View: 9038|Reply: 24
|
Lakonan mantap tapi tak pernah menang award, Sara Ali tak kisah
[Copy link]
|
|
Di layar perak, televisyen mahupun panggung teater, nama Sara Ali bukan sekadar dikenali, tetapi dihormati.
Kemenjadian lakonannya yang sarat dengan emosi, jiwa dan nyawa menjadikannya antara aktres disegani di tanah air.
Lebih sedekad bersinar di persada seni, pemilik nama penuh Siti Sarah Hairi Ali itu terus membuktikan kehebatannya dalam setiap watak dijayakan seolah-olah bukan berlakon tetapi hidup dalam dunia yang dibawanya ke skrin.
Bagi Sara, seni bukan sekadar tentang membawa watak tetapi menghidupkan setiap perasaan dan menjadikan penonton turut merasai setiap detik emosi yang digambarkan.
Dengan graf lakonan cemerlang, bahkan sudah berkali-kali tercalon dalam pelbagai anugerah berprestij, nampaknya belum ada rezeki Sara menggenggam trofi kemenangan.
Tidak melenting, jauh sekali menyalahkan mana-mana pihak, wanita berusia 35 tahun itu menganggap dirinya belum bersedia untuk memenangi trofi besar.
Baginya, kemenangan dalam sesebuah anugerah seharusnya memberi impak positif kepada industri dan masyarakat, bukan sekadar perhiasan di rak trofi.
“Untuk menang ‘award’, bukan hanya soal bakat atau pencapaian, tetapi soal apa yang boleh diberikan semula kepada masyarakat.
“Itu tanggungjawab besar yang perlu dipikul oleh pemenang,” katanya kepada HibGlam.
Pelakon filem Kami Histeria itu juga tidak melihat ketiadaan trofi sebagai kekurangan, malah menganggap semua itu satu ruang untuk terus belajar dan memperbaiki diri.
“Kalau saya tak menang apa-apa ‘award’ pun tak apa sebab saya tak tahu apa yang boleh diberikan semula kepada masyarakat.
“Kalau menang, kena letakkan satu penanda aras yang tinggi. Jadi, mungkin lebih baik saya tak menang dulu, kekal di bawah dan fokus pada usaha memperbaiki bakat.
“Tidak mengapa, saya okey dengan itu,” jelasnya.
Ketika ditanya tentang anugerah idaman, Sara tidak berselindung malah mengakui Festival Filem Malaysia (FFM) adalah matlamat utamanya.
“Kalau tanya saya, FFM adalah impian. Siapa tak nak menang di FFM? Itu satu pengiktirafan besar.
“Kita tengok Beto Kusyairy, dia menang anugerah pelakon pembantu dan pelakon terbaik pada tahun lepas. Itu sebab dia matang dan bersedia memberikan sesuatu yang berharga kepada penonton.
“Kalau boleh, saya nak menang bila dah macam dia. Saya nak lakonan saya ada jiwa, ada rasa. Itulah definisi kemenangan sebenar bagi saya,” katanya pada majlis tayangan perdana filem Bisikan Dosa, baru-baru ini.
Berbicara mengenai perkembangan terbaharu, Sara bakal muncul dengan filem Bisikan Dosa arahan Faizul A. Rashid yang mula ditayangkan di seluruh negara semalam.
Selain Sara, filem terbabit turut menampilkan deretan pelakon hebat seperti Che Puan Juliana Evans, Farid Kamil, Uqasha Senrose dan Sherie Merlis.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dia berlakon oklah.... Tapi anggapje lah belum ada rezeki utk dapat anugerah tu.. kadang rasa dah buat yang terbaik, tapi time anugerah, ada calon lain yang lebih layak.. gitulah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sorang je kot rasa dia ni muka badmood.. Kalau berlakon selalu nampak moody |
|
|
|
|
|
|
|
red_velvet replied at 13-1-2025 12:31 PM
Aku sorang je kot rasa dia ni muka badmood.. Kalau berlakon selalu nampak moody
Aku pun sama. Moody, boyish, muka memanjang berkerut. |
|
|
|
|
|
|
|
dia n nad zainal muka lebih kurang ….mata besau |
|
|
|
|
|
|
|
Ko blakon sbb nak duit angp je lah anugerah tu sampingan, ramai je manusia yg bkerja kt dunia ni yg x penah dpt anugerah pekerja cemerlang dsb…. |
|
|
|
|
|
|
|
Aida kaki hutang tu laku betul ya berlakon. |
|
|
|
|
|
|
|
red_velvet replied at 13-1-2025 12:31 PM
Aku sorang je kot rasa dia ni muka badmood.. Kalau berlakon selalu nampak moody
Aah ye mcm 24jam la period hahahahahah. Dulu dia ni bertudung ek?ke salah?pastu terbang tudungnya? |
|
|
|
|
|
|
|
orang kata resting bitc* face
1.tiz
2. sara ali
3. nad zainal
4. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la ko memang tak kayu, tapi selalu masam/moody. Variety watak boleh bawa bukan la level anak org kaya/bini org kaya je kan. Jenis nad jenal |
|
|
|
|
|
|
|
hmm biasa² je nyah dia ni berlakon |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni bagus berlakon tapi selalu salah pilih job |
|
|
|
|
|
|
|
red_velvet replied at 13-1-2025 12:31 PM
Aku sorang je kot rasa dia ni muka badmood.. Kalau berlakon selalu nampak moody
same
moody dan spoil tgk muka dia
mmbosankan kita as penonton
just wonder: dia pernah senyum tak |
|
|
|
|
|
|
|
Die ni byk blakon ke? Die ni ex bff pajura kan? |
|
|
|
|
|
|
|
oggy replied at 13-1-2025 11:44 AM
Dia berlakon oklah.... Tapi anggapje lah belum ada rezeki utk dapat anugerah tu.. kadang rasa dah bu ...
Ratu filem melayu 80an & 90an Noorkumalasari & Sofia Jane pun x pernah mng award FFM.. Noorkumalasari tercalon best actress 6 kali, Sofia Jane plak tercalon 2 kali.. tapi sbb aura dorg tu, org igt sampai bila².. |
|
|
|
|
|
|
|
babyorange replied at 13-1-2025 08:32 PM
Die ni byk blakon ke? Die ni ex bff pajura kan?
Senyap terus dia kan lepas kes ng ex bff dia dodulu |
|
|
|
|
|
|
|
QueenIsolde replied at 13-1-2025 10:11 PM
Senyap terus dia kan lepas kes ng ex bff dia dodulu
Kes apa tu u?iol mmg tktau. Ada link tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Ex bff and dia pakai tudung kjp pastu keje insurance banking ke apa . |
|
|
|
|
|
|
|
Xpe, aku keje 15 thn belum dpt apc lg |
|
|
|
|
|
|
|
fadz84 replied at 13-1-2025 08:35 PM
Ratu filem melayu 80an & 90an Noorkumalasari & Sofia Jane pun x pernah mng award FFM.. Noorkumalas ...
Kadang dorang ni bukan tak bagus tp kebetulan masa tercalon tu ada yg dpt tinggi sikit markah.
Ada je pelakon yg biasa2 je lakonan dia balik2 watak menangis meroyan tp menang terbaik sbb time tu saingan semua so-so
Kadang kesian gak tgk yg dh berlakon 20 tahun tp satu award terbaik pun lum penah dpt padahal dh pegang mcm2 watak jd baik jahat kelakar semua ada.
Ujung2 yg menang takat pegang watak utama dalam filem romantic comedy |
|
|
|
|
|
|
| |
|