SEBUAH kereta memecut selepas melanggar penunggang motosikal di Kangkar Tebrau di sini semalam.
Johor Bahru: Tindakan lelaki warga Pakistan meninggalkan lokasi kemalangan di Jalan Tun Fatimah, Kangkar Tebrau, di sini, kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 25 tahun memberitahu situasi itu apabila tampil membuat laporan polis.
Menurutnya, dia mendakwa terpaksa memecut dari lokasi kejadian yang berlaku kira-kira 6.30 petang semalam bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Katanya, kemalangan itu membabitksn sebuah Proton Wira dan dua motosikal Yamaha Y15ZR dan Honda RS150.
"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta warga Pakistan itu keluar dari simpang untuk membelok ke kanan jalan.
"Pada masa sama, sebuah motosikal yang sedang bergerak lurus dari arah kanan gagal mengelak lalu melanggar bahagian kanan hadapan kereta itu.
"Manakala, sebuah motosikal dari arah kiri turut gagal memberhentikan kenderaan dan melanggar bahagian kiri kereta," katanya.
Menurutnya, tiada kecederaan serius dilaporkan kecuali seorang penunggang motosikal sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.
Katanya, punca kemalangan akibat kecuaian pemandu kereta, namun siasatan lanjut dibuat mengikut Rule 3(2)(B) LN166/59 dengan tiada tangkapan dilakukan.
|