CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36473|Reply: 9

[Tempatan] Caj perubatan di PPUM naik bermula 1 Januari lalu, wad maya RM80 dan dewasa RM300

[Copy link]
Post time 3-1-2025 11:36 PM | Show all posts |Read mode



PETALING JAYA – Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengumumkan caj baharu mengenai perkhidmatannya bermula 1 Januari lalu, berikutan kenaikan kos bekalan dan peralatan perubatan.

Berdasarkan kenyataan yang dikongsikan di Facebook PPUM, caj tersebut termasuk kenaikan bayaran perubatan dan pembedahan sebagai kadar baharu bagi fasa dua berkuat kuasa pada Rabu.

Jelas kenyataan itu, bayaran perkhidmatan yang dikenakan adalah wad maya (virtual) sebanyak RM80, wad biasa (dewasa) RM300, wad biasa (pediatrik) RM270, wad kritikal (dewasa) RM500 dan wad kritikal (pediatrik) RM650.

“Kadar caj baharu itu selaras dengan usaha memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada para pesakit. Ia juga merangkumi caj prosedur, perawatan dan perkhidmatan.

“Semakan caj dilaksanakan kerana berlakunya perubahan kos terutama kepada bekalan guna hapus dan peralatan untuk caj sedia ada,” kata PPUM.

Terdahulu, kadar caj baharu PPUM itu menyaksikan peningkatan kos temu janji dan perundingan daripada RM15 sehingga RM30 dikuatkuasakan secara berfasa sejak September 2024 lalu.

Berdasarkan soalan lazim(FAQ) PPUM, semakan semula caj tidak membelakangkan dasar serta perancangan kerajaan dan ia masih menyediakan perkhidmatan rawatan kepada rakyat seperti biasa.

Katanya, bagi pesakit di bawah kategori B40 yang tidak berkemampuan, mereka boleh menggunakan kemudahan MySalam selain boleh dirujuk kepada Unit Taksiran, Jabatan kewangan PPUM dan Jabatan Kerja Sosial untuk dibantu sekiranya berkelayakan.

Sumber – KOSMO? ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan dikecam team baik
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ppum mmg dah x murah pon.. Sama je mcm swasta biasa
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
nak buat camna..SPITAL TU KO PUNYA....Aku berubat ngn tokmoh jer la.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Wad Maya tu macam mana gayanya ....konpius plak kak kiah
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 09:37 AM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 4-1-2025 09:46 AM

dulu..
  
PP&M ni ada 2 bahagian Wad :

1. Wad Gomen - mcm bayaran spital gomen - servis mcm spital gomen

2. Wad Swasta - macam spital swasta tapi jauh lagi murah dari spital swasta yg lain tp servis hampir mcm spital swasta

    Contoh dulu : rawatan stem cell.

    spital swasta Gl%xeeglus RM300k, PP&M RM50k

    PP&M tempat berhimpun ramai pakar perubatan dan masih murah banyak dari spital swasta lain

Wad Maya ni aku agak Wad Swasta..

kena ingat & paham...

pakar2 perubatan yg ada kat PP&M ni jadik rebutan spital swasta yg tawarkan gaji berganda tinggi

utk retain pakar2 ni, PP&M mgkn kena counter offer benefit..

benefit ni perlu duit

kalo x mampu pi PP&M masuk ler spital gomen yg biasa tu

sikit2 nak komplen

paham sikit masalah orang aka PP&M

macam orang berniaga makan yg guna minyak sawit..


bila harga minyak sawit naik

ratusan ribu pekebun sawit untung

tapi pengguna kena tanggung kos kenaikan melalui harga jualan makanan yg naik

pengguna yg masak di rumah pun akan terkena tempias sebab beli minyak sawit yg dah naik harga





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2025 09:37 AM | Show all posts
gitu ler... beli lah insuran. boleh la kot cover skit.. kot kecemasan
duit banyak pun tp sakit kronik, pun payah
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 09:49 AM | Show all posts
zehra2 replied at 4-1-2025 09:37 AM
gitu ler... beli lah insuran. boleh la kot cover skit.. kot kecemasan
duit banyak pun tp sakit kroni ...

bebaru ni syarikat insurans nak naikkan premium insurans

aku rasa
kos insurans naik la ni sebab selepas program bekcin kubid..

ramai tetiba sakit n mati mendadak (mati dalam tidur)..

pampasan Compani Insurans kena bayar makin meningkat  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2025 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
walanon dah start sembang merepek2 dah
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik pi kpj ka sepital swasta lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.141177 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list