View: 8804|Reply: 8
|
[Tempatan]
Menara KL Bertukar Warna Jadi Hijau!
[Copy link]
|
|
Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Nazli Saad, berkata idea itu tercetus secara spontan ketika satu majlis yang diadakan bersama Media Prima Berhad.
Menara Kuala Lumpur akan disinari dengan lampu hijau setiap malam selepas ini yang mana menandakan masuknya waktu solat Maghrib dan Isyak di Wilayah Persekutuan.
Katanya, pencahayaan hijau itu juga sebagai usaha untuk mendekati komuniti setempat.
“Kerjasama bersama Media Prima ini termasuk TV3, TV9 dan Tonton sekali gus mencerminkan komitmen bersama dalam mempromosikan nilai positif dan mengukuhkan perpaduan.
“Pencahayaan hijau ini adalah cara yang ringkas tetapi bermakna untuk memberi inspirasi kepada refleksi dan menggalakkan kebersamaan dalam komuniti kita.
“Inisiatif ini mengukuhkan dedikasi Menara Kuala Lumpur dalam menyumbang kepada masyarakat termasuk menyokong program yang memupuk perpaduan budaya dan sosial,” katanya dalam kenyataan semalam.
Difahamkan pelbagai program dianjurkan oleh pihaknya pada tahun ini termasuk menganjurkan Majlis Cerapan Rasmi Anak Bulan Ramadan dan Syawal.
“Meraikan tradisi rakyat Malaysia iaitu Pertandingan Memasak Bubur Lambuk, Sesi Iftar di Dari Dapur TEMU bersama anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan ketika Ramadan.
“Usaha ini selaras dengan misi Menara Kuala Lumpur untuk menyatukan masyarakat dan meraikan warisan Malaysia,” katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tingat The Grinch.
Pehtu tiber teringat PAS. |
|
|
|
|
|
|
|
Menara KL berwarna hijau, semerta ingat PAS. Tersenyum awak ye? |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 20-1-2025 10:08 AM
Tingat The Grinch.
Pehtu tiber teringat PAS.
Warna PAS.. |
|
|
|
|
|
|
|
PAS telah berjaya menawan KL ka? syukur
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm menara jam kat mekah kan, lampu tu tukar kaler bila masuk waktu
risau nau |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 20-1-2025 10:08 AM
Tingat The Grinch.
Pehtu tiber teringat PAS.
Aku terus terbayang props pilihanraya PAS hahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|