CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7921|Reply: 0

Individu termuda ski sendirian ke Kutub Selatan

[Copy link]
Post time 15-1-2025 04:45 PM | Show all posts |Read mode
TANGKAP layar daripada video disiarkan CBS News menunjukkan Karen Kylleso ketika dia ski bersendirian ke Kutub Selatan.

Oslo: Seorang gadis Norway berusia 21 tahun menjadi individu termuda ski bersendirian dan tanpa bantuan ke Kutub Selatan.
Karen Kylleso mencipta rekod itu pada Isnin, 114 tahun selepas rakan senegara dan penjelajah kutub, Roald Amundsen menjadi orang pertama yang sampai ke Kutub Selatan.

Kylleso dilahirkan pada 9 Mei 2003 dan menempuh perjalanan sejauh 1,130 kilometer dalam tempoh 54 hari.

"Ia hebat dan agak pelik," katanya kepada saluran televisyen Norway TV2.

"Saya sudah tentu merasakan pencapaian dan gembira namun harus mengakui ia juga agak pelik untuk meninggalkan pengalaman yang saya alami ini sejak dua bulan lalu," katanya.

Gadis Scandinavia itu merampas Rekod Dunia Guinness (GWR) sebagai individu termuda yang berada di Kutub Selatan, secara solo dan tanpa bantuan, daripada warga Perancis Pierre Hedan.


Hedan mencipta rekod itu pada 7 Januari tahun lalu, pada usia 26 tahun.

KAREN Kylleso mencipta rekod itu pada Isnin. FOTO Instagram
Kylleso mempunyai ketinggian 1.52 meter dan berat 48 kilogram (kg) menarik kereta luncur seberat 100 kg, atau dua kali ganda beratnya, dalam usahanya untuk mencapai kutub berkenaan.

Dia tiba lewat pada malam Isnin dalam suhu sekitar -25 darjah Celsius.

"Saya sebenarnya mendapati ia agak jelik apabila saya tiba di sini," katanya kepada TV2.

"Selepas 54 hari (menyaksikan) alam semula jadi yang indah, kamu tiba dan terdapat bangunan, mesin. Ia kelihatan sangat tidak sesuai di sini," katanya, merujuk kepada pangkalan penyelidikan Amundsen-Scott Amerika Syarikat.

Kylleso berlatih selama enam tahun untuk meraih pencapaian itu dan terpaksa memperlahankan langkahnya menjelang penghujung misinya, mengalami apa yang dia percaya sebagai asma yang disebabkan oleh cuaca sejuk.


Disiarkan pada: Januari 15, 2025




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.617025 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list