CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5317|Reply: 1

[Tempatan] Pinjam along RM1,400 je, naya kena bayar balik RM20,000

[Copy link]
Post time 14-1-2025 12:52 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – “Tolong saya. Saya terjebak dengan along. Salah saya, macam mana nak selesaikan ya? Sekarang jumlah RM20,000.”

Itu pengakuan seorang individu yang runsing dan mendedahkan terjebak dengan hutang along sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Menerusi perkongsian Pakar kewangan dan ­hartanah, Dr. Azizul Azli Ahmad, beliau berkata, individu berkenaan pada awalnya hanya membuat pinjaman sebanyak RM1,400.



“Saya banyak kali tulis bagaimana kiraan faedah apabila pinjam along ini.

“Dia (along) tak suka kita bayar hutang dia dan habis cepat. Dia suka kita lambat habis bayar agar faedahnya melambung tinggi,” katanya di Facebook.

Tambahnya, beliau pernah menyaksikan keperitan hidup seorang kenalan akibat terjerat hutang along.

“Kawan kawan, bila kita terjabak along, hanya saudara atau mak ayah yang sanggup tolong.

“Ada yang rumah mak tergadai sebab gila meminjam along ini. Saya jadi saksi hidupnya kini,” dedahnya.

Hantarannya itu turut mengundang reaksi kurang senang orang ramai terhadap individu yang memilih jalan singkat dengan membuat pinjaman daripada along.

“Berpuluh tahun masalah along di Malaysia. Budak pun tahu keburukannya tapi ada masyarakat kita yang masih tak sedar? Pelik sungguh,” komen Danial Idham.

“Semiskin mana pun , jangan berani pinjam along. Jerat diri sendiri tu,” pesan Muhammad Fitri.

“Bukan terjebak tu tapi menjebakkan diri,” ujar seorang lagi pengguna.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2025 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
By the time kau nak bayar RM20k, dia mintak RM35k.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.067743 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list