CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15988|Reply: 2

Jersi baharu Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 24-1-2025 09:24 AM | Show all posts |Read mode






KUALA LUMPUR: Selepas melalui proses revolusi, Harimau Malaya terus memasuki era baharu apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memeterai kerjasama empat tahun bersama PUMA Malaysia.


Kemuncak kepada majlis kerjasama itu menyaksikan jersi rasmi Harimau Malaya yang baharu dilancarkan hari ini dengan rekaan warna kebangsaan ikonik pasukan - kuning dan hitam.


Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin menjelaskan kerjasama dengan PUMA menandakan satu lembaran baharu dan menarik untuk bola sepak Malaysia.


"Kepakaran mereka dalam inovasi pakaian sukan dan pengiktirafan global bukan sahaja akan menyediakan pemain kita dengan peralatan yang mereka perlukan untuk bersaing di peringkat tertinggi tetapi juga membantu memupuk hubungan yang lebih mendalam antara pasukan dan penyokong.


"Bersama-sama kita mensasarkan untuk mencipta budaya bola sepak yang lebih bertenaga di Malaysia, memberi inspirasi kepada pemain dan peminat sambil meningkatkan sukan ini ke tahap yang lebih tinggi," kata Hamidin.


Sementara itu, Pengarah Urusan PUMA Asia Tenggara & Oceania, Sanjay Roy pula berkata, kerjasama dengan FAM menandakan satu peristiwa penting bagi PUMA kerana dapat mengembangkan kehadiran jenama itu dalam bola sepak Malaysia.


"Kami berdedikasi untuk melengkapkan Harimau Malaya dengan produk inovatif yang memperkasakan mereka untuk mencapai matlamat sambil meraikan kuasa sukan ini untuk bersatu dan memberikan inspirasi," katanya.


Sumber : - Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2025 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde sape repot kat tiemjei ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Membueng duit rakyet je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.057676 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list