View: 22765|Reply: 9
|
Im Siwan dedah T.O.P alami kecederaan patah tulang, puji tetap semangat selesaikan penggambaran ‘Squid Game 2’
[Copy link]
|
|
PENYANYI T.O.P berdepan pelbagai cabaran dan dugaan untuk menjayakan watak Thanos dalam siri Squid Game musim kedua.
Dedah pelakon Im Siwan, lakonan T.O.P seharusnya dipuji kerana aktor itu masih mampu meneruskan sesi penggambaran meskipun ketika itu dia mengalami kecederaan patah tulang rusuk.
Tambah Siwan, kejadian tersebut berlaku ketika mereka berdua sedang giat menjalani latihan bagi babak aksi sehingga menyebabkan penyanyi tersebut terjatuh.
"Kami pergi ke kelas berlakon aksi bersama-sama. Kami berdua melakukan sehabis baik dalam adegan aksi tersebut sehinggalah T.O.P terjatuh dan patah tulang rusuknya.
"Saya pernah mengalami perkara sama (patah tulang rusuk). Jadi saya tahu bertapa sakitnya. Saya tidak boleh bernafas dengan betul ketika itu.
"Tetapi T.O.P tetap teruskan sahaja. Ketika itu saya sedar yang komitmen dia memang berada di tahap yang lain," katanya dalam satu temu bual.
Ditanya mengenai reaksi negatif penonton terhadap lakonan T.O.P, Si-wan memberi respon bahawa watak Thanos adalah sangat sukar untuk dibawakan.
"Lakonan adalah sujektif, jadi mesti ada pendapat yang berbeza. Kalau saya kena bawa watak itu, saya tidak boleh lakukannya sebagus T.O.P," ujarnya.
Sumber : Mstar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Patutla watak dia mati cpt |
|
|
|
|
|
|
|
oo retis rupanya. Patutla dalam SG2 orang dok kerumun dia |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak tgk lg movie ni tp tgk shorts kt YT scenes Top ni, ok je. mmg menjd annoying nya tu |
|
|
|
|
|
|
|
menyampah tau bila dia tolak orang orang depan dia tu..tapi kelakar bila dia cakap bye |
|
|
|
|
|
|
|
Top ada ye dlm squid game. Kena tengok ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ak rase OK je dia berlakon wpun ak x suka ia tp watak dia annoying n x patut mati cepat... Maybe klu watak dia panjang skit.. The main villain tenggelam kot |
|
|
|
|
|
|
|
i'm sorry boy.....
i olls baca antara penyumbang besar bagi viewing record squid games 2 adalah TOP... |
|
|
|
|
|
|
|
Ok je top belakon mmg rase nak debik je dia |
|
|
|
|
|
|
|
penglipur lara dlm squid game 2 kali ni.
tapi mati dlu plak.. ishhh ptt pjg kan lg,
musti lagi menarik, tp mebi director ada sbb la kan,
kenapa mati kan watak dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|