View: 17863|Reply: 4
|
[Tempatan]
Berang dihina lemah syahwat, pekerja kurier bunuh wanita
[Copy link]
|
|
Seorang pekerja kurier ditahan polis kerana didakwa membunuh wanita yang dikenali menerusi aplikasi janji temu, gara-gara berang selepas dihina mangsa.
Suspek yang berusia 32 tahun didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 7 Januari lalu.
Memetik laporan Okezone, suspek yang berasal dari Natuna, Kepulauan Riau, pada mulanya berkenalan dengan mangsa menerusi aplikasi Michat.
Suspek kemudian mahu melanggan mangsa dan kedua-duanya bersetuju dengan kadar bayaran sebanyak 300,000 rupiah (sekitar RM82.44).
Ketika pertemuan pertama kali di bilik sewa mangsa di Bunguran Timur, suspek mendakwa wanita berkenaan mengatakan dirinya mengalami lemah syahwat.
Berang dihina, suspek menjerut leher mangsa menggunakan tali yang ditemui di bawah katil sehingga wanita tersebut tidak bernyawa.
"Setelah membunuh mangsa, pelaku meninggalkan lokasi dan melemparkan tali ke laut untuk menghapuskan barang bukti," kata Pesuruhjaya Polis Daerah Natuna, Paten Tarigan.
Ujarnya, suspek didakwa mengikut Perkara 340 bersempena Perkara 338 Kanun Jenayah, dan berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dari orang tak tahu, terus jadi satu dunia tau ko lemah syahwat
Inilah yang terjadi jika meletakkan maruah pada totey |
|
|
|
|
|
|
|
Harap acik2 bodgosip yg suka melucah pasal size penis retis insaf ya |
|
|
|
|
|
|
|
teruna lagi kot masih tak pandai
tu pun nak marah patutnya dia amik ejekan tu sebagai motivasi ni gi bunuh pulak
btw berzina haram bagi umat islam |
|
|
|
|
|
|
|
jgn main2..'mende2 camni'....kan dh jadi.Mohon amik iktibar ye semua... |
|
|
|
|
|
|
| |
|