CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6610|Reply: 0

[Pulau Pinang] Peningkatan kos sara hidup: CAP galak rakyat tanam sayur

[Copy link]
Post time 31-12-2024 02:57 PM | Show all posts |Read mode
Peningkatan kos sara hidup: CAP galak rakyat tanam sayur

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Disember 31, 2024 @ 2:10pm [email protected]





Fathima (kiri) ketika menghadiri Program Jom Tanam Pokok di laman pejabat CAP di Jalan Masjid Negeri. - Foto ihsan CAP





GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyarankan rakyat negara ini supaya memulakan tahun baharu 2025 dengan menanam sayur di rumah bagi menjimatkan kos.

Ia berikutan tahun hadapan yang dijangka bakal memberi lebih banyak cabaran kepada pengguna dengan peningkatan kos sara hidup, termasuk harga makanan.

Naib Presiden CAP, Fathima Mohd Idris, berkata bagi mengurangi beban kenaikan harga sayuran, pengguna disaran supaya menanam apa sahaja jenis sayur dan herba.

Katanya, tambahan pula harga sayuran di pasaran negara ini sudah meningkat dalam tempoh beberapa hari lalu dan keadaan itu dijangka berterusan.





"Hujan dan banjir menyebabkan kesukaran kepada petani yang mengalami kerugian dan krisis iklim juga antara penyebab kepada peningkatan masalah kebuluran di dunia.

"Ramai petani menghubungi CAP mengadu mengenai masalah harian mereka, termasuklah peningkatan harga input pertanian, tidak mampu mendapatkan pekerja dan hujan berterusan menyebabkan kemusnahan tanaman mereka," katanya ketika menghadiri Program Jom Tanam Pokok anjuran CAP di laman pejabat persatuan itu di Jalan Masjid Negeri, hari ini.

Beliau berkata, penanaman sayur untuk dimakan tidak memerlukan ruang yang banyak seperti bendi, terung, cili, selain sayur berdaun seperti sawi, kangkung, kailan dan bayam.

"Juga tumbuhan saka seperti pudina, pegaga, kesum dan selom amat mudah bagi ditanam seperti di balkoni rumah.

"Barangan isi rumah yang biasa digunakan seperti karton susu, botol jus atau minuman dan bekas kecil lain boleh digunakan untuk tanaman tumbuhan yang mempunyai sistem akar kecil seperti sayur berdaun.

"Bagi tanaman yang akarnya lebih dalam seperti bendi, terung dan cili, barangan seperti tin biskut, tin minyak lima liter dan botol air lima hingga 20 liter boleh digunakan sebagai bekas tanaman.

"Penanaman sendiri sayur, herba dan buah-buahan boleh menjimatkan wang bagi perbelanjaan barangan runcit selain mendidik anak-anak mengenai makanan mereka," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1343146/peningkatan-kos-sara-hidup-cap-galak-rakyat-tanam-sayur





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.181076 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list