CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 28210|Reply: 23

[Tempatan] Fasiliti kolam renang terbuka kepada orang awam yang menginap atapun pemilik rumah di situ:Netizen bidas Wanita Beli dan Diami Kondominium Mewah Kiciwa Kolam Renang Dipenuhi Pelawat Luar

[Copy link]
Post time 20-1-2025 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 20-1-2025 11:14 PM

seorang wanita baru-baru ini mengadu di media sosial mengenai masalah privasi yang dicerobohi pada saban hari di kediaman kondominium yang dibelinya di kawasan eksklusif dengan pemandangan Menara Berkembar Petronas.




Video yang dimuat naik memperlihatkan keadaan fasiliti kolam renang di tingkat atas bangunan berkenaan telah dipenuhi dengan orang ramai yang merangkumi penghuni lain dan pelawat luar.

Apa yang membuatkan dia tidak senang adalah kolam renang yang patut menjadi tempat rehat buat pemilik rumah kini mulai dicampuri dengan penyewa Airbnb.

Bagi dirinya, kehadiran orang ramai ini telah mengganggu privasi mereka untuk menikmati fasiliti kolam renang dengan tenang yang dahulunya eksklusif buat para pemilik sahaja.

“Dekat rumah pun tiada privasi dah sekarang ni”, tulisnya pada kapsyen

Video yang dikongsikan semula oleh pengguna X itu telah meraih perhatian dan majoritinya membidas wanita tersebut kerana fasiliti kolam renang itu terbuka kepada orang awam yang menginap atapun pemilik rumah di situ.

Selain itu, ada yang menegaskan wanita itu hanya membeli rumah sahaja dan bukannya keseluruhan fasiliti kolam renang untuk dibuat macam harta benda sendiri pula.

Tidak kurang juga, netizen mengandaikan jika kalau wanita itu sebenarnya hanya mahu publisiti murahan dalam menayang kemampuan dia mendiami kondominium mewah yang puratanya mencecah jutaan ringgit pada hari ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2025 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ramai pun orang macam kat public pool. Sundel.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kot ye pun meka penyewa air bnb ja, they paid for the service yach.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak privasi sangat kena buat pool sendiri kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 01:45 AM | Show all posts
Dahlaa pakai macam kerbau berkubang..privacy konon
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Infinity pool ni mcm pernah tengok.  Adakah pool hotel sebenarnya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2025 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
halah2 menda mcm ni pun nak mengadu
macam la sentiasa ada org pun
kadang2 je ramai
baru jumpa kolam ke guane
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 08:24 AM | Show all posts
Samerosie replied at 21-1-2025 07:09 AM
Infinity pool ni mcm pernah tengok.  Adakah pool hotel sebenarnya?

die mcm serviced apartment.. yg jenis ramai org jadikan airbnb.. kalo tgok foreign vlogger datang kl mostly dorg dok kat airbnb jenis2 camni la..


akak ni kalo nak condo yg x ramai org buat airbnb/homestay bagai kena beli condo/apartment yg bukan ada klcc view or dekat dgan KL city center sbb most of condos/apartment ctu mmg byak yg dijadikan airbnb.. or else beli mana2 apartment/airbnb yg x benarkan owner jadikan unit umah dorg as airbnb

aku paham feeling akak ni, ko beli condo mahal2 with the klcc view dgan ngan city center plak tp bila unit2 lain tu banyak yg diconvert jadi airbnb mulalah berbondong2 ummah B40 dgan yg dtg dari segala ceruk kampung bagai dtg bertandang kat ctu.. niat dihati konon nak hidup within T20 bubble sekali bergelumang ngan ummah PPRT.. kalo civilized ngan well-behaved xperla, ini ngan perangai2 sakai dorg pown diangkut sekali.. mau x meroyan org yg betol2 tinggal kat ctu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2025 08:33 AM | Show all posts
Condo di mont kiara memang tak boleh buat airbnb.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sentap sebenarnya bila duduk condo gini sebab ko bayar maintenance mahal bulan2, pastu tgk muka2 yg berpeleseran enjoy facilities bukan di kalangan neighbour2 ko. Residents jarang pakai facilities sebab sibuk bekerja, weekend pun mostly keluar jalan2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 08:43 AM | Show all posts
konsepnya sama macam parking dalam taman perumahan. Pembeli beli rumah harga premium sedikit sebab depan rumah tidak menghadap rumah jiran. Boleh pulak ntah dari mana kereta parking berhari-hari opposite rumah kita. Alasan..tu parking public.

Hormatlah orang lain. Dah tau kita parking depan rumah orang janganlah kau pulak ada hak parking berhari2 tak bergerak kereta tu jadi tukun.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
ada je management condo tak benarkan buat airbnb
patutnya management condo akak ni buat camtu..jgn bagi airbnb..sbb mmg betul pun, menyemak je...entah famili kampung ulu banat mana datang ramai2 bising dan kotorkan kolam rennag. sometimes pakai tshirt masuk kolam seluar trek
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
laaa dah management ko benarkan buat airbnb merempan la kat sana. nak marah kastemer yg dtg tu knp?? mmg itu pun tujuan depa kebanyakkannya cari airbnb/hotel utk dptkan fasiliti yg takde kat umah depa.
leinkali yearly mtg tu dtg, residen blh buat bantahan   beramai2.
dulu umah iols ni pun sama, pastu ramai uncle/auntie merempan org luar dok keluar masuk bahaya utk residen. terpaksa la yg buat airbnb/homestay katup bisnes.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 10:20 AM | Show all posts
ardent91 replied at 21-1-2025 08:24 AM
die mcm serviced apartment.. yg jenis ramai org jadikan airbnb.. kalo tgok foreign vlogger datang  ...

The Colony/Luxe Kampung Baru.

https://www.mysgprop.com/colony-infinitum-klcc/

Boleh je complain kat management tp i rasa memang condo ni tuk investors to rent out.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 10:31 AM | Show all posts
Samerosie replied at 21-1-2025 10:20 AM
The Colony/Luxe Kampung Baru.

https://www.mysgprop.com/colony-infinitum-klcc/

condo nie ker dia duduk?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 10:35 AM | Show all posts

Yup.  Sekali nengok TT pun sewa bnb jer tapi buat content hahaha.  Quite mahal juga dual key, so i guess owner stay sebelah and rent out sebelah.

Kawan I ada condo kat kg baru gak dia buat bnb but a few years ago, condo management dah tak kasi dah buat bnb all this.  Gelabah dia sebab dia beli solely memang for bnb siap cakap 10 kali cukup dah to cover payment satu bulan. Last i spoke to her dia cari tenant.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2025 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak ni bising dekat X buat apa? Datang la meeting jmb dan minta ban airbnb ni. Sia2 je beli rumah mahal, bayar maintenance fee tinggi tapi kemudahan orang luar pakai. Owners airbnb ni bukan dia ambil tahu pun, dia ambik duit sewa, cuci unit tapi dia duduk tempat lain.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 10:43 AM | Show all posts
Samerosie replied at 21-1-2025 10:35 AM
Yup.  Sekali nengok TT pun sewa bnb jer tapi buat content hahaha.  Quite mahal juga dual key, so i ...

oic...2 org kawan meols dulu dlm 10 tahun lepas, ada beli condo kat Renaissance hotel KL...Cendana tak salah meols nama dia...yg ingat condo tu ada car lift....kwn meols beli loan 12 tahun, sebln dlm 16k katanya...dulu dia mmg stay situ, now dah kerja overseas, taktau dia dah jual or still maintain condo tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 11:03 AM | Show all posts
midori888 replied at 21-1-2025 10:43 AM
oic...2 org kawan meols dulu dlm 10 tahun lepas, ada beli condo kat Renaissance hotel KL...Cendana ...

Oh I know Cendana.  Masa i kerja dgn the chinese PMC kat Heng Yuan refinery PD tu, our head office kat Berjaya Central.  My manager sewa kat Cendana jalan kaki je to work, dia sendiri tak de kereta so kitarang bodek dia park (for free) kat Cendana so we dont have to pay parking kat Berjaya.  Tak tau pula ada car lift.  Masa tu condo depan tu tengah under construction, contractor semua adik beradik company chinese yg i kerja ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 11:12 AM | Show all posts
Samerosie replied at 21-1-2025 11:03 AM
Oh I know Cendana.  Masa i kerja dgn the chinese PMC kat Heng Yuan refinery PD tu, our head office ...

yup ada car lift....meols a bit jakun masa tu tgk car lift...hahaha...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.067358 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list