CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42978|Reply: 15

[Tempatan] Sijil Kemahiran bakal setaraf ijazah, sarjana dan PhD - TPM Zahid

[Copy link]
Post time 12-1-2025 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Berita Harian
Oleh Muhamad Lokman Khairi
Januari 11, 2025
[email protected]



BAGAN DATUK: Kerajaan berhasrat mengiktiraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 6, 7 dan 8 supaya setaraf dengan ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan doktor falsafah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan itu dibawa ke peringkat Kabinet oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong pada minggu lalu.

Menurutnya, pengiktirafan akreditasi itu kelak membolehkan lulusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menikmati kadar gaji premium lebih tinggi berbanding sekarang.

"Saya beritahu kerana sebelum ini pandangan ibu bapa dan pelajar terhadap TVET adalah rendah.


"Bagaimanapun, pemikiran ini semakin berubah dengan adanya tawaran peluang pekerjaan yang lebih berpotensi dengan gaji premium," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Kerjaya MyFutureJobs di Dewan Serbaguna Datuk Abdullah Ahmad di Hutan Melintang, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid ketika ditemui selepas meninjau fasiliti Malaysia China Institute (MCI) di sini, berkata pengiktirafan SKM supaya setaraf dengan tiga ijazah berkenaan perlu mendapat perakuan dan kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) terlebih dahulu.

Menyentuh mengenai MCI, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, MCI yang beroperasi di premis Giat MARA Bagan Datuk menjadi pusat persediaan untuk pelajar tempatan mempelajari asas bahasa Mandarin sebelum dihantar mengikuti latihan TVET di China.

Selain itu, katanya, institut berkenaan turut menawarkan kursus bengkel pengendalian dan penyelenggaraan kenderaan elektrik (EV) dengan kerjasama beberapa institusi TVET di China terutamanya Beifang.

"Ini juga termasuk forklift yang menggunakan bateri sepenuhnya serta kenderaan hibrid serta bengkel pengecatan menggunakan water base painting.

"Semuanya adalah teknologi baru yang menggunakan pendekatan bukan konvensional," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2025 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dh tua nak amik SKM bleh kan
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam bahasa yang lebih mudah difahami oleh para pemain industri di M'sia, yakni dalam konteks gaji, selepas ini ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan doktor falsafah bakal jadi jadi setaraf saja dengan sijil kemahiran. Ucapan selamat datang didahulukan kepada bangla, myammar, nepal, rohingya, vietnam dan indon. Anda sekalian bakal jadi setaraf dengan para pemegang ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan doktor falsafah di M'sia yakni gaji sama banyak je kalian semua.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh iya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak gaji tinggi kau pi la ambik diploma ka ijazah TVET kau tu. Demit.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 12-1-2025 06:20 PM
Bodoh iya.

Tq kaka iols baru berkata2 dlm hati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2025 08:03 PM | Show all posts
hujung hujung
yg bijak bijak pakat2 nak masukTVET
'yg kurang kurang bijak
yg dulu mengisi vokasional / tvet
akhirnya tersisih (kembali)

now ni dah ramai anak2 yg cemerlang SPM pakat2 masuk kolej mara yg duku tak di pandang dan dimasuki oleh yg tidak cemerlang

betulkans aya kalau saya salah
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
bedahmenjuyah replied at 12-1-2025 10:26 AM
Tq kaka iols baru berkata2 dlm hati

Pakcik meols ex budak TVET. Dari sijil ke diploma ke ijazah pelan2 dia merangkak dari bawah.

Dasar orang sekarang suma nak senang aja. AI pun meols dah benci sekarang. Bebudak meols buat homework karangan, copy paste Chat GPT sebab malas berfikir. Ujung2 masa exam melingkup tunggang langgang segala bahasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2025 09:14 PM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 12-1-2025 08:03 PM
hujung hujung
yg bijak bijak pakat2 nak masukTVET
'yg kurang kurang bijak

bagus la sbb skrg byk pomen2 yg hampeh
tak profesional
kesian pakcik makcik habis kenderaan dorang jahanam sbb pomen2 yg hampeh ni

cuma yg jd masalah sanggup ke pelanggan2 bayar kos repair yg mahal bila amik mereka2 yg berkelayakan ni
sbb bidang tvet ni mmg tak setimpal pun klu ikutkan penat dgn bayaran yg dapat



Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 10:04 PM | Show all posts
Alhamdulillah. Suatu pengiktirafan yang baik untuk bidang kemahiran.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Loh kalau sembang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 10:12 PM | Show all posts
Triple_8 replied at 12-1-2025 06:09 PM
Dalam bahasa yang lebih mudah difahami oleh para pemain industri di M'sia, yakni dalam konteks gaji, ...

Kemahiran bidang Tvet berdekad dah ada dalam Malaysia. Warga asing bangla nepal pun dah berzaman kat negara ni. Sekarang ni ada ke bangla nepal dan warga asing lain even ada skm 1 hanya berdasarkan pengalaman kerja? Takde kan.

Dalam artikel tu tulis, skm tahap 6 ke atas baru dikira setaraf dengan ijazah. Untuk capai skm 4 pun susah kemain.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 10:17 PM | Show all posts
Edited by sayawifenikmie at 12-1-2025 10:18 PM
Jitu replied at 12-1-2025 09:14 PM
bagus la sbb skrg byk pomen2 yg hampeh
tak profesional
kesian pakcik makcik habis kenderaan dora ...

copp
pomen2 hampeh yg awak maksudkan tu lulusan vokasional / tvet ke?


Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 12:57 AM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 12-1-2025 10:17 PM
copp
pomen2 hampeh yg awak maksudkan tu lulusan vokasional / tvet ke?

lulusan giat mara tp entah la mcm tak lulus je
ni kat kampung ada yg mengadu kat group wasap susahnya nak jumpa pomen yg bt kerja elok
tp bab minta duit upah laju

mcm bidang2 lain under tvet ni iols tak tahu la sbb iols cuma fokus kat automotif je
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 08:21 AM | Show all posts
tvet ni klu jenis yg amik air-con, underwater welding, electrik mmg skrg pon dah mahal gaji deme..

nak2 yg jadik contractor..
tapi berbaloi la dgn risks yg diorg amik..
Skrg wiring rumah teres stkt pasang lampu, kipas, plug point pun dah range 5-6k tau..

kalau detach hses, 8-10k..(std detach hse)
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 09:30 AM | Show all posts
ok le tu naik taraf sikit CM melaka... dia sijil SKM ekon now da jd CM tauuuu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.054215 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list