CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36253|Reply: 2

"Bukan semua orang bertudung itu baik,"-Erysha Emyra mengaku diri agak ganas

[Copy link]
Post time 5-1-2025 02:06 PM | Show all posts |Read mode
Menjadi pelakon dengan penampilan berhijab sentiasa dirundung pelbagai persepsi terutama dari sudut penawaran watak.

Bagi pelakon yang juga Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABPBH36), Erysha Emyra, dia tidak menolak kadangkala wujudnya had untuk pelakon bertudung.



"Saya rasa pelakon bertudung pun boleh menjadi versatil juga. Tapi, adalah hadnya. Saya faham bila ada cerita yang tak sesuai. Tapi, saya tak mahu jadikan itu had sebab saya nak juga cuba watak berbeza, contohnya antagonis.

"Dalam dunia nyata pun, bukan semua orang bertudung itu baik kan. Jadi, kita boleh juga bawakan watak begitu yang mana orang tak sangka. Setakat ini belum ada tawaran ke arah itu, tapi saya berharap ada," katanya.

Berkongsi impiannya dalam melebarkan sayap lakonan, Erysha berkata, dia juga mengimpikan watak aksi.

  


"Saya teringin nak cuba watak aksi juga. Sesetengah orang berfikir, wanita bertudung lemah lembut dan tak boleh. Tapi, sebenarnya itu dalam senarai impian saya. Saya agak ganas juga sebenarnya," kata Erysha yang kini mempromosikan drama komedi lakonannya, Ofis Politik arahan pengarah Wan Alauddin Wan Zainuddin.

"Dalam drama Ofis Politik saya pegang watak sebagai Kursyiah. Dia boleh dikatakan paling normal dalam pejabat itu.

"Tapi, disebabkan ini drama komedi, masih ada gelagat dia yang kelakar. Jadi, semua orang dalam pejabat ada perangai pelik masing-masing.

"Susah sikit sebab dia 'high energy'. Jadi, kadang-kadang penat sangat. Pernah kami jalani penggambaran dalam tempoh panjang bermula jam 9 pagi hingga 5 pagi keesokannya.

  


"Jadi, penat macam mana sampai tak boleh buka mata pun, kena kekalkan tenaga itu. Itu antara cabarannya," katanya.

Pertama kali menjayakan watak komedi, Erysha yakin drama ini menonjolkan sisi berbezanya.

"Ini kali pertama saya berlakon watak yang secara keseluruhannya komedi. Kadang-kadang, bagi saya secara peribadi, nak buat ketawa. Awalnya agak sukar juga nak bagi ia kedengaran tidak dibuat-buat.

  


"Saya rasa dalam cerita ini akan tonjolkan sisi berbeza saya berbanding watak sebelum ini. Ada yang cakap tak sangka saya boleh buat cerita kelakar. Alhamdulillah, kalau orang boleh terima dan saya memang nak buat lagi selepas ini.

"Saya pun tahu sebab saya pelakon baharu yang bertudung. Jadi, kebanyakan watak saya terima adalah tipikal. Jadi, menarik bila ditawarkan watak begini," katanya.

Semakin kukuh kedudukannya sebagai pelakon, Erysha terbuka membawa pelbagai watak namun pada masa sama, terpaksa menjadi selektif kerana jadual kerja yang mula padat.

  


"Mungkin sedikit selektif. Tapi, saya terbuka untuk cuba banyak benda. Saya okay sahaja dan nak buat banyak benda. Yang saya tolak mungkin kalau tolak pun sebab tak sesuai dengan jadual saya. Tapi, tak adalah saya tolak sebab tak mahu dan sebagainya.

"Tak adalah saya memilih hero. Tapi, tentunya kalau pengarah atau produksi dan pilih seseorang pelakon, kita kena letak kepercayaan kepada dia juga.

"Saya pun awalnya bermula dengan bukan sesiapa juga. Waktu pertama kali pegang watak heroin, saya terfikir, siapa saya dan layakkah saya. Jadi, semua orang layak diberi peluang.

"Kalau pengarah dan produksi dah pilih, mereka tahu apa yang mereka buat dan mesti ada sebab. Kita pun nak bekerja kan. Yang saya tahu, saya bawakan watak saya dan tak boleh kawal semua benda," katanya.

  


Kehadiran 2025 membawa harapan baharu buat Erysha yang mana, dia mendoakan agar rezeki semua orang dipermudahkan.

"Harapan untuk 2025, saya harap semuanya berjalan lancar untuk semua orang. Insya-Allah, rezeki itu ada untuk semua orang," katanya.

Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2025 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa...
Tu je iols nak komen
Haha
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2025 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
byk jugak dia berlakon jadi heroin ek. fanbase pun kuat.
so far okay je dia bwk watak2 tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.225151 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list