View: 30174|Reply: 0
|
Suspek tikam Saif Ali Khan dah diberkas
[Copy link]
|
|
Mumbai: Seorang lelaki ditahan di Thane, Maharashtra awal pagi ini kerana didakwa menikam bintang Bollywood, Saif Ali Khan di kediamannya, baru-baru ini.
Individu dikenali sebagai Mohammed Aliyan diberkas pihak berkuasa dekat Estet Hiranandani di Kasarvadavali kira-kira 35 kilometer (km) dari kediaman Saif.
Lelaki terbabit menggunakan nama palsu iaitu Vijay Das kerana takut ditangkap. Dia pernah berkerja sebagai kakitangan pengurusan premis di sebuah bar di Thane.
Saif, 54, mengalami kecederaan apabila ditikam beberapa kali di bahagian leher serta tulang belakang ketika insiden. Rumahnya di Bandra diceroboh seorang individu yang kemudian menyerangnya awal pagi Khamis lalu.
Dia ditikam enam kali dan terus dikejarkan ke Hospital Lilavati di mana dia menjalani pembedahan bagi merawat kecederaannya itu.
Bilah sepanjang 2.5 inci dikeluarkan dari tulang belakangnya selepas pembedahan selama lima jam itu. Doktor memaklumkan dia semakin beransur pulih.
Semalam, seorang suspek yang dikenali sebagai Aakash Kailash Kannojia, 31, ditahan di stesen kereta api Durg di Chhattisgarh.
Lelaki terbabit ditahan kerana dikatakan mirip penjenayah yang dituduh terbabit dalam kes tikaman itu.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|