CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7627|Reply: 6

[Tempatan] Tol percuma tidak selesai kesesakan musim perayaan – Ahmad Zahid

[Copy link]
Post time 22-1-2025 10:04 AM | Show all posts |Read mode



PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpandangan pemberian tol percuma di lebuh raya yang mempunyai tol setiap kali musim perayaan tidak membantu menyelesaikan isu kesesakan.

Susulan itu, katanya, rakyat sendiri perlu mengubah gelagat dan merancang perjalanan terutama setiap kali musim perayaan bagi megelak kesesakan.

“Ketika ini, jumlah gantian dalam bentuk pampasan oleh kerajaan kepada pemegang konsesi tol adalah sekitar RM35 juta sehari.

“Walaupun ianya tidak melibatkan pampasan tunai secara langsung, tetapi konsesi itu terpaksa dipanjangkan.

“Malah, ini (pemberian tol percuma) tidak menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya yang bertol,” katanya ketika ditemui pada Majlis Anugerah Pemenang Rural Business Challenge (RBC) 2.0 2024, di sini hari ini.

Katanya, keputusan untuk tidak lagi meneruskan pemberian tol percuma itu adalah keputusan Jumlah Menteri berdasarkan saranan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Ahmad Zahid berkata, beliau berharap rakyat dapat menjadualkan dan menyesuaikan sendiri perjalanan ketika pulang ke kampung dan kembali ke rumah masing-masing.

“Kita mesti menukar pemikiran daripada memperolehi diskaun ataupun diberikan tol percuma itu sebagai hadiah.

“Tetapi apabila tidak ada hadiah, kita mesti menukar cara kita berkenderaan (merancang) apabila tiba musim-musim perayaan,” katanya.

Sebelum ini, Alexander dilaporkan berkata, kerajaan memutuskan untuk menghentikan pemberian tol percuma sempena musim perayaan bermula tahun ini.

Sumber : Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2025 10:27 AM | Show all posts
bagus idea ni. sebab kalau semua benda percuma mcmana rakyat nak jadi cerdik.  
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah kerajaan PMX kerana telah menunaikan janji untuk memansuhkan tol... Percuma
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 10:58 AM | Show all posts
gituuu
bila bagi dikatanya dpt mengurangkan beban rakyat
especially during perayaan
bila tak bagi kata gini pulak

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 11:13 AM | Show all posts
memang pon.. kalau dikata pemberian tol percuma tu inisiatif nak kurangkan sesak masa musim perayaan.. hmm... mmg tak beri effect pon. Bukan orang kejar sangat pon toll free tu. Yang dia kejar is cuti...

kalau dah cutinya 4 hari.. mmg berpusu la orang balik
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2025 11:40 AM | Show all posts
oooo ...... ingatkan toll percuma setiap perayaan utama tu sebagai "hadiah" untuk rakyat sempena perayaan ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.053190 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list