CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 29145|Reply: 31

[Tempatan] Tiada Hat Yai dalam senarai.Agoda kata rakyat Malaysia suka pergi Batam dan Shah Alam.Anda tak setuju?

[Copy link]
Post time 4-1-2025 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 5-1-2025 08:31 PM

Pulau Perhentian, Terengganu, kini muncul sebagai destinasi pelancongan antarabangsa yang semakin diminati, menurut platform pelancongan Agoda.



Dalam senarai ‘Horizon Baharu’ yang diterbitkan oleh Agoda, Pulau Perhentian mencatatkan lonjakan populariti tertinggi dalam kalangan pelancong antarabangsa yang mengunjungi Malaysia.

Pulau ini terkenal dengan pantai-pantainya yang indah, air laut yang biru jernih, serta ekosistem marin yang kaya.

Ia juga menjadi tumpuan penyelam kerana usaha pemuliharaan terumbu karang yang giat dijalankan di sana.

Tambahan lagi, perkhidmatan penerbangan pesawat laut peribadi memudahkan pelancong untuk mengakses destinasi ini.

Pulau Perhentian turut menduduki tempat ketiga dalam senarai destinasi “slow travel” Asia oleh Agoda, mencatatkan purata tempoh penginapan paling panjang dalam kalangan pelancong.

Sementara itu, Shah Alam, yang sering dilihat sebagai kawasan perumahan dan perindustrian, turut mencatatkan lonjakan populariti sebagai destinasi domestik.

Keunikan Shah Alam terletak pada kombinasi tarikan seperti Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Taman Botani Negara, serta kafe-kafe yang menjadi tumpuan pengunjung hujung minggu.

Lokasinya yang berdekatan dengan Kuala Lumpur serta kos perbelanjaan yang berpatutan menjadikannya pilihan popular untuk percutian singkat.

Selain itu, Pulau Batam di Indonesia muncul sebagai destinasi paling popular dalam kalangan pelancong Malaysia yang melancong ke luar negara.

Keistimewaan Batam termasuk kos perbelanjaan yang rendah, kemudahan pengangkutan feri, serta pelbagai aktiviti rekreasi seperti sukan air, golf, dan pusat membeli-belah bebas cukai.

Agoda juga menggalakkan para pelancong untuk memanfaatkan tawaran hebat melalui platform mereka bagi perjalanan 2025

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2025 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Woh tempat akak jadi tumpuan pelancong sissy. Kebangga amat sis!
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 04:25 PM | Show all posts
Shah Alam..? serious la

aku rasa lagi ramai pelancong pergi Selayang kot cuma takde data ja.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 04:26 PM | Show all posts
pooh~key replied at 4-1-2025 08:19 PM
Woh tempat akak jadi tumpuan pelancong sissy. Kebangga amat sis!

Batam ka? tak sangka
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Shah Alam? Ok
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow shah aley
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2025 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 5-1-2025 04:26 PM
Batam ka? tak sangka

No la sissy. shah ale sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 02:24 PM | Show all posts
apa ada shah alam.... tiap minggu lalu xtau nk singgah mana...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2025 03:09 PM | Show all posts
Edited by dewi_rina at 6-1-2025 07:14 AM

Shah Alam? Buat apa kat shah alam? Cari buaya kat tasik ke, ke pergi main flying fox?
Maksudnya org dalam Malaysia ni pegi shah alam ke, aik lengang je shah alam ni.. yg buat ramai sbb ada kilang, kalau ramai sgt takde lah lengang pkns tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sha aley nak wat gapo? Aku dulu setiap bulan hantar adik kat UITM tu. Setakat jjck boleh la.. nak melancong macam xde tarikan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Shah Alam? Nak buat apa kat situ.. Lol.. Better pergi Terengganu
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
korg pergi la terengganu..
helokkkk...negeri yg i rasa plg cntik dlm malaysia is terengganu..penang..sabah
kelantan mcm xde apa sgt ..tganu ada pulau
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 05:51 PM | Show all posts
edayildiz replied at 6-1-2025 04:28 PM
korg pergi la terengganu..
helokkkk...negeri yg i rasa plg cntik dlm malaysia is terengganu..penang. ...

sabah pun ada pulau jg
tapi dah biasa sangat

nak ke Terengganu juga ni


Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Shah alam pusat tumpuan pelancongan?
Ke sebab sedara mara kelate gomo kelate gomo datang melawat sek kito jange pecoh kat sha ale
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 6-1-2025 04:28 PM
korg pergi la terengganu..
helokkkk...negeri yg i rasa plg cntik dlm malaysia is terengganu..penang. ...

I suka pergi kelantan makanan banyak sedap2 murah2 sis
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Paiya replied at 6-1-2025 05:51 PM
sabah pun ada pulau jg
tapi dah biasa sangat


Kawan i ckp pulau2 sabah ada yang cantik  contoh cam mabul lebih cantik dari maldives. I takut nak pergi sana sbb suluk kan lanun culik orang bunuh orang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2025 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by edayildiz at 6-1-2025 06:40 PM
Paiya replied at 6-1-2025 05:51 PM
sabah pun ada pulau jg
tapi dah biasa sangat



i pun nk g terengganu xpnh lagi tdo..lalu lalang je
pulau kt sabah lg cntik kn..i xpnh g pulau..pulau langkawi ngn pulau pinang je i pernah g tmpt yg berpulau dlm malaysia
pulau perhentian i x g sbb i tkt naik ferry bot kecik
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
eclipse25 replied at 6-1-2025 06:08 PM
I suka pergi kelantan makanan banyak sedap2 murah2 sis


ramai kwn kwn i bin klntn suka pergi klntn..yg suka mkn blh la pergi..kalau yg suka view yg cntik blh p terengganu..
i baru balik dr kelantan..xsempat mkn daging berlengas pun
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 07:35 AM | Show all posts
negeri pas i tak hengin...shah alam tu org hantar anak book agoda hotel kot kat uitm
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 09:16 AM | Show all posts
eclipse25 replied at 6-1-2025 06:10 PM
Kawan i ckp pulau2 sabah ada yang cantik  contoh cam mabul lebih cantik dari maldives. I takut nak ...

Sipadan tu yg dulu tak safe
sekarang dah ok
dan ya
Mabul sangat cantik


tapi nak betul2 safe
pegi je Pulau Manukan
sana pun cantik


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.297164 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list