View: 7918|Reply: 5
|
[Tempatan]
2 pengasuh jaga 25 bayi- Anak empat bulan maut di taska, ibu tak diberi penjelasan terus dibuang dari WS Grup
[Copy link]
|
|
KUALA LANGAT – Bayi lelaki berusia empat bulan mati selepas dihantar ke sebuah taska tidak berlesen di Bandar Saujana Putra di baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3. 29 petang daripada seorang doktor sebuah klinik sekitar kawasan Bandar Saujana Putra.
Katanya, berdasarkan laporan doktor berkenaan telah menerima bayi lelaki itu yang dibawa seorang pengasuh taska di dalam keadaan pucat.
“Bayi tersebut juga didapati dalam keadaan kebiruan pada bibir dan kaki, tiada nadi serta nafas selain tiada pergerakan anak mata bila disuluh lampu.
“Pengadu (doktor) serta merta melakukan bantuan pernafasan atau resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan bantuan oksigen sementara menunggu ambulans untuk dibawa ke Hospital Cyberjaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, Hospital Cyberjaya telah menerima bayi berkenaan kira-kira pukul 4.35 petang hari sama dan melakukan CPR lebih 30 minit.
Bagaimanapun, katanya, tiada tindak balas sebelum doktor mengesahkan kematian bayi itu pada pukul 5. 05 petang.
“Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan keterangan pengusaha dan pekerja premis telah diambil polis.
“Premis ini tidak berlesen dan permohonan telah dihantar tapi belum diluluskan. Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Terdahulu, tular luahan sedih seorang wanita menerusi hantaran di aplikasi X apabila anak yang dihantarnya meninggal dunia didakwa akibat kecuaian pihak taska.
Wanita berkenaan juga mendakwa anaknya telah ditinggalkan bersendirian dalam bilik dan dibiarkan tanpa pengawasan sehingga tidak boleh bernafas.
Taska itu juga dikatakan hanya mempunyai dua pengasuh yang menjaga 25 bayi.
“Saya hantar dia elok sihat bernyawa. Last saya tukar pampers semasa dia hidup sebelum saya hantar pergi taska pukul 9 pagi.
“8 jam kemudian, saya kena tukar pampers dia dalam keadaan meninggal. Dunia akhirat saya takkan maafkan. Saya doa Allah laknat semua yang terlibat,” katanya.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar...kejadian kat BSP? 25 org baby dijaga 2 pengasuh? makpak sila la masuk survey dulu sblm hantar baby... |
|
|
|
|
|
|
|
Salah management taik idung masin nak jimat kos. Nak tiru management hotel seorang staf cleaning cover satu tingkat. |
|
|
|
|
|
|
|
BSP tu memang penduduk padat nauzubillah jem kaw2. Tak sangka taska pun padat. Gila kejar duit semuanya. Tak relax langsung hidup . Dunia ni dikejar memang takkan habis. Musnah jiwa. Semoga pelakunya di bawa ke pengadilan. Dah sedap makan yuran ribu2. KO buat dono nyawa anak orang. Nampak tak betul keberkatan duit tu. Hati kelam dan tiada belas kasihan. |
|
|
|
|
|
|
|
Masih baik masih boleh panggil teacher.
Kalau meols, meols babikan, betinakan terus. Silap2 keluar segala nama flora dan fauna yang idok sedap didengar. |
|
|
|
|
|
|
|
Gila tempat 25org baby yg mengasuh 2org aje.
Tak voley brain pasey meols xpenah anto taska budak2 ni.
Kalo poromer ada duit lebih carik la pengasuh yg voley jaga ank chuols saja. Bukan bsusun jg ank org lain sama. Jenis bertanggungjwb ngn penyayang.
Mahal sikit xpa janji baby/toddlers xlonggok2 mcm kt taska.
Salam takziah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|