CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25307|Reply: 6

Justin Bieber jatuh miskin, isteri terlampau boros

[Copy link]
Post time 15-1-2025 09:15 PM | Show all posts |Read mode
Selepas empat tahun berehat dari dunia muzik, penyanyi Justin Bieber dilaporkan mula mengalami masalah kewangan.

Kewangan Justin menjadi tidak stabil berpunca daripada sikap boros isterinya iaitu Hailey Bieber yang mengawal dan berbelanja wang miliknya tanpa batasan.

Malah Hailey didakwa turut menggunakan wang milik Justin bagi membayar kos menyewa pesawat peribadi yang dianggarkan puluhan juta dolar setiap kali ingin bercuti.



“Hailey seorang yang boros malah pernah membelanjakan puluhan juta terbang ke seluruh dunia menggunakan jet peribadi.

“Justin pula semakin terasing daripada rakan-rakan dan keluarganya. Hailey sudah mengawal dia sepenuhnya,” kata sumber pasangan tersebut.

Bagi memastikan status kewangannya kembali stabil, Justin, 31, dilaporkan sudah kembali ke studio bersama penerbit terkenal Mk.gee bagi menentukan arah baharu kariernya.

Penyanyi lagu ‘Despacito’ itu sedang mengumpul lagu baharu selain merancang mengadakan konsert jelajah dunia dalam beberapa tahun akan datang.

Pada 2021, Justin mendedahkan dia menderita sindrom Ramsay Hunt yang menyebabkan bahagian kanan wajahnya lumpuh sementara.

Susulan itu, Justin turut membatalkan konsert jelajah dunianya iaitu ‘Justice’ pada 2022 dan 2023.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2025 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu elok2 ngan kak lina jadi hal
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 12:12 PM | Show all posts
Yo laa semua salah bini! macam la dia tu baik sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorg ni kalo bercerai masak gak justin ni kan? katanya dulu masa kawen xde prenup?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 12:53 PM | Show all posts
wow guna khidmat private jet Kolin ketuwww..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 01:02 PM | Show all posts
alesandra replied at 16-1-2025 12:51 PM
Diorg ni kalo bercerai masak gak justin ni kan? katanya dulu masa kawen xde prenup?

cinta kabadi kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2025 01:16 PM | Show all posts
Dah tu, si Justin ni dah kena nasi kangkang ke apa? Hal kewangan tak jaga betul, salahkan bini. Dah kalau bini tu kaki boros, perabih duit harta kau, takkan kau dok diam gituuuu tunggu org ajak masuk studio buat lagu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.791596 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list