CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: timeoutzone

Siddiq Ghouse

[Copy link]
Post time 24-4-2011 12:15 PM | Show all posts
tak tau la kat mana dia sekarang , wallahuaklam hidup atau dah mati, tapi kat sekolah aku dulu ada Piala Sidek Ghouse untuk pertandingan bahas,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2011 07:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by jkkkj at 25-4-2011 19:35

Apa yang aku tau,Siddiq Ghouse ni adalah Setiausaha Politik semasa Tun Dr. Mahathir menjadi Timbalan Perdana Menteri.Dia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat dengan agen perisikan Soviet iaitu KGB.Berikutan itu juga,beberapa orang kakitangan Kedutaan Soviet di Kuala Lumpur juga telah diusir serta merta.

Pengumuman berhubungan penahanan dia diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu,Allahyarham Tun Mohd. Ghazali Shafie beberapa hari sebelum Dr. Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keempat.Peristiwa ni berlaku pada tahun 1981.

Itu saja yang aku tau.Kalau ada yang rasa info aku ni tak tepat,korang boleh la tolong betulkan.

Wallahualam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 10:41 PM | Show all posts
Pada  13.7.1981, Kerajaan Malaysia telah mengusir keluar tiga orang pegawai Kedutaan Soviet dari negara ini kerana kesalahan pengintipan. Turut sama ditangkap ialah Encik Siddiq Mohamad Ghouse. Beliau telah ditangkap di bawah akta keselamatan Dalam Negeri (I.S.A.) kerana menjadi agen Polis Rahsia Soviet iaitu KGB dan kegiatannya itu memudaratkan keselamatan negara. Pegawai-pegawai Kedutaan Soviet yang di usir itu ialah Encik G.I. Stepanor, Setiausaha Pertama Kedutaan; Encik V.P.Romanov, Setiausaha Kedua Kedutaan Soviet dan seorang kakitangan bukan diplomatik di bahagian ekonomi kedutaan Soviet iaitu Z.L. Khamidauline. Tan Sri Ghazali Shafie selaku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dalam kenyataan akhbar mengatakan bahawa pihak polis negara ini sudah pun merampas alat-alat yang dibekalkan oleh agen-agen KGB kepada Encik Siddiq Ghouse. Beliau menyatakan bahawa polis telah mula mengadakan pengitipan di atas kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh Encik Siddiq dan tiga orang agen tersebut sejak beberapa bulan yang lalu. Tan Sri Ghazali seterusnya menyatakan bahawa Encik Siddiq selaku agen KGB tidak berjaya mendapatkan sebarang dokumen rahsia dari kerajaan kerana kecekapan pihak perisik Malaysia. Encik Siddiq tidak dapat melakukan sesuatu yang boleh merosakkan keadaan di negara ini. Sesungguhnya pengusiran keluar tiga orang pegawai kedutaan Rusia oleh Kerajaan Malaysia pada hari ini dalam tahun 1981 telah dipandang berat oleh Kerajaan kerana kegiatan khianat ketiga-tiga pegawai itu tidak dapat diterima dan merupakan penyalahgunaan yang berat sebagai pegawai kedutaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 02:56 PM | Show all posts
siddiq ghouse masih sihat lagi dan tinggal di Ukay perdana kalau tak silap aku.
menurut yg aku dengar ada komplot nak elak mahathir jadi Pm, jadi depa kenakan siddiq ni. tapi siddiq di tangkap lepas mahathir angkat sumpah PM kalau tak silap aku. Tak lama kena ISA , lepas tu keluar. Dia masih dapat pencen govt. dan mengamalkan perubatan alternative. kalau ada yg nak jumpa pak siddiq , cari cari le dia kat ukay perdana.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 04:12 PM | Show all posts
Reply 22# jkkkj


baguslah dah ada orang tolong buat sambungan nya..aku nak bagi lagi detail takut info xde kesahihan bahaya juga..
so biarlah rahsia..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 09:27 AM | Show all posts
terer gak kita punya SB yer sampai leh kantoi anggota KGB tu, tapi kan kalo dapat info bagaimana kekantolan itu berlaku dan bagaimana siasatan dan risikan tu di lakukan lebih bagus....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2011 01:38 PM | Show all posts
kalau sidiq ghouse kena tangkap sebelum mahathir jadi Pm, agaknya maybe mahathir tak jadi Pm dan kena tuduh jadi agen komunis jugak agaknya ye.
sebab itu siddiq ghouse serah diri lepas mahathir jadi pm, menurut kata kata org bercerita
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Siddiq Ghouse kena game dengan King Ghaz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2018 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini lah namanya character assination dek non King Ghaz bercita2 tinggi nak jatuhkan sekian sekian orang
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_matjawasp replied at 23-4-2011 02:58 AM
Adakah Sidek Ghouse di bicarakan ?
Ada versi mengatakan Sidek Ghouse ditangkap waktu tu adalah ren ...

Inu versi yabg betul
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba baca dlm buku tun M yg doctor in the house...dia ada ckp indirectly pasal tangkapan sidiq ni konspirasi xnak naikkan dia jd PM ke-4 dulu. Selamat membaca uols
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 10:21 PM | Show all posts
Edited by pintukaca at 25-4-2019 10:23 PM

Siddiq Ghouse ejen KGB ditahan ISA


AKHBAR Utusan Malaysia bertarikh 14 Julai 1981 bertajuk “Siddiq Agen KGB Ditangkap”. Bekas Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Siddiq Mohamad Ghouse ditangkap polis kerana menjadi ejen Polis Rahsia Soviet (KGB). Serentak itu juga, tiga orang pegawai Kedutaan Soviet telah diperintahkan keluar dari negara ini sebelum pukul 12.30 tengah hari esoknya.


SAHIDAN JAAFAR
25 April 2019 12:00 PM



PENANGKAPAN Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Siddiq Mohamad Ghouse di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 13 Julai 1981, iaitu tiga hari sebelum beliau diangkat menjadi Perdana Menteri merupakan suatu peristiwa yang mengejutkan seluruh negara.

J. Victor Morais dalam bukunya Mahathir Riwayat Gagah Berani (1982), menyatakan Siddiq Ghouse yang telah dibuang kerja beberapa hari sebelum ditangkap, pernah berkhidmat selama tujuh tahun sebagai Setiausaha Politik Dr. Mahathir sejak di Kementerian Pelajaran dan diikuti ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sebagai seorang pemimpin yang berani, walaupun bimbang, Dr. Mahathir tetap berada dalam situasi tenang dan tenteram apabila berita bersabit penangkapan bekas Setiausaha Politiknya itu diumumkan secara meluas di radio, televisyen dan akhbar-akhbar tempatan.

AKHBAR Utusan Malaysia pada 29 Jun 1984 memaparkan berita Siddiq Ghouse dibebaskan dengan empat syarat.

Akhbar Utusan Malaysia pada 14 Julai 1981 menyiarkan kes penangkapan Siddiq Ghouse di muka hadapannya dengan tajuk: “Siddiq Agen KGB ditangkap” dan “3 Pegawai Pegawai Kedutaan Soviet diusir keluar 24 jam dari negara ini”.

Buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, tiga orang diplomat Rusia diusir dalam tempoh 24 jam dan kerajaan mengesahkan bahawa Siddiq Ghouse telah menjadi ejen Polis Rahsia Soviet (KGB).

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 14 Julai 1981 menegaskan, polis sudah pun merampas alat-alat yang dibekalkan oleh KGB Soviet kepada Siddiq termasuk kamera, beg dengan petak-petak yang sulit dan sebuah radio dengan bunyian khas mengikut saluran frekuensi khas yang digunakan oleh ejen KGB untuk menghubunginya.

Ghazali berkata, Siddiq ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)kerana kegiatan-kegiatannya memudaratkan keselamatan negara. Siasatan polis sejak awal 1979 lagi berjaya mengesan penglibatan Siddiq dan mendapati beliau telah membuat satu bentuk perhubungan dengan seorang pegawai KGB yang menimbulkan syak wasangka. Pegawai KGB itu ialah V. P. Romanov, seorang Setiausaha Kedua di Kedutaan Soviet di Kuala Lumpur.

“Pengesanan rapi oleh polis tentang perhubungan Romanov dengan Siddiq membuktikan Romanov telah berjaya menjadikan Siddiq seorang ejen KGB” tegas Ghazali Shafie lagi.

Perisikan yang dijalankan pihak Polis Cawangan Khas mendapati ejen KGB selalu menemui Siddiq pada waktu malam ‘dalam gelap’ dan sesetengah pertemuan itu dibuat dalam kereta Siddiq sendiri. Jabatan Perdana Menteri pula mengesahkan bahawa Siddiq telah dibuang kerja beberapa hari sebelum beliau ditangkap. Di samping menjadi Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Dr. Mahathir, Siddiq ialah Timbalan Ketua UMNO Sungai Petani Kedah dan pernah menjadi Presiden Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC).

Kenyataan Kementerian Luar pula menyatakan: “Kerajaan memandang berat akan kegiatan-kegiatan mengintip yang dilakukan oleh tiga orang pegawai Kedutaan Soviet, V. P. Romanov, G. I. Stepanov dan Z. I. Khamidouline.

“Kegiatan-kegiatan seumpama itu adalah tidak dapat diterima dan merupakan penyalahgunaan akan kedudukan mereka sebagai pegawai-pegawai kedutaan. Tambahan lagi, kegiatan-kegiatan ini merupakan ancaman langsung kepada keselamatan negara.

“Kerajaan menganggap bahawa dengan kehadiran mereka seterusnya di Malaysia akan menjadi ancaman kepada keselamatan Negara dan boleh menjejaskan kepentingan hubungan baik antara Malaysia dan Kesatuan Soviet” (J. Victor Morais 1982: 166).

Kementerian Luar Negeri seterusnya telah memanggil Kuasausaha Soviet dan menyampaikan kepada beliau keputusan kerajaan bahawa V. P. Romanov, G. I. Stepanov dan Z. I. Khamidouline adalah ‘persona non grata’ (orang yang tidak dikehendaki) dan meminta kedutaan membuat persiapan untuk memboleh-kan mereka meninggalkan Malaysia dalam tempoh 24 jam.

“Dr. Mahathir berkata beliau sedar tentang kegiatan Siddiq (sebagai ejen KGB) sejak tahun 1979. Beliau terus mengekalkan sebagai pembantunya kerana untuk menyenangkan polis mengutip bukti-bukti terhadapnya dan ejen-ejen Soviet” (J. Victor Morais 1982: 168).

Dr. Mahathir seterusnya mengucapkan tahniah kepada pihak polis kerana berjaya melakukan penyiasatan terhadap kegiatan Siddiq dan menganggap beliau seorang yang tamak kerana sanggup menjual rahsia negara sendiri demi semata-mata untuk wang.

Dr. Mahathir menjelaskan keselamatan negara tidak terjejas memandangkan apa yang dilakukan Siddiq, tidak ada yang berguna bagi ejen-ejen Soviet dan beliau tidak dibenarkan memegang dokumen berdarjah ‘rahsia besar’ negara ketika bertugas sebagai Setiausaha Politiknya.

Morais menyatakan, kes pengintipan Siddiq sebagai ejen KGB merupakan suatu peristiwa yang serius yang semestinya dianggap sebagai suatu amaran oleh kerajaan bahawa dari semasa ke semasa wujudnya anasir yang tidak bertanggungjawab bersedia untuk menjual rahsia negara demi untuk kepentingan peribadi mahupun tujuan ideo-logi pihak tertentu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.065674 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list