CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10539|Reply: 7

[Jenayah] Rela muflis daripada bayar hutang tinggi. Pinjaman peribadi punca ramai bankrap

[Copy link]
Post time 19-1-2025 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode




Putrajaya: Jabatan Insolvensi (MDI) mendedahkan ada pihak tertentu sanggup dikenakan tindakan muflis akibat gagal membayar hutang yang besar bagi mengelak menanggung beban kewangan.

Taktik itu bagi mengelak komitmen bayaran pinjaman yang tinggi dikenakan institusi kewangan atau pemiutang berbanding bayaran bulanan kepada MDI yang jumlahnya jauh lebih rendah berdasarkan kemampuan individu bankrap.

Ketua Pengarah MDI, Datuk M Bakri Abd Majid, berkata proses penetapan sumbangan bulanan oleh jabatan itu dibuat berdasarkan kemampuan sebenar individu bankrap dan bukannya berdasarkan jumlah tuntutan hutang yang difailkan pemiutang.

Susulan itu, beliau berkata, kes membabitkan hutang besar dan penetapan sumbangan bulanan MDI yang rendah, jelas tidak mencukupi untuk melunaskan keseluruhan hutang berkenaan.


Katanya, ia membuka ruang penyalahgunaan sistem kebankrapan oleh individu yang cuba mengelak memenuhi tanggungjawab kewangan mereka.

Menurut M Bakri, keadaan itu tidak seharusnya berlaku kerana sistem kebankrapan perlu digunakan sebagai mekanisme untuk membantu individu muflis dan bukannya alat bagi mengelak membayar hutang.


"Memang ada kes penghutang sanggup dibankrapkan semata-mata untuk membayar jumlah yang minimum. Ini kerana apabila perintah kebankrapan diisytiharkan mahkamah terhadap mereka, sumbangan bulanan ditetapkan MDI jauh lebih rendah berbanding bayaran bulanan sebelum dibankrapkan.


"Kita percaya taktik manipulasi sistem kebankrapan ini digunakan pihak tertentu untuk mengelak membayar hutang tinggi, sekali gus dapat mengelak bebanan kewangan. Malah mereka mungkin meraih keuntungan jangka panjang jika wang pinjaman itu sudah dilaburkan, termasuk membeli hartanah atas nama orang lain.

"Jadi, bagi mengelak kerugian akibat hutang tidak berbayar selepas peminjam dibankrapkan, institusi kewangan perlu lebih tegas meneliti permohonan pinjaman dan memastikan hanya mereka yang layak menerima kemudahan itu bagi mengelak ia dimanipulasi," katanya kepada BH.

Bantuan pihak tertentu

M Bakri memberi contoh, pihaknya mengesan kes kakitangan kerajaan gred rendah yang membuat pinjaman hampir RM1 juta dan kemudian diisytiharkan bankrap kerana tidak mampu membayar pinjaman berkenaan yang akhirnya dikenakan sumbangan bulanan hanya RM200.

Beliau berkata, individu terbabit memohon beberapa pinjaman kewangan berskala besar melebihi kelayakannya dan kelulusan permohonan itu dipercayai diperoleh dengan bantuan pihak tertentu.

"Kita hairan bagaimana kakitangan Gred 29 layak mendapat pinjaman melebihi RM700,000 dan kemudian diisytiharkan bankrap selepas gagal membayar hingga berhenti kerja.

"Wang pinjaman itu mungkin disimpan atau dilabur ke tempat lain bukan atas namanya. Apabila kes ini ditadbir MDI, dia hanya perlu membayar sumbangan bulanan RM200 dan kita percaya ini antara contoh taktik individu bankrap mengelak bayaran besar kepada pemiutang.

"Sebenarnya mereka tahu kesan perintah kebankrapan itu tidak menjejaskan kehidupan harian yang berjalan seperti biasa, malah sumbangan bulanan dikenakan MDI adalah minimum. Jika menepati syarat serta tempoh ditetapkan antara tiga hingga lima tahun, mereka boleh dibebaskan daripada muflis," katanya.

Menurutnya, kelonggaran syarat pinjaman ditawarkan institusi kewangan dan kurangnya ilmu pengurusan kewangan dalam kalangan penghutang menyebabkan individu mudah terjerat hutang serius yang mengakibatkan kebankrapan.

"Proses mendapatkan pinjaman peribadi sekarang amat mudah dan menjadi tarikan, terutama golongan muda yang akhirnya terjebak dalam hutang yang membawa kepada bankrap.

"Jadi, institusi kewangan perlu tahu bagaimana untuk mengelak perkara ini daripada diambil kesempatan dan disalahgunakan peminjam pada masa depan," katanya.

Sementara itu, M Bakri berkata, selain bertanggungjawab memastikan proses pentadbiran kebankrapan dijalankan dengan betul mengikut undang-undang dan melindungi hak individu bankrap, pihaknya juga perlu memastikan kepentingan pemiutang diambil kira.

Susulan itu, beliau berkata, jika individu bankrap menyembunyikan maklumat berkaitan harta atau pendapatan lain yang sewajarnya diisytiharkan dalam penyata pendapatan dan perbelanjaan untuk tempoh enam bulan bagi MDI menentukan jumlah sumbangan bulanan itu, pihaknya akan mengambil tindakan komital terhadap mereka di mahkamah.

"MDI akan mengurus dan menghasilkan aset serta harta individu bankrap yang boleh memberi manfaat kepada pemiutang yang memfailkan tuntutan," katanya.





­

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2025 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts


Pinjaman peribadi punca golongan muda bankrap
Oleh Sariha Mohd Ali dan Ilah Hafiz Aziz
Januari 19, 2025 @ 10:31am
[email protected]

PUTRAJAYA: Pinjaman peribadi menjadi punca utama kes kebankrapan khasnya membabitkan golongan muda di negara ini dengan 49.11 peratus atau 15,413 kes direkodkan sehingga tahun lalu.

Amalan gaya hidup mewah mendorong golongan muda terbabit membuat permohonan memiliki lebih satu kad kredit dan menggunakan kemudahan itu tanpa kawalan, menyebabkan mereka akhirnya terjerat dengan hutang yang gagal dibayar sehingga diisytiharkan muflis.

Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi (MDI), Datuk M Bakri Abd Majid, berkata kadar faedah kad kredit yang tinggi antara 15 hingga 18 peratus setahun menyebabkan beban membayar hutang semakin sukar terutama bagi mereka yang baru mendapat pekerjaan.

Beliau berkata, sebagai contoh, pihaknya merekodkan sebanyak 2,776 kes bankrap akibat pinjaman peribadi ini berlaku sepanjang tahun lalu, iaitu meningkat berbanding 2,225 kes sama pada 2023 dengan kebanyakan golongan muda yang terbabit berusia antara 25 hingga 44 tahun.

"Golongan muda mudah tertarik dengan gaya hidup mewah dan kegagalan mengurus kewangan dengan baik menyebabkan mereka terjerumus dalam hutang pinjaman yang tidak dibayar hingga akhirnya menyebabkan diisytihar muflis.

"Jadi, kita berharap institusi kewangan dapat mengetatkan syarat kelulusan pinjaman membabitkan golongan muda dengan memastikan hanya mereka yang layak saja diberi kemudahan itu, sekali gus dapat mengurangkan jumlah mereka yang bankrap akibat ketidakmampuan membuat bayaran semula," katanya kepada BH, hari ini.

M Bakri berkata, keadaan bertambah buruk apabila mereka yang diisytiharkan bankrap ini tidak hadir dan gagal memberi kerjasama yang baik kepada pihaknya, menyebabkan MDI sukar membuat penilaian dan jadual pembayaran sumbangan bulanan kepada pemiutang.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan MDI sukar meyakinkan pemiutang bagi melepaskan mereka daripada bankrap sama ada secara pelepasan menerusi sijil Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) atau pelepasan automatik.

"Kita akui ada sekatan dan halangan mengikut Akta Insolvensi 1967 terhadap mereka yang diisytiharkan muflis termasuk tidak boleh keluar negara atau menjadi pengarah syarikat.

"Bagaimanapun, halangan itu boleh dilonggarkan jika mereka membuat permohonan kebenaran kepada KPI dengan syarat tertentu yang perlu dipatuhi. Sebab itu, kita mahu individu yang bankrap ini memberi kerjasama dan hadir ke pejabat untuk kami bantu menyelesaikan status kebankrapan mereka," katanya.

Sementara itu, M Bakri berkata, MDI merekodkan seramai 133,844 individu masih berstatus muflis di negara ini sehingga akhir bulan lalu, iaitu berkurangan berbanding 233,483 orang pada sepanjang 2023.

Beliau berkata, tindakan kebankrapan itu menyebabkan harta individu terbabit akan diserahkan kepada pihaknya untuk penghasilan dan pengagihan kepada pemiutang.

"Malaysia melaksanakan Dasar Peluang Kedua (DPK) pada tahun lalu yang memberi peluang individu bankrap dilepaskan daripada status muflis bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan baharu, seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara.

"Sasaran pelepasan 130,000 orang bankrap menerusi DPK ini dilakukan pada tahun lalu tetapi kita berjaya membebaskan 142,510 individu daripada muflis," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2025 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar pape asal bergaye
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Camtu ke konsep anti-riba?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga PAS akan hapuskn sistem perbankan ini apabila jadi kerajaan kelak
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 04:48 PM | Show all posts
untuk kekalkan n tambah subsidi dan bantuan kewangan kpd rekyat Mesia

kerajaan perlu tambah n tingkatkan hutang negara setiap tahun

jika kerajaan x bayar utang ni

ada kemungkinan tak negara akan bankrupsi?

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-1-2025 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru dapat info tak lama lagi syarat untuk apply personal loan akan jadi ketat. Pastinya berita yang mendukacitakan untuk kaki² overlap.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Isu ni tiap2 tahun keluar. Kalau dah pinjam utk beli rumah dan kereta tu patut dah block utk loan2 yg lain sebab confirm mmg takkan boleh bayar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1207 Replies : 615
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 25331 Replies : 1504
Bella Astillah sebak miliki mikrofon sendiri -“Lama sangat dia nantikan saat ini”
Tinot7Bella Astillah sebak miliki mikrofon sen
Views : 2994 Replies : 99
Dapat perkhabaran Datuk Seri Panglima Bung Mokhtar meninggal dunia malam tadi
orkid_amaniDapat perkhabaran Datuk Seri Panglima Bu
Views : 5868 Replies : 122
Edisi SELAMAT TINGGAL 2025
telracsEdisi SELAMAT TINGGAL 2025
Views : 586 Replies : 52
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 42844 Replies : 760
Suami Zizie Ezette,  Datuk Seri Bung Moktar Radin Meninggal Dunia. Al-Fatihah.
FarnorSuami Zizie Ezette, Datuk Seri Bung Mok
Views : 6430 Replies : 193
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 332247 Replies : 3345
[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION - Jeon Do Yeon, Kim Go Eun, Park Hae Soo, Jin Sun Kyu ~ 5 December 2025
Rahah[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION -
Views : 461 Replies : 16
Bersembang Tentang nombor V9
tudung_bawalBersembang Tentang nombor V9
Views : 4341 Replies : 6441

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-12-2025 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.052398 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list