentera Udara Indonesia akan memperoleh beberapa jet pejuang T-50 yang dikeluarkan Korea Aerospace Industries (KAI) sepanjang 2025 dan 2026, kata Ketua Turus Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU), Marsyal Mohamad Tony Harjono, lapor Agensi Berita Indonesia (ANTARA).

"Berdasarkan pemeriksaan saya, pesawat dari KAI adalah luar biasa. Kami telah menggunakan jet sedemikian dan akan menerima lebih banyak daripada mereka bermula 2025 hingga 2026," katanya kepada media semasa perbincangan yang diadakan di ibu pejabat TNI AU di Jakarta Timur pada Isnin.

Bagaimanapun, Mohamad tidak mendedahkan butiran mengenai jumlah jet pejuang yang akan diterima mahupun nilai kontrak perolehan mereka.

Marsyal menyatakan bahawa pesawat yang ditempah akan ditempatkan di beberapa skuadron, dengan objektif utama untuk meningkatkan pertahanan ruang udara Indonesia.

Selain itu, ketua tentera udara itu mendedahkan Indonesia akan memperkukuh kuasa udaranya dengan memperoleh pesawat dari negara lain, termasuk jet pejuang serba guna Perancis, Dassault Rafale, pada 2026.

Beliau juga mendedahkan bahawa pada tahun ini, Kementerian Pertahanan Indonesia telah bersetuju dengan kontrak untuk perolehan 12 dron Anka yang dihasilkan oleh Turkish Aerospace.

Kontrak tersebut menetapkan bahawa separuh daripada dron itu akan dihasilkan di Indonesia, dan selebihnya akan dihantar ke negara itu dalam tempoh 32 bulan selepas kontrak berkuat kuasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.714461 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list