CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5105|Reply: 0

[Johor] Jual senjata tiruan dalam live

[Copy link]
Post time 7-1-2025 09:39 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA senjata tiruan yang ditemui selepas polis menyerbu premis di Pekan Parit Sulong, Batu Pahat, kelmarin. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: 'Kami tidak tahu salah jika menjualnya' antara alasan diberikan pekerja sebuah premis yang diserbu polis di Pekan Parit Sulong, di sini selepas didapati menjual senjata tiruan secara penstriman langsung atau live di media sosial.

Serbuan dilakukan Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman 7 malam kelmarin merampas 155 senjata tiruan pelbagai jenama yang disimpan dalam bilik di tingkat atas premis.

Dalam Ops Bravo Taring (Senjata Tiruan) itu, beberapa pekerja premis cuba membawa keluar senjata tiruan itu selepas mendapat maklumat premis yang membekalkan peralatan di ibu kota di serbu sehari sebelum itu.

Menurut sumber, polis yang menjalankan risikan sejak sebulan lalu segera mendekati mereka yang ketika itu mahu memindahkan senjata tiruan ke dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Katanya, pemilik premis itu menjual senjata tiruan yang diimport dari China antara harga RM70 hingga RM430 melalui media sosial.



"Senjata itu dijual dalam bentuk set dengan pembeli juga akan mendapat peluru bebola gel (gel ball).

"Operasi dilancarkan selepas terdapat penjualan secara berleluasa di media sosial yang mana ia satu kesalahan kerana menjual senjata walaupun tiruan.

"Bekalan diperolehi dari pembekal di Kuala Lumpur sebelum diedar ke sini. Maklumat diterima, mereka menjual secara penstriman langsung yang dijalankan dua kali sehari.

"Selepas mereka mendapat tahu ada operasi, mereka memberhentikan seketika live itu sejak beberapa hari. Daripada maklumat diperolehi, pasaran mereka meliputi Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

"Daripada pandangan mata kasar, kita tidak tahu premis itu menjual senjata tiruan kerana di tingkat bawah, mereka menjual aksesori telefon dan juga rokok elektronik," katanya.

Menurut sumber lagi, pemilik premis itu mula berjinak menjual senjata tiruan sejak awal bulan lalu selepas cubaan pertamanya mendapat sambutan.

Katanya, berdasarkan serbuan itu, pemiliknya sudah bersiap sedia untuk memindahkan senjata itu termasuk yang baru tiba.

"Mereka mungkin berasa 'panas' apabila pembekalnya sudah diserbu. Jadi, mereka mendapat maklumat itu lebih awal dan bersiap sedia untuk memindahkan ke lokasi lain.

"Apabila ditanya, mereka mengakui untuk memindahkannya ke stor di salah sebuah rumah milik pekerjanya," katanya.

Jelasnya lagi, dalam serbuan itu, polis merampas 155 laras senapang tiruan pelbagai jenis yang bernilai RM60,000 selain merampas sebuah SUV yang dipercayai digunakan untuk memindahkan barangan itu.

"Pada masa sama, tiga pekerja premis berusia antara 25 hingga 33 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata (Senjata Tiruan) 1960 kerana memiliki senjata yang mana boleh dipenjara sehingga setahun atau denda tidak melebihi RM5,000," katanya.


Disiarkan pada: Januari 7, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.097252 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list