Contoh saya buat editing video, saya buat editing gambar, ada terasa hati. Saya nak minta maaf terus dari saya kepada anda,” katanya.
Sementara itu, Fadzil ebrkata dia sudah lama tidak aktif di media sosial dan selepeas berfikir panjang dia mahu berhenti daripada melakukan posting kandungan lucu berkaitan isu semasa.
“Kalau tengok saya pun dah tak aktif berapa lama dah. Sebab duk fikir panjang, lama juga la duk fikir, masa buat ‘posting’ tu kita rasa biasa saja, tapi bila kita baca balik komen-komen tu, mungkin aku ada salah sini, salah situ.
“Jadi saya nak ambil peluang ini, nak minta maaf pada semua, untuk sesetengah individu mungkin kalau saya ada nombor untuk dihubungi, saya akan whatsup mereka secara terus ataupun saya akan DM terus untuk minta maaf la.
“Insyallah, lepas ni, saya akan berusaha untuk mengelak hantaran sedemikian yang boleh buat orang terasa hati. Jadi saya nak minta maaf sekali lagi, kepada sesiapa yang terasa hati dengan saya, ataupun keluarga saya, saya nak minta maaf. Harap kita sudah tiada apa sangkut lagi,” katanya.
Sumber – Rotikaya