View: 8267|Reply: 7
|
Dah jadi peninju, netizen suruh bantai Hafidz Roshdi sampai lunyai
[Copy link]
|
|
Pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi kini mengubah kerjayanya daripada pelakon kepada seorang peninju.
Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 31, telah mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Twins Championship yang akan berlangsung di Seremban pada 15 Februari nanti.
Menerusi hantaran dalam akaun Instagram rasmi Twins Championship, Hafidz bakal berdepan dengan lawannya iaitu Raj Shankar yang merupakan seorang pelawak komediri.
Menerusi tinjauan Kosmo Online dalam media sosial, kebanyakan netizen menunjukkan sokongan kepada Raj agar dia dapat menewaskan Hafidz pada hari pertandingan itu nanti.
“Ramai orang Melayu sokong Raj. Raj adalah harapan kami. Tolong kasi dia lunyai. Bantai dia cukup-cukup,” komen netizen.
Sementara itu, Raj yang terkejut dengan sokongan yang diberikan kepadanya turut meninggalkan komen yang mencuit hati.
“Jangan risau semua. Saya takkan ‘bantai’ dia teruk sangat. Takut tak boleh naik mahkamah nanti,” tulisnya.
Sebelum ini, Hafidz pernah dilanda kontroversi hebat selepas dia didakwa menumbuk bekas isterinya, Nurul Shuhada pada Mac 2023 yang ketika itu masih bergelar isterinya. Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan mereka bercerai talak satu pada 27 Julai 2023.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
didakwa menumbuk bekas isterinya, Nurul Shuhada pada Mac 2023 yang ketika itu masih bergelar isterinya
------
Rasanya time tu apis dah lafaz talak bulma Feb.
'Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini mengesahkan lafaz cerai talak satu yang dibuat pelakon Hafidz Roshdi terhadap isterinya Shuhada secara lisan pada 22 Februari lalu adalah sah dan mengikut hukum syarak.'
Oh la si Raj ni standup comedian ke? Patutlha x de rupa siap pakai spec. Ni si apis dah bergym siap jd PT ni kang terbelasah lebih lak si raj ni. Pun nanti jadi hal dgn netizen. |
|
|
|
|
|
|
|
Doa acik forum dimakbulkan. Selalu gelar piz tinju, memang jadi peninju betul. |
|
|
|
|
|
|
|
konon katanya kene tumbuk padahal???
Member tu mengelak godaan sampai tertepis frame cermin mata
|
|
|
|
|
|
|
|
Ehhh banyak cakap pulak si raj ni menganjing pulak
Harap piztinju bantai cukup2 raj ni
#Teampiztinju
|
|
|
|
|
|
|
|
Pehal nk tumbuk apiz? Tumbuk la janda dia smpai lunyai apiz tepis je , muka jd berdarah sbb bingkai spek tu |
|
|
|
|
|
|
|
Re-match la balik lwn ngan aedy ashraf tu. Ni apasal muka raj ni mcm tiktoker yg suka buat review filem ayat kelakar tu si ravi zephyr |
|
|
|
|
|
|
|
Berbeza sungguh pemikiran netizen dan forumer
No wonder ngai boleh mendunia tayang kipap
|
|
|
|
|
|
|
| |
|