View: 7485|Reply: 9
|
[Tempatan]
Anak maut terjerut wayar tengah jalan, bapa tak sanggup nak tengok jenazah
[Copy link]
|
|
ALOR SETAR – “Saya reda namun tak sanggup lihat jasad anak hinggalah dia dikapankan,”
Demikian pengakuan seorang bapa, Hashim Ismail, 70, ketika ditanya mengenai kecederaan dialami anaknya, Mohd Hazri Hashim, 43, yang meninggal dunia dalam kemalangan sewaktu pulang dari kerja di Jalan Kulim Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.
Menurut Hashim, kejadian menimpa anak sulungnya itu benar-benar mengejutkan dengan dia menyerahkan sepenuhnya kes tersebut kepada pihak polis untuk disiasat.
“Kira-kira pukul 6 petang semalam, salah seorang cucu saya yang juga anak arwah memaklumkan dalam kumpulan WhatsApp bahawa Mohd. Hazri kemalangan. Setelah itu, salah seorang anak saya cuba menghubunginya berkali-kali namun tidak berjawab.
Anak sulung Mohd. Hazri, Fatin Batrisyia, 18, bersama adik-beradiknya yang lain menunjukkan gambar ayah mereka yang meninggal dunia dalam kemalangan di jalan Kulim Bukit Mertajam di Pulau Pinang, semalam.
“Akhirnya panggilan itu diangkat oleh seorang anggota polis. Anggota polis itu kemudiannya memberitahu yang Mohd. Hazri kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mendengarkan perkara itu, saya amat terkejut kerana kebelakangan ini saya sering merasa tidak seronok, letih dan tiada selera makan. Saya ingatkan, umur saya dah sampai ke penghujung namun rupa-rupanya, dia yang pergi dulu,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Besar, Mukim Padang Hang di sini, hari ini.
Dalam kejadian pukul 5 petang semalam yang tular di media sosial, Mohd. Hazri yang bekerja sebagai seorang kontraktor maut apabila kabel telekomunikasi di lokasi berkenaan, tiba-tiba melintang di tengah jalan akibat tersangkut pada tiang sebuah kren yang melalui kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, kabel telekomunikasi yang melintang di tengah jalan itu kemudiannya terkena pada leher Mohd. Azri yang kebetulan melalui jalan itu, menyebabkannya terbabas dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
sedih pulak baca..semoga ayahnya kuat.
|
|
|
|
|
|
|
|
sian kt anak2 yg dtingallkan, smoga allah jaga |
|
|
|
|
|
|
|
klu iol pun rsnya tak nk lah tengok
tak nak tu jd memori terakhir yg kita tgk wajah dia
alfatihah buat allahyarham
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedih bila ayah ingat ayah yg akan pergi dulu. Tapi anak yg pergi dulu. Anak sulung pula tu. Anak sulung ni special dalam family. Sbb si sulung ni lah yg menjadikan pasangan tu ayah & ibu.
|
|
|
|
|
|
|
|
inilah yg dinamakan kalo dah ajal xkn terlewat walau sesaat pon
|
|
|
|
|
|
|
|
entahla.. kalau tak tengok.. takut rasa terkilan..
tapi kalau tengok.. itu akan jadi memori terakhir yang akan kekal kt ingatan kita..
mcm masa arwah mak aku meninggal.. masa dia nazak.. tercungap2.. sedih sangat tengok..
lepas tu masa dah meninggal.. wajah arwah bersih n senyum.. tenang.
alhamdulillah wajah tenang tu ganti wajah nazak dalam memori aku.
kalau meninggal dalam keadaan ngeri.. itula memori terakhir kalau kita tgk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Takziah. Moga tabah menghadapi dugaan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahwainnalillahirojiun
Semoga keluarga yg ditinggalkan tabah dgn dugaan
Naya family. Tu la kan kabel berselirat sgt kat mesia ni. Lintang pukang kacau bilau. Buruk pemandangan dibuatnya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|