CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18890|Reply: 364

Ayuh! Gerakkan segera 1Melayu, 1Bumi

  [Copy link]
Post time 20-4-2011 10:58 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Anak_Nogori at 20-4-2011 11:56

Oleh Zaini Hassan



ORANG Cina telah bersatu. Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak telah membuktikannya. Malah, sebenarnya orang Cina telah pun bersatu sejak dulu lagi.

Perkembangan politik muaasir (kontemporari), selepas era-Mahathirisme dan semasa era-Abdullahisme telah membuktikan ikatan orang Cina lebih utuh dan berpadu. Hubungan kekitaan, kekeluargaan serta brotherhood dan ukhwah orang Cina lebih erat, tanpa boleh ditandingi oleh mana-mana kaum di atas muka bumi Malaysia ini.

Walaupun antara mereka berlainan haluan politik, tapi apabila sampai masa menentukan arah untung nasib kaum Cina – mereka akan bersatu atas pangkahan undi yang sama.

Dalam ekonomi, mereka membantu antara satu sama lain. Dari sekecil-kecil ekonomis kepadalah yang sebesar-besarnya, mereka akan tolong-menolong antara satu sama lain.


Budaya telah berjaya menyatupadukan orang Cina. Dalam masyarakat Cina tiada istilah bidaah yang boleh memesongkan mereka daripada soalbudaya dan adat resam bangsa. Bahasa Cina diangkat tinggi, malah ada yang kata orang Cina yang tidak boleh membaca Cina pun akan turut membantu membeli akhbar Cina. Maka itu, akhbar Sin Chew Jit Poh – suara keramat orang Cina, menjadi antara akhbar yang paling tinggi edaran dan keuntungannya di Malaysia.


Sekolah Cina terus dijadikan sebagai cagaran politik utama – yang tidak boleh dikompromi sama sekali.

Pendek kata, orang Cina sebenarnya amat beruntung sekali berada dibumi Malaysia ini. Mereka telah menguasai segala-galanya.


Sepuluh teratas orang mereka adalah bilionaire Malaysia. Sebahagian besar kedai yang ada di atas muka bumi Malaysia ini milik mereka. Hampir semua pelajar yang belajar di universiti swasta dan IPTS ternama dan mahal-mahal di negara ini rata-ratanya orang mereka.


Saya telah nyatakan perkara itu dalam Cuit bertajuk Apa lagi orang Cina mahu? tahun lepas. Tulisan itu dipetik sepenuhnya oleh akhbar Straits Times Singapura dan surat pembaca yang saya terima dari republik itu menyokong penuh tulisan itu.
Apa yang saya katakan ini adalah hakikat atau fakta.

Hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuh oleh orang Cina, yang lain semua sudah. Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough(Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia.

Slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina. Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini.

Terus terang saya katakan, saya amat menyanjungi orang Cina. Mereka mempunyai matlamat dan masa depan yang cukup jelas.

Walaupun tindakan itu berbau politik atau bukan, soalnya mereka cukup bersatu. Politik digunakan sebaik-baik mungkin untuk menyatupadukan kaum itu.

Kita jangan salahkan DAP. Apa yang DAP lakukan itu amat betul untuk masa depan kaumnya. Jika Pas dipergunakan oleh DAP untuk memecahkan bangsanya sendiri, itulah operatif licik DAP.

DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina. MCA gagal dan SUPP pun gagal. Itu hakikat atas kertas. Malah seorang sahabat saya berbangsa Cina, pengarang sebuah akhbar ternama bersetuju bahawa orang Cina kini ke arah menyokong pembangkang. PilihanRaya Umum Ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.


Sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malahpemikiran mereka cukup bercelaru.

Apa yang harus UMNO lakukan? UMNO harus berfikiran seperti DAPkah?


Pandangan saya, apa yang UMNO harus lakukan sekarang, di masa yang amat terdesak sekarang, ialah melancarkan gelombang perpaduan bangsa –1Melayu, 1Bumi.

Lancarkan segera 1Melayu, 1Bumi dalam lingkungan UMNO dan parti-parti Melayu yang lain.

Jika Pas degil dan tidak mahu ikut serta, gabungkan dengan puluhan NGO-NGO Melayu yang kini tumbuh bagaikan cendawan di atas bumi Malaysiaini. Perlu diingat NGO-NGO itu wujud kerana mereka dahagakan wadah perjuangan untung nasib bangsa semakin ditinggalkan. UMNO harus tarik pertubuhan sukarela ini ke hadapan dan menjadi juara semula dalam soalini.

Persetankan Pas yang ternyata telah menggadaikan perjuangan bangsa Melayu untuk kepentingan politik totok mereka. Hairan sungguh, para penyokong Pas akan menjadi lebih kuah daripada sudu semasa berkempen,dan mereka tidak pernah sedar bahawa secara senyap-senyap DAP cukup strategik mempermainkan mereka.

Saya kira, sekiranya lima kerusi Pas di Sarawak itu ditandingkan dikawasan Cina sudah pasti mereka akan menang dan ada wakil dalam dewanundangan negeri. Tapi DAP telah mempermainkan mereka. Pas diletakkan dikawasan kaum bumiputera, bagi membolehkan kaum bumiputera terusberpecah. Pas seperti biasa, tidak sedar semua itu.

Dalam usaha meniupkan gelombang 1Melayu, 1Bumi, tidak salah 1Malaysia diteruskan kerana ia adalah dasar jangka panjang negara.Parti komponen Cina dalam BN pun tidak akan marah jika UMNO melancarkan gagasan 1Melayu, 1Bumi kerana bagi mereka orang Cina telah pun bersatu.

Tidak salah bagi orang Melayu melancarkan seruan 1Melayu, 1Bumi kerana orang Melayu sendiri belum bersatu.

Dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini, saya ada mengatakan orang Melayu berpecah kepada enam golongan. Melayu UMNO, Melayu Pas, MelayuPKR, Melayu DAP, Melayu Liberal dan Melayu Atas Pagar.


Orang Melayu cukup berpecah. Orang Cina tidak akan marah sekiranya orang Melayu bersatu kembali. Mungkin DAPlah yang tidak selesa kerana matlamat mereka untuk memecah-belahkan lagi orang Melayu akan gagal.


Bagi DAP, selagi konsep Malaysia Malaysian mereka tidak berlaku, selagi itu mereka akan berusaha keras untuk menjayakannya.

UMNO harus meniupkan gagasan 1Melayu, 1Bumi ini segera. Orang Melayu harus disatukan segera bagi memastikan mereka menguasai semula politik yang semakin terhakis daripada tangan mereka.


Walaupun Melayu berpecah, namun ada lagi suara-suara segelintir yang amat sayangkan bangsa. Seorang sahabat umpamanya, menghantar SMS semasa tulisan ini ditulis berbunyi: “Tolong tulis...BN jangan lagi bagi kawasan majoriti Melayu kepada wakil MCA, Gerakan dalam PRU akan datang... cukup sudah pengorbanan UMNO yang dibalas dengan tuba. MCAdan Gerakan WAJIB akur kerana kalau mereka kalah dengan DAP, wakilmereka tak perlu dilantik dalam kerajaan...”

Itu ialah suara marah. Orang Melayu marah. Tapi kita harus rasional. Susun semula barisan dan gelombang satukan orang Melayu.

Saya bercakap bagi pihak bangsa saya. Gagasan inilah yang turut dimainkan oleh sahabat saya, saudara Ridhuan Tee Abdullah, seorang mualaf Cina yang cukup kental jiwa ultra-Melayunya. Orang Cina amat tidak menggemari beliau di atas semangat assabiyah Melayu beliau itu.

Namun bagi Ridhuan, dan orang Melayu yang lain, mereka amat khuatir dengan perkembangan mutakhir yang berlaku di negara ini sekarang.


Namun, penghargaan harus diberi kepada kaum bumiputera Sarawak yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan begitu betul sekali.

Saya angkat topi kepada kaum bumiputera Sarawak yang dilihat lebih matang daripada orang Melayu di Semenanjung. Sekiranya mereka tidakbersatu dalam pilihan raya 16 April lalu, maka Sarawak sudah tentu akanjatuh ke tangan orang lain.

Orang bumiputera Sarawak telah memberi satu petunjuk yang amat berharga supaya diikuti oleh kaum Melayu di Semenanjung.
Namun, orang Melayu Semenanjung berpecah enam. Mereka masih lagi berpecah enam.


Oleh itu menjadi kewajipan UMNO; atas nama pejuang-pejuangnya yang terdahulu; dan sebagai parti induk orang Melayu; lancarkan segera slogan 1Melayu, 1Bumi bagi menggerakkan semula gelombang kebangsaan bangsa itu.


Melayu harus dan wajib disatukan kembali sebagaimana kita mahu satukan orang Malaysia di bawah semangat 1Malaysia. Tiada makna adanya 1Malaysia, jika orang Melayu sendiri pun berpecah.


Kini terletak dalam tangan UMNO untuk menentukan hidup atau mati bangsa ini.

Orang Cina sudah ada 1Cina dalam erti kata tersendiri. Orang Melayu pun perlu ada 1Melayu, 1Bumi. Ayuh gerakkan!

p/s:- Kan dah kata..sentimen2 gini sudah mula membesar...diPRU13 nanti..bukan lagi pertandingan antara parti2..tapi sudah menjadi pertandingan antara Melayu/Bumi dan Cina..ini sangat bahaya buat keharmonian bangsa Malaysia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2011 11:04 AM | Show all posts
Oleh Zaini Hassan



ORANG Cina telah bersatu. Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawaktelah membuk ...
Anak_Nogori Post at 20-4-2011 10:58



    berbaur perkauman sungguh ni Cik AN...   


last2 takut bergasak je....  





























Dimane pegi nye slogan 1Malaysia....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 11:05 AM | Show all posts
kalau media tak perbesarkan isu...tak de mendanya...kan pakcik...jadinya janganla ditokok tambah hangatkan isu perkauman...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 11:05 AM | Show all posts
rasis ni......
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 11:07 AM | Show all posts
wa dgn pas kalu..no hal
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 11:08 AM | Show all posts
umpama buih ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2011 11:11 AM | Show all posts
Kalo kerajaan tak bedung masalah ni...... mmg bleh jadi kacau bilau...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 11:13 AM | Show all posts
tapi ramai yg nampak seakan akan suka kalo cina jadi "raja segalanya" di malaysia nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2011 11:12 AM | Show all posts
sbb org melayu....dia kenyang sekor2 jek.....
org cina plak, dia share sama2....

ni kes kebanyakan....bukan semua
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 11:24 AM | Show all posts
kerajaan BN sendiri mengalakkan perkauman... UMNO mengamalkan perkauman ptuihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Mod, lock thread nih!
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 11:30 AM | Show all posts
dah berapa kurun kita hidup majmuk...ada ke pertumpahan darah besar2an....rasanya semua berusaha elakkan tercetusnya masalah perkauman...kecuali 13 mei yang punca utamanya kita jadikan pengajaran....

yang ada hanyalah masalah jenayah yang dilakukan oleh semua bangsa..bukan masalah perkauman...bukan penghapusan etnik atau bangsa..

berapa kurun kita dah hidup dalam keadaan aman...takkan disebabkan masalah politik..maka media sibuk memperbesarkan isu perkauman...semata nak meraih undi..meraih pangkat..meraih kedudukan..meraih kuasa????

sedar2lah sebelum terlambat....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 11:34 AM | Show all posts
TT, bumi sarawak tak sokong DAP yer? penulis ni dah buta la..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 11:36 AM | Show all posts
kebal btol si zaini utusan ni.....camne racist nye artikel pon selamba je
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 11:38 AM | Show all posts
yer yer inilah sebaiknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2011 11:58 AM | Show all posts
berbaur perkauman sungguh ni Cik AN...   


last2 takut bergasak je....  : ...
Lina66 Post at 20-4-2011 11:04


Dulu selepas 13 mei cik Lina...mana ada perkasa, perkosa bagai..lani dah ada.

cina jangan pk mereka ada agenda tersembuyik mereka, krn orang melayu tak semuanya bodoh tak nampak apa yg sedang mereka lakukan.

kalau mereka boleh berlaku rasis....melayu 1000 kali lagi rasis...melayu sekarang bukan spt melayu tahun 50an..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 11:58 AM | Show all posts
melayu je la...Islam tah kemana...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2011 11:58 AM | Show all posts
Cina bersatu takpe, Melayu bersatu itu racist....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2011 12:02 PM | Show all posts
kalau media tak perbesarkan isu...tak de mendanya...kan pakcik...jadinya janganla ditokok tambah han ...
noor2 Post at 20-4-2011 11:05


media pelapur la noor..mereka turun diakar umbi, melapur apa yg mereka rasa perlu dilapur.

kadang2 pakcik pk..ada eloknya kita bergaduh setiap kali dalam 10 tahun, spt mana berlakunya 13 mei.......perlunya utk menyedarkan umat Malaysia ini betapa peri pentingnya perpaduan..jangan diri sendiri buat tak rasis, bila melayu buat mula lah keluar rasis sana rasis sini..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 12:04 PM | Show all posts
melayu bersatu nanti kang ada org ingat puak2 serpihan pekida plak
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 12:06 PM | Show all posts
melayu je la...Islam tah kemana...
Don Henley Post at 20-4-2011 11:58


Tu kerja lobai2 PIS. Mana entah pegi hududmududnya, Isle lagi lah....batang hidung pun tak nampak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.814448 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list