CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15117|Reply: 95

Shuib gigih nak jadikan Talita penyanyi, dah jumpa Ajai untuk cari hala tuju

[Copy link]
Post time 6-1-2025 10:27 AM | Show all posts |Read mode
Demi memastikan cita-cita Talita menjadi seorang penyanyi terlaksana, pelawak Shuib mendapatkan khidmat nasihat daripada individu rapat dengan Allahyarham isterinya iaitu Siti Sarah.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 41, berkata, dia sudah pun bertemu dengan komposer Ajai dan Aidit Alfian yang pernah menghasilkan lagu untuk Siti Sarah bagi membincangkan hala tuju anak perempuannya.



Kata Shuib, dia mendapatkan nasihat Ajai dan Aidit kerana mereka merupakan individu penting dalam karier Allahyarham.

"Saya sudah bertemu dengan beberapa orang seperti Ajai dan Aidit Alfian untuk bertanya apa perlu saya lakukan pada Talita.

"Mereka ada cadangkan beberapa cara kepada saya malah meminta saya untuk mencari guru vokal untuk Talita.

  


"Talita juga perlu ke sekolah muzik sekiranya mahu mendalami nyanyian dan perkara itu sedang saya fikirkan sedalam-dalamnya ketika ini," katanya ketika dihubungi mStar.

Berkongsi lebih lanjut, Shuib enggan Talita hanya sekadar menjadi penyanyi biasa sebaliknya menjadi penghibur seperti arwah ibunya.

Jelasnya, pengalaman hidup bersama arwah Siti Sarah sebelum ini mengajarnya memahami kriteria menjadi penyanyi yang terbaik.

"Saya ini cerewet dalam nyanyian walaupun saya bukan penyanyi tapi saya pernah hidup dengan penyanyi.

"Saya tahu macam mana nyanyian yang bagus kerana sudah lama sangat dengan arwah. Jadi saya tak nak Talita hanya dapat tumpuan tapi tiada nilainya," ujarnya.

  


Sementara itu, Shuib memberitahu Talita sememangnya bercita-cita ingin menjadi penyanyi sejak berusia lima tahun.

Pun begitu, dia tidak pernah menujukkan bakat nyanyiannya di hadapan orang ramai melainkan adik-beradiknya.

"Setiap tahun dia kata mahu jadi penyanyi tapi tiada usaha, dia hanya menyanyi di dalam bilik dan tidak mahu menyanyi di depan saya.

  


"Saya buat siaran langsung semasa dia menyanyi ini pun untuk bina keyakinan dia," luahnya.

Sebelum ini, Talita atau Dzahira Talita Zahra, 12, mendapat sokongan ramai selepas membuat persembahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2025 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
bodo sapa support
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 12:06 PM | Show all posts
sapa pun bleh jd penyanyi, tambah yg ada duit, tp bkan semua boleh MENYANYI
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini lah contoh sape ada kabel, dia boleh jd penyanyi. Bapak dok jumpa komposer sana komposer sini nak mintak ajar, dapatkan lagu, tp bakat tabita ni x seberapa pon. Kalau nak compare, sedap lg suara dak umai.

By the way, si soeb ni mcm terlampau nak anak jd mcm arwah sarah mcm arwah sarah tu biduanita negara penghibur tersohor paling berjaya di tanah air bertaraf A+.

Sorry to say, no hate pada org yg dah mati, tp..pencapaian Sarah ni bagi aku biasa² je. X pernah menang vokal terbaik, x pernah menang penyanyi wanita popular, x pernah menang anugerah besar pon kecuali penyanyi baru terbaik dan album terbaik (mostly sbb komposer).

Ke AJL pon sekali je pernah.

So Sarah cuma average penyanyi gred C je dlm industri hiburan tanah air semasa hayatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 12:59 PM | Show all posts
"Saya ini cerewet dalam nyanyian walaupun saya bukan penyanyi tapi saya pernah hidup dengan penyanyi.

ok eb
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada org memang born to be penyanyi,dia tak payah belajar vokal beria ,buka mulut je orang dengar & kata sedap .Cth : Dato Siti .Utk kategori kanak2 ,iols nampak anak buah Siti ,Amad adik Umai kategori ni.

Ada 1 kategori lagi suara biasa2 ,ada usaha utk belajar vokal & nampak jgk lah perubahan dlm nyanyian cuma tetap tak boleh lawan dengan orang yg lahir dengan bakat emas .Cth Artis Nabila Razali .Talita dlm kategori ni .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2025 01:19 PM | Show all posts
muka so-so
suara tak ada
ada cable
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sis sorng je ke yg rasa suara Talitha ni sgtla biase2 shj. Bukan la sumbang, boleh nyanyi, sekadar nyanyi2 karok, cumenye suara die pade I tersgtla biase. Org ramai mcm terlmpau bg perhatian pde bnde yg merepek mcm ni..itu sekdar pndangan I. Xsetuju pun xape
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2025 02:01 PM | Show all posts
Gulahati88 replied at 6-1-2025 01:20 PM
Sis sorng je ke yg rasa suara Talitha ni sgtla biase2 shj. Bukan la sumbang, boleh nyanyi, sekadar n ...

sama la pendapat kita.. biasa biasa saja..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 02:04 PM | Show all posts
kehulu kehilir limelight pasal budak ni..bapak bayar ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 02:06 PM | Show all posts
dia tak nak anak dia pergi sekolah ke?

rider sgt apak sorang ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni lagi sorang guna anak....
Jenuh lah nak hadap tengah nyanyi nangis..nyanyi nangis..nyanyi nangis...biarlah budak tu belajar elok2 dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 02:14 PM | Show all posts
serius suara dekta so so je..harapkan nyanyi lagu mak jela buat org simpati
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Shila Amzah 2.0, tengoklah bila budak ni dah sampai jiwa rebel dia jadi macam mana nanti, bapak PPRT dia ni bukan boleh pakai
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 02:46 PM | Show all posts
Igt Soeb nak galakkan satu2 nya anak perempuan heolls jadi engineer/architect/scientist/lawyer/accountant. Nyanyi ni jadi hobi utk suka2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah lah Soeb, dulu ko memaki jer bebudak skrg yg katanya berkinja kpop, siap tarbiah x sudah2 bbrp hari arwah meninggal. Skrg ko yg beriya2. Bakat anak ko tu tahap zero ye. Setakat boleh nyanyi but not talented
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2025 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by peahkobakoba at 6-1-2025 03:23 PM

Tak perlu kot jadi penyanyi.
Huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 03:40 PM | Show all posts
laaa.. umo 12 tahun ke. mmg nak jadikan dia penyanyi ke.. mmg x pi sekolah ke budak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sara kat alam sana mesti menyesal gila..laki dia dedahkan ank dgn kelalaian..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa2 je suara talita ni..
Aku tgk gak live busking tu..ala2 suara karok je
Netizen pls jgn bg harapan palsu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.084504 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list