CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26961|Reply: 19

Ira Kazar Tak Terfikir Cari Pengganti, Hati Masih Tertutup - “Terlalu awal untuk cakap fasal pengganti"

[Copy link]
Post time 2-1-2025 05:13 PM | Show all posts |Read mode



Bekas isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar berkata hatinya belum terbuka untuk mencari pengganti selepas sah bercerai pada Ogos lalu.

Memetik HibGlam, Ira berkata buat masa ini dia hanya mahu memberi fokus kepada keluarga serta rakan-rakannya.

“Terlalu awal untuk cakap fasal pengganti sebab saya tak pernah terfikir pun. Lebih kepada nak seronok dengan keluarga dan kawan. Insya-Allah akan terbuka hati kelak tetapi buat masa sekarang masih tertutup,” katanya.

Sementara itu, Ira berkata hubungannya dengan bekas suaminya itu masih kekal baik meskipun sudah berpisah dan baginya tidak perlu bermusuhan.

“Hubungan saya dengan Syamsul okey dan baik-baik sahaja walaupun kami tidak lagi bersama. Bagi saya, tak perlu bermusuh dengan bekas suami sebab dia pernah menjadi teman hidup kita. Jadi untuk apa nak bermasam muka,” katanya.

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai kegagalan mempertahankan rumah tangga, Ira mengakui terkesan namun melihat apa yang terjadi secara positif kerana tiada siapa mahukan perceraian.

“Nak kata kecewa tak jaga hubungan perkahwinan, ada juga sedikit cuma semua yang terjadi sudah disusun untuk setiap insan. Meskipun kita tak nak jadi begitu (cerai), perjalanan memang sudah ke arah itu, saya ikut sahaja apa Allah bagi.

“Saya turut pandang ke arah kebaikan. Kadang-kadang terfikir juga kenapa tetapi kalau asyik mempersoalkan ibaratnya macam kita persoalkan kerja Tuhan,” katanya.

Sumber – Hibglam, Rotikaya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2025 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mekiti lak tgk dia pakai spec
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2025 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
..."sebab dia pernah menjadi teman hidup kita".. setakat nikah tapi suami yg berduit tu tak nak buat kenduri, then kena tinggal oleh suami yg xnak dok skali tu, xyah le pakai term "teman hidup". PS blh le kata camtu. Ada anak bersama hasil hidup bersama.    Yg si dia ni??? Ketawa ibu jari kaki aku mendengarnyeee
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2025 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik muka dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2025 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Patah amon ada..lelaki yg baik takkan tanya kisah silam wanita tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2025 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Baju and tudung warna pastel pink putih eh tu? Persona suchi morni sangat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2025 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Wei ira..
Gossip.kau.mmg.menerpa.masa iols kena csect dalam ot tau..
Gynae n nurse2 nya bergossip hahah..
Iols.hanya dengar jelah..
Jadi mmg melekat nama ira kaza ni dalam ingatan iols masa operate anak bongsu iols
Hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Raut muka dia cantik

Lagu baru catchy ..tak kesah..sah..sah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn cari yg kedekut buruk siku sis.

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 06:26 PM | Show all posts
shernazz replied at 3-1-2025 01:54 PM
Wei ira..
Gossip.kau.mmg.menerpa.masa iols kena csect dalam ot tau..
Gynae n nurse2 nya bergossip ha ...

Gynae n nurse2 nya bergossip hahah




pasal STD ke?
ishk...






Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
berskandal lebih lama dari jadi pasangan halal suami isteri . malu yachh.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni mcm kurap.
Datang dan pergi lesap mcm tu. Yg untung si Sol.
Suka suki skandal. Suka suki kawen siam. Suka suki cerai. Semoga dpt balasan di hari tua. Stroke ke apa baru padan muka.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak Ira okay je, dan boleh move on. Tak kisahlah apa orang kata, jadi kan kisah silam sebagai pengajaran. Semoga yang baik2 aje buat Ira.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 3-1-2025 06:26 PM
Gynae n nurse2 nya bergossip hahah



Takde lah..bukan isu medical pung..
Depa cite pasal.rampas.merampas
Hahahaha...
Siap kata kesian puteri sarah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
IK nampak berisi, lawa sikit
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin cantik she
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2025 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru lah kau tahu, tk perlu jantan pn klu nk mendonia. Ni buat jahat kt bini pertama, scandal dgn laki org, psiko, kwen koboi, selame mase tu kau boleh buat ape? Tk ley, setkat masak2 mcm marhaen jurr
Lpas cerai, baru lah sedar kn byk je bnde yg kau boleh buat sendiri, pakai lawa2, photoshoot, kluar dgn kwan2.
Tp tu lah psiko kau dlu tu mcm cinta mati sgt, lpas serai aman2 jurrr tde pn mcm nk bunuh diri.
Mst terase bodoh kn teringat kau psiko PS and mak mentua dia tu mcm mne semata2 jantan. Ghope2 nye dunia byk lg jantan helok selain solsol tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 12:52 PM | Show all posts
walau pun dah cerai dan cuba nak nampak cool, iol tetaplah doakan ko dpt balasan atas perbuatan ko dulu , sama gak dgn bapak p*p*k kau sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 2-1-2025 10:30 PM
Patah amon ada..lelaki yg baik takkan tanya kisah silam wanita tu

Sesuai Kan nyahhhhh haha bekas cousin
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa ramai suka button nose ira kazar ni? i tertengok dkt tiktok. ramai buat button nose makeup ikot dia ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.053285 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list