View: 6243|Reply: 0
|
[Tempatan]
Saya juga melalui neraka itu dan kurungan bersendirian..PMX pertahan pengurangan hukuman Najib Razak
[Copy link]
|
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan kerajaan Malaysia mengurangkan hukuman penjara kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas didapati bersalah dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Dalam wawancara bersama Financial Times di United Kingdom, PMX menyatakan keputusan itu adalah berdasarkan prosedur undang-undang dan memberi ruang kepada Najib Razak menjalani hukuman secara adil.
Saya juga melalui neraka itu dan kurungan bersendirian. Saya tidak diberi makanan luar kecuali makanan penjara.
Bagaimanapun, adakah saya perlu melayan Najib dengan cara yang sama? Saya katakan tidak, maksud saya, beliau adalah perdana menteri (sebelum ini).
Walaupun PMX mempunyai sikap terbuka dalam isu tertentu, beliau menegaskan tidak akan sesekali bertoleransi dengan kes rasuah.
Terutama isu penganiayaan yang didakwa dilakukan terhadapnya pada era 1990-an di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini sedang meneruskan tuntunan saman terhadap PMX atas dakwaan fitnah.
Saya diserang dan hampir mati. Saya sudah maafkan, saya mahu teruskan.
Bagaimanapun, mencuri daripada wang awam, berbilion dan saya tidak mempunyai kuasa untuk memaafkan anda. Anda kembalikan dana itu. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|