View: 27712|Reply: 13
|
[Dunia]
‘Tinggal Otak Di Sempadan Ke?’ – Parkir Suka Hati, Orang Thailand Berang Dengan Rakyat Malaysia
[Copy link]
|
|
Tabiat parkir tidak bertanggungjawab oleh rakyat Malaysia telah melangkaui sempadan negara, dan kini menjadi bualan hangat di Thailand.
Kalau sebelum ini tular kejadian sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran Malaysia telah menjadi sasaran kecaman ramai selepas parkir sesuka hati di Hatyai, Thailand.
Terbaharu, satu lagi insiden di Thepha, Thailand telah membangkitkan kemarahan penduduk tempatan apabila sebuah kenderaan dipercayai milik rakyat Malaysia dirakam parkir secara serong sehingga mengambil tiga ruang parkir sekaligus.
Gambar yang dikongsi oleh seorang netizen Thailand, รอฟีอ๊ะ หมัดโส๊ะ, di Facebook turut disertai dengan kapsyen sinis, “Ini kes lain. Orang Thailand semua dialu-alukan ke lot parkir Malaysia di Thailand. Kepada jiran kita, tolong hormati dan patuhi peraturan negara kami.”
Catatan di Facebook tersebut menarik perhatian pengguna media sosial, termasuk rakyat Malaysia yang rasa malu dengan tingkah laku tidak bertanggungjawab sesetengah pemandu negara ini.
Ramai yang tampil di ruangan komen untuk memohon maaf dan menyelar tindakan pemandu terbabit.
Antara komen sinis yang mencuri perhatian termasuk, “Maafkan mereka, mereka tinggalkan otak di sempadan,” dan “Malu betul, memalukan nama Malaysia.”
Sama ada di dalam atau luar negara, tindakan parkir sesuka hati jelas melanggar peraturan jalan raya dan memberi kesan negatif kepada pengguna jalan raya lain.
Malah, tabiat ini tidak hanya mencerminkan sikap pemandu terbabit, tetapi turut mencemarkan imej negara di mata masyarakat antarabangsa.
Sumber : The Vocket
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Geng Siti Kassim akan kata pelancung Temasek itu lebih beradab bila masuk M'sia, berbanding pelancung M'sia yang masuk Thailand. |
|
|
|
|
|
|
|
Perangai Siam lagi hauk sebenarnya. Di antara kereta parking motor akan selit depan belakang sampai sendat dia ingat ko ada tayar mengiring untuk keluar kot.
btw, cerita pasal Hadyai tapi gambar tu obviously di Bangkok. Pekan 'Thepha' yang dipetik dalam cerita tu pun standard Lanchang di Pahang ja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang yang takda adab ni lebih hina dan jijik dari khinzir dan monyet. Orang yang parkir bersepah, double park, parkir luar kotak, parkir depan rumah orang ni tak takut ke dapat balasan sebab menyusah dan menyakiti hati orang? Berubah dan bertaubatlah sebelum terlambat |
|
|
|
|
|
|
|
Triple_8 replied at 6-1-2025 11:27 PM
Geng Siti Kassim akan kata pelancung Temasek itu lebih beradab bila masuk M'sia, berbanding pelancun ...
Dan ko pulak lantik diri jadi jurucakap geng siti kassim?
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm drivers from telen/spore sama juga, masuk malaysia pun otak tertinggal kt sempadan. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 7-1-2025 09:15 AM
Dan ko pulak lantik diri jadi jurucakap geng siti kassim?
Senang saja. Ayat ini;
محمد رسول الله والذين معه أشداء على الكفار رحماء بينهم
Tukar jadi macam ini;
محمد رسول الله والذين بعده أشداء علىهم رحماء بين الكفار
Tada! |
|
|
|
|
|
|
|
khen.. sama je dorang pun..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 7-1-2025 11:43 AM
duduk jer kat umah,daerah,negeri,negara memasing kalo tak boleh ikut...ADAB,ADAT,BUDAYA,PERATURAN2,UNDANG2 negara berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau: Edited by Skuau at 7-1-2025 1 ...
Aku le orgnyaa.. aku mmg tak prrnah pi obersea.. memula rasa mcm nak pi.. pas tuu bila. Pikir mkn la sakit laa.. kapetebang laa.. aku duk mesia udahlaa
Pi bukit bintang jee pun aku dah rasa lemas.. mcm bkn mesia dah |
|
|
|
|
|
|
|
Mentality low class gini takat mampu holiday kt siam je..keluar kampung masuk siam..tu yg bengap tu tak hilang |
|
|
|
|
|
|
|
bukan level kakak nak berziarah ke siam |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf. Bukan tinggalkan otak di sempadan. Rakyat Malaysia memang tiada otak bila masuk dalam kereta |
|
|
|
|
|
|
|
Kete ore siam jugak tu, siam kelate pun siam jugak kan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|