CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26952|Reply: 0

[Dunia] Berang tolak lelaki pilihan keluarga, anak gadis mati ditembak bapa

[Copy link]
Post time 16-1-2025 09:09 PM | Show all posts |Read mode
Seorang gadis berusia 20 tahun maut ditembak oleh bapanya, gara-gara menolak untuk dijodohkan dengan jejaka pilihan keluarga.

Memetik laporan media tempatan, kejadian tragis itu berlaku empat hari sebelum majlis perkahwinan gadis tersebut dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.

Dalam kejadian yang berlaku pada malam Selasa (14 Januari) di rumah keluarganya di Gwalior, Madhya Pradesh, mangsa maut akibat tembakan yang mengenai dahi serta lehernya.



Difahamkan sebelum kejadian, mangsa memuat naik video di media sosial bagi meluahkan tekanan dan ancaman yang diterima daripada keluarganya berhubung perkahwinan tersebut.

"Saya mahu berkahwin dengan Vicky (kekasih). Keluarga saya pada mulanya bersetuju tetapi kemudian menolak. Mereka memukul saya setiap hari dan mengugut untuk membunuh saya.

"Jika sesuatu berlaku kepada saya, keluarga saya yang bertanggungjawab," ujar mangsa dalam video berdurasi 52 saat yang tular di media sosial.

Mangsa dikatakan sudah menjalin hubungan cinta dengan kekasihnya selama enam tahun.

Polis sudah memberkas bapa mangsa dan kes kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.040938 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list