CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_kinna

Bermula Usahawan Gold Bar kpd SILVER...SILVER X KUNJUNG TIBA ??

  [Copy link]
 Author| Post time 26-7-2011 04:29 PM | Show all posts
Reply 559# haziq_97



tapi x pelik ke... dgn teknik tu.. dari sebentuk cincin..dia overlap..skrg dah jadi jutawan...?

mesti ada jalan.. mesti ada homework..

x leh main terjah aje....


personally, main overlapse ini memenatkan... sbb kena kuar masuk bank/arrahunu utk collect duit overlapse...

tu pasal.. skrg ni.. ramai yg buat personal coaching...x yah study..x yah pikir... diorg yg buatkan... ( tapi kena bayar ler...)


apa kata lupakan pasal manupulasi emas...

kita beli emas... simpan diam2... tunggu harga naik...

ada yg kata tahun 2014  harga emas  rm200 per/gram...?

baik simpan skrg.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2011 05:34 PM | Show all posts
Reply 561# cmf_kinna

dah kumpul emas bnyak2 bila naik nak let go kat sape plak??? It  sounds stupid question tp bg yg x tau tu..eloklah bertanya kan.. so x tersesat dlam kegelapan.hehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 08:10 PM | Show all posts
fine..tp x ke utang bertambah lg bila wat overlaps tu.... bila nak lupuskan utang tu .. bila emas  ...
haziq_97 Post at 26-7-2011 13:08


know your income source, does it come from liabilities or assets? eg:i bough a house, through loan.. loan principle x interest x tenure = total interest.

monthly installment = [ loan principle + total interest] / months

tp i tak duduk rumah tu.. so i rent it out.. collect rental.. rental i collect to = income from assets

*vice versa*

investing in gold more less the same investing in properties.. it just it's BETTER :p WHY?
-Affordable
-Better liquidation
-Mobile (boleh bawak mane2 suke)
-X perlu susah2 chase payment from tenant
-Cukai merepek2.. (zakat jgn lupe)

dan point2 lain yang xdpt nk kluar lg time cani.. sbb tgh tepu letih terkejar hari ni..;p skadar pendapat chetzfaisal shj..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 08:14 PM | Show all posts
Reply  cmf_kinna

dah kumpul emas bnyak2 bila naik nak let go kat sape plak??? It  sounds stupi ...
haziq_97 Post at 26-7-2011 17:34



   dah kumpul byk2 xde org nak bli hello saya;p first and foremost, kene fhm WHY gold?, WHY does gold keep appriciate? mungkin short documentari ni bleh bg sedikit info.. http://chetzfaisal.blogspot.com/2011/05/mengapa-anda-perlu-menyimpan-emas.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2011 09:10 PM | Show all posts
Reply 562# haziq_97


kalau emas sri ayu.. kinna nak beli... ikut harga we buy...  

tapi bukan skrg lah... hihi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2011 09:16 PM | Show all posts
mcm ni kot teknik tu.... creadit to mrex_3

Nombor 1:

Beli Motorsikal Guna Ar Rahnu

OK artikel kali ini tentang satu kegunaan Ar Rahnu yang special. Baru-baru ini, saya ada membuat pembelian motorsikal dengan menggunakan sistem Ar Rahnu.

Kenapa saya menggunakan Ar Rahnu….kerana saya tidak ingin terikat dengan bayaran bulanan bank yang penuh dengan ”interest” dan saya ingin mengaplikasikan konsep emas asal anda sebagai ibu duit. Betul tuan-tuan dan puan-puan, kalau anda boleh beranggapan demikian, seribu satu aplikasi boleh kita wujudkan dengan emas fizikal ini.


Bagaimana saya melakukannya?

OK pada Nov 2010 lalu, saya telah membeli sebuah motorsikal Modenas model GT128 masa tu harganya RM5400 cash (selepas diskaun). Dengan menggunakan deposit tunai yang ada di tangan RM1400, saya bayarkan deposit belian di sebuah kedai motor di Batu Pahat.


Selepas itu, saya memajakkan 2 ketul gold bar Public Gold 20 gram ke Ar Rahnu Agro Bank Batu Pahat. Hasil pajakan tersebut, saya beroleh cash tunai RM 4300. Saya bawa cash tunai tersebut ke kedai motor semula dan bayarkan baki RM 4000 kepada tokey kedai tersebut.



Ini bermakna saya telah membeli motorsikal secara cash (best tu) dan dapat elak dari sistem riba’ bank yang ada…yahoo…tokey kedai tu senyum jer, iyalah bukan senang nak jumpa customer beli motor bayar cash terus.


OK part yang kedua, bagaimana nak tebus semula emas saya yang dipajak tu?

Anda boleh guna konsep overlapping surat pajak, tahun demi tahun untuk tebus semula emas. Caranya, apabila harga emas naik anda tukar surat pajak lama ke surat pajak baru melalui penilaian semula emas anda. Contoh kiraan;

Pajakan Pertama

Katakan nilai marhum Agro Bank pada 16 Nov 2010 ialah RM165/gm

40 gm x 165 x 65% pinjaman = RM 4300

Upah simpan ( utk 6 bulan) = RM 238.75

Jumlah cagaran = RM 4538.75


Pajakan Kedua ( Overlapping )

Katakan nilai marhum Agro Bank pada 16 Mei 2011 ialah RM 175/gm

40 gm x 175 x 70% pinjaman = RM 4900

Penilaian semula = RM 4900 – RM 4538.75

= RM 361.25

Maka dalam overlapping ini, anda dapat tunai RM 361.25

Anda harus belikan emas 999 dengan duit RM 361 tersebut. Dengan duit RM 361 dan top up sikit dengan cash di tangan RM 339, gunakan untuk membeli Dinar 999 seberat 4.25 gm dari GCP ( boleh contact saya untuk lock beli Dinar 999 ini ).


Anda ulang proses overlapping ini dan setiap untung dari overlapping tersebut dibelikan emas. Apabila jumlah berat gram emas yang dibeli hasil untung overlapping menyamai berat 40 gm emas yang dipajak, ini bermakna anda dah dapat semula modal anda yang asal ( 40 gram berat emas).


Habis apa nak buat dengan emas 40 gram dalam Agro Bank yang dipajak tu?

Kalau pada saya, biarkan sahaja di Agro Bank. Anda boleh jadikan 40 gm emas tu sebagai afterburner income pasif anda. Setiap kali ada kenaikan harga emas, anda hanya perlu buat overlapping dan ambil untung cash…klu nak tebus pun takde masalah. Anda hanya perlu telefon saya (016-7254054) atau agen-agen di bawah rangkaian saya yang lain untuk tolong tebuskan surat pajak anda. So….selesai masalah.

Kelebihan cara ini adalah anda dapat motorsikal, dapat balik modal emas anda dan dapat extra emas dalam Agro Bank sebagai afterburner income pasif sampai bila-bila.


Lambat sangatlah nak selesai cara ni? Takde cara lain ker?

OK cara lain yang anda boleh buat adalah anda bayar sedikit demi sedikit nilai pinjaman RM 4300 dan upah simpan surat pajak tersebut sedikit-sedikit sampai selesai dan tertebuslah kembali emas anda 40 gram itu. Sebaik-baiknya kalau ada cash RM 4300 dalam setahun dua ni, terus sahaja bayarkan pinjaman tersebut dan settle, emas anda tertebus kembali. Dalam kes ini oleh kerana anda gunakan Ar Rahnu, kelebihannya adalah anda boleh himpunkan semua upah simpan selama 6 bulan terus, jadi anda tidak terikat dengan bayaran ansuran bulanan motor di bank yang membebankan cash flow bulanan, jika anda beli motorsikal dengan cara biasa ( guna loan bank).

OK kalau cara kedua ini pun ada problem juga, maka anda gabungkanlah 2 teknik yang saya jelaskan di atas, insyaallah boleh nyer tebus…..takde masalah lah….


OK cuba kita bandingkan Teknik Ar Rahnu ini kalau kita beli motorsikal secara ansuran bank.

Mengikut apa yang dicadangkan oleh tokey kedai motor tersebut semasa saya nak membeli motorsikal ini, begini ceritanya….

Tokey kedai kata, kalau nak beli secara ansuran, kaedahnya saya perlu buat begini;

Deposit = RM 2000

Bayaran bulanan = RM 200

Tempoh loan = 2 tahun ( 24 bulan)

Dengan cara di atas, nampak macam mudah jer nak buat, iyalah bulan-bulan baru RM100 jer. Tapi cuba kalau kita lihat berapakah jumlah bayaran yang telah anda buat untuk motorsikal ini setelah 2 tahun.

Anggaran kiraan = RM 2000 + ( RM 200 x 24 bulan) = RM 6800…!!

Nampak tak pembaca sekelian, beli cash baru RM5400 (dapat diskaun lagi), tapi kalau ansuran bank…. dah kena bayar lebih untuk motor RM6800. Anda dah rugi RM 1400. Boleh beli dinar 2 ketul tuuu dengan RM 1400…

Jadi pembaca sekelian, setelah membaca artikel ini, apa perasaan anda? Anda rasa mana berbaloi, guna Ar Rahnu untuk membeli barang atau guna cara biasa, loan bank?

Kalau anda nak beli kereta ke, perabot baru ke, tanah lot ke….konsepnya sama sahaja, beli emas dulu, then pajak dan guna duit hasil pajak buat beli harta atau barang lain…insyaallah berbaloi-baloi.

Tepuk dada tanyalah iman……inilah masanya nak martabatkan kembali sistem Pajak Gadai Islam Ar Rahnu yang ada……demi untuk melihat islam lebih gemilang di mata semua orang, termasuk orang bukan islam, mereka akan nampak sistem islam ini lebih adil dan telus….insyaAllah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2011 10:44 PM | Show all posts
Reply 566# cmf_kinna
Tqvm...pd sume yg sudi menjelaskan..kemusykilan...saya... ye amat berguna for newbie like me yg zero knowledge dlm investment of gold....:re:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2011 07:17 PM | Show all posts
Reply 567# haziq_97


    ye ha.. dah faham...

leh beli motor baru lepas ni.... senang nak pegi terawih....  pegi keje pon x jem...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2011 10:32 PM | Show all posts
mcm ni kot teknik tu.... creadit to mrex_3

Nombor 1:

Beli Motorsikal Guna Ar Rahnu

OK arti ...
cmf_kinna Post at 26-7-2011 21:16


Kalau semua nak tahu, sekarang Ar rahnu ke...Bank Pertanian ke...Bank Rakyat ke dah tak terima gold bar or gold coin. Diaorang hanya terima barangan kemas sahaja ye... So kalau ada sesiapa yang berhajat nak melabur emas dengan memajakkannya ke Ar Rahnu...fikir2kan lah. Bagus beli emas untuk simpanan jangka panjang....tapi kalau nak cuba2 manipulasi [beli gold bar...gadai kat ar rahnu & dgn duit yg dpt tu nak beli emas lagi], sekarang dah tak boleh dah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 08:49 AM | Show all posts
Reply 568# cmf_kinna

Yelah nak beli moto... senang g pasar....g solat terawih...sepuluh langkah aje .. cos surau depan umah aje.  Kepada sume forumer Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa..semoga amalan kita pada bulan Ramadan Almubarak ni adalah yg terbaik dari taun2 sebelumnya....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 05:14 PM | Show all posts
Reply 555# cmf_kinna


    huhu..masalahnye asb pun xder...
duit ade ni pun sbb men kutu...tp lama2 abes gak...nak beli barang kemas tp xtau nak beli ktne...nk cari kedai melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 09:12 AM | Show all posts
kalau pajak kat ar rahnu bank rakyat, berapa rm utk 1 gm dia byr sekarang ni (emas 916)?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 02:10 PM | Show all posts
dari first page hingga page 23 saya baca... tapi  faham lagi lah... huhuhu....

mula2 baca tu yg basic tu leh faham la.. lepas tu kuar pasal mas kijang la, overlap la rempit la.... sepatah haram x faham maksudnya...

x faham juga bar gold n emas biasa cam rantai tgn tu... ade yg bagi pro n kontra... huhu.. lagi pening... mana satu nak pilih ni...

lagi2 x faham, pd sape nak jual emas tu, kan harga emas terus naik... ade ke org nak bli, untung ke dia bli nati...

sory banyak soalan bodoh ku tanya... kerana betul2 zero nih....

macamana la sy nak mulakan pelaburan emas ni... makin di baca makin keliru sbb byk perkataan baru yg x ku fahami maksudnya....

nota: bagi yg zero ni modal bape n utk bape dlm bape thn leh nampak keuntungan tu....

thnx a lot kpd yg sudi jwb soalan2ku ni... maaf kalu kalian rasa persoalanku terlalu dungu... huhuhuhu....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 05:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by tuna_sandwic at 5-8-2011 23:49

nak kongsi pengalaman sebagai seorang yg dulunya bencikan emas dan mmg tak tahu menahu pasal emas satu sen pun
hehehehe

saya bukan agen emas ye... saya end user.. saya zero knowledge...

kongsi pengalaman:
1. set barang kemas ada sikit je sbb saya mmg tak suka pakai brg kemas. bg saya benda2 ni menyusahkan dan menarik perhatian orang..
2. semenjak 2004, saya ada ikuti newsletter seorang usahawan emas... tapi dia bukan tokei kedai emas, dia cuma kongsi pengalaman dalam bidang belian emas ni... saya folo je tapi satu sen pun tak paham apa dia cerita.. skang dia dah well-known di Malaysia di antara yg plg top sbg speaker emas ni
3. tahun 2009 - saya beranikan diri beli gold coin (dinar) sbb masa tu saya dah plan nak berenti keje.... kepala otak serabut tak tau nak buat apa di rumah bila dah tak keje... tujuan beli tu saja nak test power apa ke benda la emas ni.. oh ya before that masa zaman GIA tengah top, saya pun ada cuba2 buat GIA (simpan gold dalam buku bank di Public Bank)... tapi lepas tu saya tutup buku tu setelah baca halal haram pasal emas.. saya masih terus belajar dan bykkan membaca pasal emas
4. tahun 2010 - saya start beli gold bar... perniagaan saya memerlukan suntikan modal yg besar gak dan saya tak dpt nak teruskan kehidupan... oleh itu, saya cuba pajak gold coin dan gold bar di Ar Rahnu Agrobank..  dari situ baru saya faham konsep belian emas dan pajakan emas .. dari sini saya belajar apa itu emas dan kegunaannya... tapi masih bertatih dan byk lg yg tersalah salah
5. tahun 2011 - saya dah jual satu gold bar saya kat public gold semula sbb ada krisis kewangan dlm perniagaan saya... tak rugi jual dan tak rugi beli emas2 tu... tak untung sgt (sbb yg saya jual ni yg beli masa mahal, kalau ikutkan, yg masih ada dgn saya ni, mmg dah untung byk kalau jual balik).. saya terpaksa jual sbb takde Ar Rahnu yg nak terima gold bar dan gold coin dari Public Gold... dan saya memerlukan cash utk rolling business
6. tahun 2011 juga - saya belajar pajak emas yg saya terima sbg hadiah ke banyak Ar Rahnu... nampak nye buat masa ni (2011) barang kemas lebih berharga berbanding syiling emas atau jongkong emas... oleh itu, saya mula faham apa beza barang kemas emas, syiling emas dan jongkong emas...

Keputusan saya:
1. saya akan simpan sedikit syiling emas dan jongkong emas
2. syiling dan jongkong ni agak terhad penggunaannya (dari segi siapa yg boleh beli atau di mana boleh pajak bila kita sesak nak guna duit) tetapi utk jangka panjang ia agak berguna juga
3. barang kemas emas mmg mahal sbb upah tukang, tetapi kalau kita sesak, boleh pajak di mana saja.. kalau nak jual pun boleh jual kat mana2 kedai emas atau mana2 Ar Rahnu... Ar Rahnu mmg akan pujuk2 kita utk pajak kat tpt mereka
4. kalau nak beli barang kemas, elakkan beli yg berbatu2 berlian semua tu... tu kalau nak buat pelaburan la... kalau habit suka berhias, beli je emas putih atau platinum.... saya masih belum mampu nak buang duit utk perhiasan... saya ada satu emas putih berbatu yg disimpan dan menyesal selepas membelinya... beli hampir ribu tapi bila hendak dijual balik tak laku pun... setakat nak show off kat jiran sebelah yg awak ada batu belah batu bertangkup, then no prob le... tu sesuai utk org yg duit tak tau nak buat apa sbb byk sgt duit kan...
5. saya nak belajar beli barang kemas berbanding dulu saya tak pernah minat pasal barang kemas... saya akan beli jenis mcm sauh kapal tu sbb ia tinggi nilainya berbanding yg byk corak dan byk batu

saya tak akan bercerita pasal membina keuntungan dari belian emas
saya hanya berkongsi pengalaman menggunakan emas dalam memajukan bisnes saya
emas bertindak sbg ganti loan ... kalau saya buat loan kat bank, yg saya perlu bayar tersangatlah double triple... tp dgn emas, ia mengurangkan interest yg perlu ditanggung dan InsyaAllah dapat mengelakkan unsur Riba... wallahualam... saya masih belajar
niat saya dalam bisnes adalah sedaya upaya untuk cuba mengelakkan riba... mudah2an impian saya ni termakbul

oh ya! kalau pegi memajak emas di Ar Rahnu, duit pajak tu dilarang sama sekali buat joli katak... tu kalau betul2 nak dapatkan manfaat dalam jualan dan belian emas... duit tu perlu digunakan dengan sebaiknya kalau tak nak kehilangan nilai emas tu

dah tu, kalau dah memajak tu, jgn buat2 lupa... ini yg jadi masalah kat saya sebab terlupa... tu yg sangkut dua tiga menjak ni... seeloknya digalakkan bayar la tiap2 bulan sbb itu dapat membantu mengurangkan rasa sesak nafas bila nak bayar kalau dah tamat tempoh
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 11:37 AM | Show all posts
Kadar kenaikan harga emas refer to
http://www.goldprice.org/gold-pr ... #6_month_gold_price

pada 9/8/2011
untuk 1 bulan kenaikan mencecah 10.97%
untuk 2 bulan mencecah 11.19%
utk 6 bulan mencecah 25.44%
dan 43.43% utk tempoh 1 tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 08:53 AM | Show all posts
now is good time to sell.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2011 10:25 AM | Show all posts
now is good time to sell.........
Acong Post at 10-8-2011 08:53


Mencanak rega emas ari ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 08:56 AM | Show all posts
agak sunyi thread ni..
kepada dealer dan juga peminat2 simpanan emas..
apa pendapat anda tentang harga emas hari ini..
sudah pun mencecah USD1800/oz.
adakah harga emas mampun pergi lebih jauh..atau pun sebaliknya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2011 12:33 PM | Show all posts
agak sunyi thread ni..
kepada dealer dan juga peminat2 simpanan emas..
apa pendapat anda tentang h ...
AwangAli Post at 11-8-2011 08:56



senyap sbb harga emas naik terlampau mahal....

ramai yg usha pelaburan silver pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 01:42 PM | Show all posts
senyap sbb harga emas naik terlampau mahal....

ramai yg usha pelaburan silver pulak....
cmf_kinna Post at 11-8-2011 12:33

utk pelaburan silver harus bagi orang2 yg tabah..dan tiada darah tinggi..

hehehehe...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.063678 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list