CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 28133|Reply: 21

[Tempatan] Mahasiswa Indonesia Merayu Mohon Maaf Hina Malaysia Selepas Netizen Bongkar Dia Belajar Di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)

[Copy link]
Post time 6-1-2025 10:15 PM | Show all posts |Read mode



Kecoh di media sosial apabila seorang mahasiswa asing dari Indonesia yang menuntut di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) menjadi tumpuan selepas mencetuskan kontroversi dengan kenyataan yang dianggap menghina rakyat Malaysia.

Akaun media sosial X didakwa milik pelajar tersebut telah pun dipadam.

Difahamkan mahasiswa Indonesia di UTP ini memuat naik komen yang bersifat provokatif dan merendahkan budaya serta bangsa Malaysia.

Hal ini telah mencetuskan kemarahan netizen, khususnya di kalangan rakyat Malaysia.

Pada 4 November 2024, seorang pengguna media sosial bernama Ian (@LANZAINAL) membuat ciapan yang mengecam pelajar ini dan meminta bantuan warga UTP untuk mengambil tindakan terhadapnya.

Ciapan ini mendapat perhatian meluas dengan lebih dari 760,000 tontonan serta ribuan ciapan balas dan tanda suka.

Ramai netizen Malaysia menganggap tindakan pelajar tersebut sebagai biadab dan tidak menghormati negara yang menjadi tempat beliau menimba ilmu.

Setelah menerima kecaman dan desakan agar tindakan tegas diambil, pelajar tersebut, yang identitinya terbonkar dan digelar dengan nama Rio Rezky Seleng, tampil memohon maaf secara terbuka pada 9 November 2024.

Melalui beberapa siri ciapan, beliau mengakui kesalahannya dan menyatakan permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia serta semua pihak yang terkesan.

Beliau juga menyatakan harapannya agar permohonan maaf itu diterima dan berjanji untuk lebih berhati-hati dalam penggunaan media sosial pada masa hadapan.

Namun, tindakan Rio ini menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang beranggapan permohonan maaf tersebut sekadar ‘damage control’ atau usaha untuk meredakan kemarahan umum, manakala ada juga yang menuntut UTP untuk mengambil tindakan disiplin bagi memberi pengajaran kepada pelajar-pelajar lain supaya lebih menghormati budaya dan negara orang.

Namun nasi sudah jadi bubur, tindakan beliau yang tidak menghormati negara tempat beliau belajar telah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia.

Melalui tangkap layar yang lain, difahamkan bahawa tindakan beliau telah dilaporkan kepada pihak UTP dan mereka menyeru agar pihak universiti mengambil tindakan tegas terhadap pelajar tersebut.

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsi oleh pengguna di Facebook, pihak UTP telah memberi respons terhadap aduan itu.

Mereka memaklumkan sedang menyiasat perkara tersebut dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Walaupun UTP belum mengeluarkan kenyataan rasmi, komitmen mereka untuk menyelesaikan isu ini mendapat reaksi positif daripada netizen.

Sumber : The Vocket

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2025 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Nusaraya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tulis panjang2 tp tak kabo apa yg si mamat ni kutuk?

UTP pun jgn la lembik sgt sila ambik tindakan expel him from the uni pastu deport dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 11:03 PM | Show all posts
Benda biasa. Pelajar Malaysia yang study di barat pun bukan semua puji puja tempat mereka menimba ilmu especially dalam aspek budaya yang mereka rasakan negara sendiri lebih baik.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia mengata apa?
Sapa nak jaga kesihatan mental kena kena skip setiap komen dorang nih

Iols paling tak paham dorang tak abis2 nak hina Malaysia sbb katanya ada ramai warga asing.
Sampaikan cina ngn India tu jd satu masalah. Cina ngn india dh mmg warganegara.
Dorang ni mmg benak ke buat2 benak.
Malaysia mmy negara ada pelbagai bangsa so takyah la nk rasa heran kenapa kat acara sukan ada cina dan india bertanding wakil Malaysia.
Mcm la kat negara dorang tu takda bangsa2 lain ada tp sbb semua dipaksa berasimilasi sampai kena lupakan segala adat budaya memasing.

Lagi satu toksah nk perli2 Malaydesh bagai yaaa padahal warga dorang yg paling ramai kat sini berjuta2.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 11:10 PM | Show all posts
apa ayat ayat provokatif dan merendah-rendahkan budaya bangsa my  tu?
kalau ini tugasan, saya bagi markah "0"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2025 11:11 PM | Show all posts
jfq replied at 6-1-2025 10:49 PM
Tulis panjang2 tp tak kabo apa yg si mamat ni kutuk?

UTP pun jgn la lembik sgt sila ambik tindakan  ...

Most likely apa yang dia cakap itu benar. Tapi biasalah orang Malaysia ni hadap pujian ja, sindrom jiwa kecil hati tisu.

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
yg dtg ramai2 belajar kat malaysia ni anak2 ongkaye indo ke
ada kat TT tunjuk depa drive pun VW komee
study kat UUM..ulang alik KL utk horey2
harap yg ramai2 dtg sini study pastu balik la indo majukan negara ko tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2025 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
So apa tindakan UTP?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 02:34 AM | Show all posts
Kau buka benang pun tak lengkap, apa hinaan yg lahabau tu tulis? Nak memaki pun tak best kalau info tak lengkap. So Uni pun senyap je ke takde update sampai hari ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 03:18 AM | Show all posts
Jika tidak suka, tidak perlu datang sebenarnya ke Malaysia. Orang yang duduk jauh pun rindu dengan Malaysia dan cuba hidupkan tradisi, bahasa dan peradaban org Malaysia diluar negara, tetapi dia tidak senang dengan Malaysia dan terpaksa datang pula. Rugi dia terpaksa tinggal ditempat yang dia tidak suka.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 03:29 AM | Show all posts
masa Iols study dulu lagi, puak ni memang suka provoke

tapi diorang jugak la yang banyak kena buang uni, kantoi meniru time exam, extend study bagai

dah masuk university, build connection la woiii. masing2 keluar kalau ada rezeki, jadi orang berjaya. ni tak, diorang berpuak-puak. sombong banget persis sinetron zoom in zoom out
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Buang la dari universiti. Kalau bebudak study kat Singapura, jangan harap la berani nak bukak mulut kutuk Singapore. Silap2 terus nyahkau dari sini.

Kutuk2 negara orang sepatutnya kesalahan besar. Sebab boleh mengganggu gugat keamanan negara
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Buang je, menyemak.mengabiskan boreh je
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
bottombikini replied at 7-1-2025 08:05 AM
yg dtg ramai2 belajar kat malaysia ni anak2 ongkaye indo ke
ada kat TT tunjuk depa drive pun VW kom ...

Iye kebanyakan memang anak orang kaya. Ini berdasarkan apa yg meols tengok dlu masa study kat uum.

Boleh kenal geng ni melalui dressing diorang, ada yg free hair, ada yg bertudung. Ada yg bawa keter mewah untuk ulang alik pi kelas walaupun dok kat kolej kediaman. Bukan indon jek. Mat arab, mat ningga, sama la. Kalu anak cina orang kaya pun sama.bawak mercedes pi kelas. Bmw pun ada haha dasat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
DeLuna85 replied at 8-1-2025 02:29 AM
So apa tindakan UTP?

Dia bukan tunggang nama UTP.

Lagi pun kebolehan menilai, mengkritik dan keberanian bersuara itu kualiti yang perlu disemai dalam persekitaran budaya intelek sebuah institusi pengajian seperti universiti. Budak ni cuma membuktikan UTP tidak gagal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2025 07:43 AM | Show all posts
ramai juga di sini yang mengutuk indon tu sedang kan tak tahu sebenar nya apa yang dia tulis

kongsi lah kat sini.. aku pun nak baca
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 8-1-2025 03:18 AM
Jika tidak suka, tidak perlu datang sebenarnya ke Malaysia. Orang yang duduk jauh pun rindu dengan M ...

Kita tak tau apa dia tulis but my guess is dia bukan tak suka Malaysia tapi mengkritik certain aspects of life here. I've got a friend who studied overseas kutuk kaw2 dorang punya budaya tapi end up jadi PR.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke ummah twitter ramai jenis bahasa hansuang ke? Acikpor jejari lazer pun surrender dgn bahasa ummah twiiter.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Geng2 seberang ni ntah apa2 ntah. Asal nampak berada sikit dipanggil sultan. Padahal setitik darah diraja pon xde.
Ada satu video tu mamat indon cakap kat malaysia ni orang x mampu pakai 4x4 & mpv mid tier macam innova sebab mahal. Pastu ramai la rakyat malaysia komen "hilux ni kami buat angkut baja je" "kami x pakai innova, kami pakai alpad"
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.058426 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list