CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7755|Reply: 0

[Kedah] 'Terima kasih Harian Metro dan rakyat Malaysia, bantu saya serta anak-anak'

[Copy link]
Post time 2-1-2025 01:11 PM | Show all posts |Read mode
'Terima kasih Harian Metro dan rakyat Malaysia, bantu saya serta anak-anak'

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




NOR Aza (kanan) menceritakan masalahnya kepada Pengerusi CSM, Zuraini Kamal apabila Perodua Kancil miliknya kerap rosak. FOTO arkib NSTP





Alor Setar: "Syukur Alhamdulillah selepas kisah saya disiarkan Harian Metro kelmarin, ramai yang menghulurkan sumbangan sehingga mencecah lebih RM8,000," kata Nor Aza Hamzah, 43.

Menurutnya, wang itu akan digunakan bagi membeli kereta terpakai manakala bakinya untuk membesarkan empat anak yang masih kecil.

Katanya, dia tidak menyangka rakyat Malaysia sangat prihatin dengan masalah yang dialaminya selepas kehilangan suaminya, Mohd Asri Zakaria yang meninggal dunia akibat kanser buah pinggang kira-kira dua tahun lalu.

"Sebelum ini dalam akaun bank saya cuma ada RM60 dan terpaksa saya jimat tetapi saya terkejut apabila ramai yang membantu menyalurkan sumbangan dalam akaun bank saya.







"Syukur alhamdulillah, mungkin rezeki tahun 2025, kami sekeluarga dapat pakai kereta baharu walaupun hanya kereta terpakai dan saya akan beli dalam tempoh dua atau tiga hari lagi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, selain empat anaknya yang berusia 11 hingga tiga tahun termasuk seorang daripadanya autisme, dia juga turut menjaga ibu mentuanya, Aisyah Salleh, 75, serta ibu saudaranya yang mengalami masalah jiwa.

Katanya, dia yang juga anak yatim piatu akan terus berusaha menjual telur masin hasil itik peliharaan demi membesarkan anak-anaknya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kisah Nor Aza terpaksa menggunakan Perodua Kancil uzur untuk membawa anak-anaknya ke sekolah selepas kematian suaminya, dua tahun lalu.

Kereta buruk itu sudah beberapa kali rosak di tengah jalan namun tetap digunakannya malah membaikinya sekadar termampu dengan menggunakan wang hasil jualan telur masin serta menyiang ikan keli yang diperolehinya RM100 seminggu.

Kisah kesusahan Nor Aza turut tular di media sosial oleh Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang kasihan melihat wanita itu terpaksa menggunakan kereta 'buruk' untuk kegunaan harian.



Disiarkan pada: Januari 2, 2025 @ 11:54am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1172046/terima-kasih-harian-metro-dan-rakyat-malaysia-bantu-saya-serta-anak-anak




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.050601 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list