CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31299|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tahu takut rupanya

[Copy link]
Post time 4-1-2025 08:29 PM | Show all posts |Read mode

SEORANG pemandu lori menyerah diri selepas videonya memandu secara berbahaya tular di media sosial. FOTO IHSAN PEMBACA.

Seremban: Ketika isu kemalangan membabitkan lori belum reda, seorang pemandu lori dirakam memandu dalam keadaan berbahaya dengan memotong barisan di garisan berkembar berhampiran Jalan Seremban-Port Dickson, Mambau, di sini.

Dalam kejadian sekitar jam 12.15 tengah hari semalam, beberapa pengguna jalan raya terpaksa mengelak ke bahu jalan dan berhenti bagi memberi laluan kepada lori besar berkenaan.

Bagaimanapun selepas dua jam tular di media sosial, pemandu lori terbabit yang melakukan kesalahan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mambau, di sini, menyerah diri, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, lelaki berusia 65 tahun itu tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban jam 6.20 petang.

"Pada jam 4.20 petang semalam (kelmarin), pihak kami mengesan satu video tular berdurasi 38 saat menunjukkan sebuah lori berwarna merah dipandu dalam keadaan berbahaya.

"Kejadian dipercayai berlaku pada jam 12.16 tengah hari dan usaha mengesan suspek dilakukan.

"Seorang lelaki berusia 65 tahun hadir sendiri ke balai polis dan mengaku sebagai pemandu lori terbabit," katanya.

Beliau berkata, lelaki itu ditahan bersama lorinya bagi tujuan siasatan lanjut manakala ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadapnya didapati negatif.

Bagaimanapun ujarnya, siasatan lanjut masih diteruskan dan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Disiarkan pada: Januari 4, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.040820 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list