CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30487|Reply: 0

[Johor] Pusat Akuatik Arena Larkin dibuka selepas 5 bulan ditutup

[Copy link]
Post time 1-1-2025 09:25 PM | Show all posts |Read mode

PUSAT Akuatik Arena Larkin yang sebelum ini ditutup akibat dicemari bakteria (e-coli) mula dibuka kepada orang awam, hari ini. FOTO Izz Laily Hussein

Johor Bahru: Pusat Akuatik Arena Larkin yang ditutup sejak Ogos lalu, mula dibuka kepada orang awam, hari ini.

Pusat Akuatik itu ditutup bagi kerja naik taraf dan penggantian lantai kolam renang utama dan kolam terjun, susulan dicemari kesan karat selain pencemaran bakteria e-coli yang berlaku pada Julai tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, kerja naik taraf dan penggantian dua lantai kolam sudah selesai dilaksanakan pihak pemaju pada November lalu.

"Pemantauan secara berterusan dan rawak daripada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JNKJ) juga dibuat sepanjang Disember lalu menerusi pengambilan sampel air di kolam.

"Hasil laporan dan pemantauan berkala juga menunjukkan keputusan yang positif dari segi bacaan bakteria dan klorin, sekali gus tidak menghalang untuk kemudahan ini dibuka kepada orang awam," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Hairi berkata, Pusat Akuatik Arena Larkin akan beroperasi pada Ahad hingga Isnin (kecuali Rabu untuk kerja pembersihan menyeluruh).

"Diharap orang awam dapat menggunakan fasiliti ini mengikut garis panduan dan peraturan ditetapkan pihak pengurusan dan menjaga tahap kebersihan diri bagi mengelak sebarang perkara diingini berulang serta berlaku," katanya.



Disiarkan pada: Januari 1, 2025











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.047924 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list