CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26304|Reply: 2

[Tempatan] Jabatan Peguam Negara kembalikan semula kertas siasatan PDRM ke atas Khairy Jamaluddin

[Copy link]
Post time 23-1-2025 11:31 PM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bagi mendapatkan beberapa maklumat tambahan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan itu telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 15 Januari lalu.

"Kertas siasatan (PDRM) dikembalikan semula (bagi menunggu laporan forensik yang masih belum siap)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Polis sebelum ini membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM) 1998 terhadap Khairy, berhubung kenyataannya mengenai kewujudan dokumen tambahan membolehkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Susulan itu, keterangan daripada Khairy dirakam pada 13 Januari lalu oleh pegawai polis daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di Studio Keluar Sekejap, di Bukit Damansara dekat sini.

Pada 10 Januari, Datuk Suraya Yaacob iaitu Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Nor Azrina Surip yang merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa membuat laporan polis terhadap Khairy, masing-masing di Putrajaya dan Sentul.

Menerusi salinan laporan polis berkenaan, Suraya dan Nor Azrina mendakwa kenyataan dikeluarkan Khairy yang mengaitkan dua menteri berkenaan adalah tidak benar, memburukkan menteri, mengelirukan dan menimbulkan perasaan tidak senang serta suasana panik dalam kalangan rakyat hingga berkemungkinan boleh menggugat keamanan negara.

Sumber : - BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2025 07:03 PM | Show all posts
kes apa pulak kj ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Inigo-Montoya replied at 24-1-2025 07:03 PM
kes apa pulak kj ni.


https://youtu.be/sJnspmcP6zo?si=vTeq6LhJaLqd1N7F
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.152492 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list