ANGKAT SUMPAH: Ewon mendahului upacara mengangkat sumpah sebagai Jaksa Pendamai di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.
KENANGAN: Ewon merakamkan gambar kenangan bersama semasa upacara mengangkat sumpah sebagai Jaksa Pendamai di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mendahului upacara mengangkat sumpah sebagai Jaksa Pendamai di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.
Upaca disusuli Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr Joachim dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Profesor Datuk Dr Kasim Mansor.
Turut mengangkat sumpah ialah Datuk Zakaria Mohd Idris, Datuk Guan Hock, Koh Siew Boon, Datuk Liew Kim Choong, Bakri @ Norzaidi Ali Omar, Juddy Chu Yen Tien dan Yee Tsai Yiew.
Kesemua sepuluh orang Jaksa Pendamai terbabit mengangkat sumpah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Datuk Celestina Stuel Galid selepas dikurniakan anugerah itu daripada mantan Yang DiPertua Negeri Sabah (TYT), Tun Juhar Mahiruddin Oktober tahun lalu.
Majlis angkat sumpah turut dihadiri Majlis Jaksa-Jaksa Pendamai Sabah (MAJAPS) yang diketuai oleh Presiden MAJAPS Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos Malakun.
|