CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19355|Reply: 8

[Tempatan] 200 pendatang Rohingya ceroboh Langkawi

[Copy link]
Post time 3-1-2025 06:17 PM | Show all posts |Read mode
200 pendatang Rohingya ceroboh Langkawi
Oleh M Hifzuddin Ikhsan - Januari 3, 2025 @ 2:51pm
[email protected]


LANGKAWI: Sekumpulan kira-kira 200 etnik Rohingya yang menaiki sebuah tongkang mendarat di Pantai Teluk Yu, berhampiran Ayer Hangat di sini, kira-kira jam 3 pagi tadi.

Maklumat pendaratan kumpulan pendatang tanpa izin itu tersebar menerusi media sosial selepas dikongsi penduduk tempatan.

Dua gambar menunjukkan sebuah bot kayu besar sedang diperiksa pihak berkuasa tempatan dan satu lagi gambar menunjukkan etnik tersebut berada di tepi pantai sambil dikawal pihak berkuasa.

Maklumat pendaratan kumpulan pendatang terbabit dikongsi Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Langkawi, Datuk Chen Liau Weng menerusi media sosialnya.

Katanya, beliau menerima maklumat awam pada jam 3 pagi tadi, mengatakan terdapat kira-kira 200 pelarian Rohingya mendarat di pantai Teluk Yu.

"Penduduk melihat kumpulan Rohingya terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak berkumpul di kawasan pantai berdekatan kawasan kilang simen.

"Penduduk agak ketakutan dan tidak berani ambil tindakan, saya harap pihak berkuasa ambil tindakan segera untuk selesaikan masalah ini," katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Ini adalah kejadian pertama pendaratan kumpulan pelarian terbabit pada tahun ini, selepas Malaysia mengetatkan kawalan sempadan perairan negara sebelum ini.

Difahamkan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 07:03 PM | Show all posts
pls la hanyutkan balik, bg makanan dgn air je buat bekal. td makcik nk gi kedai, ada famili rohingya yg suka duduk tepi jalan besar kat sini, selamba pulak anak2 dia gi berak kat tempat tanah dah dibersihkan utk pembinaan. kita tgh drive, nampak pulak kekanak dok mencangkung berak.

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 08:03 PM | Show all posts
"Penduduk agak ketakutan dan tidak berani ambil tindakan, saya harap pihak berkuasa ambil tindakan segera untuk selesaikan masalah ini," katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.
- See, Penduduk tempatan ketakutan sementara rohingya celaka selamba turun dari kapal serupa ini kampung saiya.

Ini adalah kejadian pertama pendaratan kumpulan pelarian terbabit pada tahun ini, selepas Malaysia mengetatkan kawalan sempadan perairan negara sebelum ini.
- WTF, baru masuk awal subuh 3 january dah 200 masuk. kalau tiap minggu ada trip di lain-lain lokasi, sampai december berapa ramai masuk?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenape??  Baby2 rohingya tak comey macam baby2 palestin ke?  Awat tak kesian?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 08:16 PM | Show all posts
..dah agak dah selepas keluar story 70k tak bersekolah hari tu. Dengar kata ada lagi 2 bot akan mendarat esok lusa..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts


Dah berjuta dah kat sini..  Ini pun data 2017.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2025 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayang pun da jd milik dia. Puak2 ni laju membiak
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Pihak berkuasa tak nampak ke sblm diorg masuk perairan kita?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2025 08:22 AM | Show all posts
dan lagi tak faham ada yg boleh back up meka2 nih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.496063 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list