Dalam pada itu, usahawan itu menekankan bahawa dia tidak memiliki latar belakang pendidikan agama formal walaupun sering berkongsi ilmu dan dakwah sejak 2016.
Kata Aisyah, tujuannya bukanlah untuk mendapatkan gelaran atau dihormati, tetapi untuk memberi manfaat kepada orang lain.
"Cuma untuk menjelaskan, buat semua yang selalu mengikuti content dakwah Aisyah dari 2016. Aisyah bukan ustazah.
"Semoga segala ilmu yang Aisyah kongsikan menjadi manfaat untuk semua," ujarnya.
Untuk rekod, Aisyah merupakan graduan dalam bidang Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sejak 2019, Aisyah telah memulakan perjalanan kerjayanya sebagai usahawan dalam industri pakaian fesyen muslimah melalui jenama 'Haul Hijanah'.