View: 27244|Reply: 5
|
[Tempatan]
Seram! ‘Pak cik nampak kelibat beberapa budak panjat dinding wad awal pagi’
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Kelibat beberapa budak memanjat dinding wad pada awal pagi antara pengalaman seram dilalui seorang lelaki sewaktu menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital.
Kehadiran kanak-kanak itu tidak dapat dilihat oleh kakitangan hospital tersebut, namun hanya disedari oleh lelaki berkenaan sekali gus menyebabkan jantungnya menjadi laju.
Perkongsian seram itu diceritakan seorang Dr. Adli Azam yang juga pakar pembedahan kardiotoraks di sebuah hospital swasta berhubung pesakitnya yang ditempatkan di ICU tersebut.
“Tengok hari ini dia ‘okey’, esok dah boleh keluar dari ICU ke wad. Malam itu tiba-tiba jantung dia laju.
“Sebagai doktor ni, kita nampak apa yang kita nampak. Kita beri ubat pukul 2, 3 pagi. Kemudian pagi itu tanya (pesakit), ‘haji malam tadi teruk sangat ni, ada apa-apa ke?’.
“Dia nampak budak-budak kecil panjat dinding bukan satu, tapi dua tiga orang panjat depan mata. Sampai jantung dia ‘berterabur’ (laju),” katanya menerusi hantaran video.
Beliau juga berkongsi kisah pernah diganggu ‘makhluk’ tidak dapat dilihat selepas melakukan pembedahan.
“Setakat kena kacau ada dua tiga kali, tapi kadang saya tak larat. Saya pernah buat pembedahan sampai 12 tengah malam dan balik ke bilik, saya penat sebenarnya tak larat nak tidur saja.
“Tapi kena kacau. Bila pakai selimut, dia tarik selimut. Benda ni kacau bila kita diawang-awangan, antara sedar dan nak tidur. Sebab itu saya tak tidur terlentang, saya tahu ada jin akan hempap kita dan saya tidur mengiring,” katanya.
Katanya, terdapat beberapa kawasan ‘keras’ yang menjadi kesukaan makhluk tersebut di dalam hospital.
“Jin ni memang ada yang ‘power’ (kuasa) suka pada darah. Kebanyakan ‘keras’ sama ada pusat dialisis sebab berurusan dengan darah, bilik pembedahan dan ICU,” katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 13-1-2025 05:23 PM
Hospital memang serem.
Tapi meols juga suka jalan2 di wad jam 2-3 pagi kalau tadapat tido. Meols kasik tau uols la, waktu tu if uol bawak pistol tembak mati point blank suma orang kat wad memang boleh sangat sebab doktor, nurse suma tido or hilang pi stor la memana la pi tido masa tu. Penjaga ngan pesakit pon tido mati biasanya. Masa anak warded dulu meols selalu tolong katil sebelah tutup mesin susu la etc.
Jam 4 baru meka 'hidup'. Baru nampak nurse but routine check, etc.
Meols tokleh nampak. Dengar or ghaso2 ja. Sebab tu meols brani. Kalau nampak tah la, pinsan kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Pantang jam 3 pagi, mana2 tempat hostel ka rumah ka kalau nak minum air ka pi toilet ka elakkan jam 3 pagi |
|
|
|
|
|
|
|
X semua tempat ada jin...elok je akak bgn 3 pagi , 4 pagi bgn kat rumah..x de pulak kena ganggu..hospital mmg la ada ..mcm doktor tu kata tempat yg tumpah darah mmg la ada..tambah2 mcm2 manusia ada |
|
|
|
|
|
|
|
Yang takde hantu kat wad bersalin hkl.zaman.dolu jah...
Meriah dengan ibu2, baby2...pkl 3 pagi gi toilet takde hal...
Nurse siap sembang2 kat kaunter pkl 2 3 pagi...hahaha...
Patient keluar masuk.sentiasa...
Now dah pindah ke hospital baru tak tau la mcmana..
Selama.iols.masuk.spital.mana.mana sama ada swasta atau kerajaan belum ada pengalaman lg lah... |
|
|
|
|
|
|
|
syukur iols berkampung kat wad 2 minggu dulu takde kejadian persis bod mps berlaku
dah la tiap kali pukul 3-4 pagi auto pegi toilet terverak
duduk toilet bertapa lagi. sunyi bodo. iols dah la hati tisu. pasang la bunyi air paip sikit bagi menghilangkan kesunyian sementara |
|
|
|
|
|
|
| |
|