CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16341|Reply: 0

Tamat nyawa sendiri kerana bakal mentua minta mas kahwin RM69,000

[Copy link]
Post time 15-1-2025 08:11 AM | Show all posts |Read mode

Kekasihnya turut berkongsi kesedihan atas pemergian Andi menerusi Instagram. Foto Agensi



KUPANG - Seorang askar mengambil jalan tidak wajar menamatkan nyawa sendiri kerana tertekan dengan permintaan mas kahwin yang ditetapkan bakal mentuanya.

Tragedi itu menimpa Prajurit Satu (Pratu) Andi Tambaru, 24, anggota Komando Distrik Militer (Kodim)1627 Rote Ndao, Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia pada akhir minggu lalu.

Kematian Andi turut dikongsi kekasihnya, Manja Mooy menerusi akaun Instagram miliknya.

Wanita tersebut meluahkan rasa sedih dan menyebut Andi sebagai lelaki terbaik pernah dikenalinya.

Menerusi laporan Pos-Kupang.com. anggota tentera itu dikatakan sempat bertemu dua rakannya di lokasi berbeza untuk berkongsi masalah tersebut.

"Dia kecewa kerana hanya mempunyai 40 juta rupiah (RM11,000) sedangkan mahar yang diminta mentuanya adalah 250 juta rupiah (RM69,000)," jelas laporan itu lagi.

Andi kemudiannya menuju ke sebuah lokasi berhampiran Bandara DC Saudale Rote, Kabupaten Rote Ndao yang terdapat sebatang pohon asam di mana dia mengambil keputusan tersebut tanpa berfikir panjang.

Mayatnya ditemukan oleh petugas bandara yang sedang melakukan rondaan dan dimaklumkan kepada pegawai atasannya.

Sementara itu, Komander Resor Militer (Danrem) 161 Wira Sakti Kupang, Brigadier Jeneral TNI, Joao Xavier Barreto Nunes mengesahkan insiden tersebut dan menyatakan motif asmara sebagai punca dia berbuat demikian. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.141749 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list