CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26130|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang mohon maaf kepada pengguna PSP

[Copy link]
Post time 3-1-2025 12:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 3-1-2025 12:21 AM

Pulau Pinang mohon maaf kepada pengguna PSP

MOHD ISKANDAR OTHMAN
02 Januari 2025 07:08pm




Mooi Lye




GEORGE TOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang memohon maaf kepada pengguna aplikasi Penang Smart Parking (PSP) berikutan isu log masuk biometrik yang berlaku pada versi 3.0 yang baharu dilancarkan.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, H'ng Mooi Lye berkata, walaupun versi Android dan Huawei telah berjaya dikemas kini, pihaknya menyedari ramai pengguna iOS menghadapi kesukaran untuk mengakses aplikasi melalui ciri log masuk biometrik.


Menurutnya, masalah ini berpunca daripada cabaran keserasian yang diperkenalkan dalam versi 3.0.


"Kebenaran biometrik yang diperkenalkan dalam versi terkini tidak diperlukan dalam versi sebelumnya menyebabkan ketidakserasian semasa proses kemas kini melalui Apple Store.


"Selain itu, pengguna yang mengemas kini terus melalui Apple Store mengalami masalah penyelarasan dalam pangkalan data pengesahan akaun tempatan," katanya dalam satu kenyataan media di sini, pada Khamis.

Mooi Lye berkata, ujian pada fasa Alpha dan Beta dijalankan melalui pemasangan baharu tanpa mengambil kira mekanisme kemas kini daripada stor aplikasi.


Beliau berkata, pihaknya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kekurangan ini dan komited untuk menyelesaikan isu ini dengan segera.

"Versi baharu aplikasi telah dibangunkan untuk menyelesaikan isu penyelarasan dalam pangkalan data pengesahan tempatan.


"Versi baharu ini sedang dimuat naik ke Apple Store dan akan tersedia untuk dimuat turun tidak lama lagi," tambahnya.

Pada Rabu, pengendali aplikasi PSP menyeru kepada penggunanya agar melakukan kemas kini versi terbaru bagi meningkatkan lagi kemudahan serta fungsi aplikasi terbabit.

Bagaimanapun ramai pengguna mengeluh selepas terpaksa berdepan dengan masalah untuk mengakses aplikasi berkenaan sejak pagi Khamis.

Sementara itu, bagi memastikan isu yang berlaku dapat diatasi, Mooi Lye berkata, arahan jelas akan dikongsikan di platform media sosial dan saluran berkaitan yang membimbing pengguna tentang cara untuk menyahpasang versi 2.0.6 dan memasang semula versi 3.0 bagi memastikan fungsi aplikasi berjalan lancar.

Tambah beliau, versi yang dikemas kini sedang dipantau dengan teliti untuk mengelakkan masalah yang sama berulang.


https://www.sinarharian.com.my/article/705115/edisi/utara/pulau-pinang-mohon-maaf-kepada-pengguna-psp


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.109702 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list