CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11115|Reply: 22

[Tempatan] Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram

[Copy link]
Post time 24-1-2025 09:41 AM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR: Harga emas berupaya mencecah paras tertinggi baharu pada 2025, rekod baharu AS$3,000 (RM13,504.80) seauns atau RM434.19 segram melepasi paras kemuncak AS$2,788 (RM12,550.40) atau RM403.50 segram yang dicatat Oktober 2024, dipacu oleh dasar monetari global yang longgar, ketidakpastian fiskal dan persekitaran geopolitik.

Ketua Pegawai Eksekutif Nubex Sdn Bhd, Mohd Faizal Mohd Nor, berkata kembalinya Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) serta perubahan dasar fiskal di Malaysia seperti inisiatif rangsangan ekonomi dan pelarasan cukai turut boleh mempengaruhi pasaran emas tempatan.

"Pada 2024, emas mencatat peningkatan sekitar 30 peratus, mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap potensi aset ini. Di Malaysia, sekiranya dasar fiskal atau monetari pada 2025 cenderung menyokong pertumbuhan ekonomi melalui kadar faedah rendah atau insentif pelaburan, ia boleh meningkatkan permintaan emas dalam kalangan pelabur tempatan.

"Dasar monetari global yang longgar, inflasi, dan konflik geopolitik kekal sebagai pemacu utama. Di Malaysia, jika Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar faedah rendah untuk menyokong ekonomi, ini akan meningkatkan daya tarikan emas sebagai aset alternatif.

"Selain itu, dasar fiskal domestik seperti subsidi atau tumpuan kerajaan kepada sektor strategik juga boleh mempengaruhi sentimen pasaran emas," katanya kepada BH.

Mengulas lanjut, Mohd Faizal berkata, purata harga emas dijangka didagangkan berlegar sekitar AS$2,750 (RM12,379.40) seauns atau RM398 segram sepanjang tahun ini.

"Permintaan emas dari China dan India kekal signifikan. Di Malaysia, permintaan emas fizikal tempatan, sama ada untuk perhiasan atau pelaburan, turut dipengaruhi oleh kemampuan pengguna yang bergantung pada dasar fiskal seperti cukai atau subsidi kerajaan.

"Sekiranya ringgit terus lemah berbanding dolar AS, harga emas di Malaysia dijangka melonjak. Di samping itu, dasar monetari BNM seperti pelarasan kadar faedah akan turut mempengaruhi pergerakan harga emas tempatan," katanya.

Beliau menjelaskan, pelabur boleh mengambil peluang dengan menyesuaikan strategi berdasarkan perkembangan dasar global dan domestik.

"Di Malaysia, kadar faedah yang rendah atau insentif cukai untuk pelaburan mungkin membuka ruang kepada pelabur untuk meningkatkan portfolio emas mereka," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berpendapat, ketidakpastian ekonomi dan geopolitik menjadi pemacu utama daya tarikan emas sebagai aset selamat.

Katanya, korelasi rendahnya dengan kelas aset lain menjadikannya aset yang kukuh ketika kejatuhan pasaran dan pergolakan geopolitik.

"Di Asia, pemilik emas fizikal menunjukkan keengganan untuk menjual, kemungkinan kerana emas menyediakan perlindungan terhadap kelemahan mata wang di tengah-tengah ketegangan perdagangan yang semakin memuncak.

"Keengganan umum untuk menjual emas secara singkat, walaupun nilainya meningkat dengan ketara, menonjolkan faktor optimistik yang mendalam," katanya.

Innes berkata, elemen utama seperti defisit fiskal AS, diversifikasi bank pusat dalam emas, lindung nilai inflasi serta ketegangan geopolitik mendorong harga emas mencapai tahap tertinggi, walaupun di tengah-tengah pengukuhan dolar AS dan kenaikan hasil bon AS.

"Ramai yang amat menanti-nantikan terhadap dasar perdagangan global Trump yang berpotensi mewujudkan gangguan hanya akan mengukuhkan prospek emas.

"Walaupun permintaan spekulatif di Barat mungkin berkurang, yang mempengaruhi harga niaga hadapan, jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) untuk memperlahan pemotongan kadar pada 2025 disebabkan permintaan perkhidmatan dan pengguna yang kukuh di AS, tidak akan menjejaskan emas," katanya.

Beliau menegaskan, walaupun kadar statik oleh Fed, harga emas mungkin tetap meningkat, terutamanya jika perang dagang mendorong bank pusat global mengurangkan kadar, sambil mengukuhkan dolar AS yang secara tradisinya melemahkan harga emas.

"Melangkah ke hadapan, daya struktur yang telah mendorong kenaikan emas kekal kukuh. Apabila bank pusat BRICS terus mengumpul emas dan permintaan Asia meningkat — baik secara bermusim mahupun sebagai lindung nilai mata wang, sokongan asas untuk emas semakin kukuh.

"Bank pusat juga menjadi lebih sensitif terhadap harga dalam strategi pembelian mereka, kemungkinan memilih untuk membeli ketika harga rendah berbanding mengejar harga tinggi, meletakkan harga lantai emas yang kukuh," katanya.

Menjelang separuh kedua 2025, Innes berkata, jika pertumbuhan AS terjejas akibat konflik perdagangan seperti semasa perang dagang yang lalu, kitaran baru pemotongan kadar mungkin menghidupkan semula minat pelabur terhadap dana dagangan bursa (ETF) emas.

"Potensi peningkatan permintaan emas fizikal ini akan memberikan kesan yang sangat positif terhadap logam berharga itu.

"Walaupun peralihan kepada Fed yang lebih ketat mungkin memberi tekanan sementara pada emas, sebarang kemerosotan ekonomi boleh membuka jalan untuk kenaikan (emas) yang lebih ketara," katanya.

Emas menikmati tahun yang cemerlang pada 2024 dan sebahagian besar daripada pergerakan adalah berdasarkan jangkaan peralihan ke arah persekitaran kadar faedah yang lebih rendah.


Sumber : - Berita Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2025 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Setiap kali kluar berita harga emas naik, aku rasa nk jual gelang emas pemberian nenek aku, jenis tebal berat zaman dulu2, tapi klu aku jual, mak aku plak marah....dajjal nk kluar, berguna lagi ke klu nk simpan emas.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 10:56 AM | Show all posts
Gold Bar 1g dah RM500 segram. Dulu RM100++ je tahun millenium
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 10:57 AM | Show all posts
AkokKocik replied at 24-1-2025 10:46 AM
Setiap kali kluar berita harga emas naik, aku rasa nk jual gelang emas pemberian nenek aku, jenis te ...

kalau tanak jual upgrade la design baru.. then pakai... mmg design dulu2 berat dan kita pun tk rasa nk pakai sbb outdated kan.. so mcm i.. i p tukar design baru.. mmg dpt tinggi woooo
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
AkokKocik replied at 24-1-2025 10:46 AM
Setiap kali kluar berita harga emas naik, aku rasa nk jual gelang emas pemberian nenek aku, jenis te ...

cerita dajjal nak keluar tu 20 tahun dah duk dengar..enjoy your life while it last la kenapa nak takut benda yang tak nampak depan mata
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 11:22 AM | Show all posts
_kelly replied at 24-1-2025 11:19 AM
cerita dajjal nak keluar tu 20 tahun dah duk dengar..enjoy your life while it last la kenapa nak t ...

dajjal keluor nanti nasik pun dah takde guna
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2025 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 24-1-2025 11:22 AM
dajjal keluor nanti nasik pun dah takde guna

ntah2 dajjal dah keluar mana kita tahu kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_PariS replied at 24-1-2025 10:57 AM
kalau tanak jual upgrade la design baru.. then pakai... mmg design dulu2 berat dan kita pun tk ras ...

Camana tu...prg kat kedai...mntk tokey tu timbang emas tu, baru tukar beli design baru sama rega, xpenah buat...betul2 xtau...ajarkn aku sifuuu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2025 12:00 PM | Show all posts
AkokKocik replied at 24-1-2025 11:34 AM
Camana tu...prg kat kedai...mntk tokey tu timbang emas tu, baru tukar beli design baru sama rega,  ...

bawa barang kemas ke kedai contoh habib... suruh dia check berapa harga brg tu skrg.. let say rm5 ribu... jd awak amik lah brg kemas dgn harga rm5 ribu juga..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu bulan 3, aku nak borong gelang + rantai labuh baru.. aku bajet dalam 30-40k..

tp aku tanak beli kat habib / tomei.. aku ada berkenan design simple kat STM...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 12:31 PM | Show all posts
bulan ni langsai EPP 60 gram dengan public gold
so far .. masih belum ada untung lepas tolak spread
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 24-1-2025 12:31 PM
bulan ni langsai EPP 60 gram dengan public gold
so far .. masih belum ada untung lepas tolak spread

Beli gold bar ke kaklid..

I mmg suka sgt beli emas...  tp bukan dlm bentuk gold bar la.... j beli dlm bentuk barang kemas
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila naik emas...Ade dekat 50g nk jual..dl niaga emas org beli ansuran..Dua tiga bulan je bayo..barang dlm tgn iolss dah... Nk let go...nak bt modal p haji...thn ni dpt p haji tp mslh anak2 x de org jaga... Extend 5thn lg..semoga boleh pg gan anak bongsu sekali nanti...Ms tu dia dah 16thn...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 12:54 PM | Show all posts
Edited by sayawifenikmie at 24-1-2025 01:49 PM
green~tea replied at 24-1-2025 12:39 PM
Beli gold bar ke kaklid..

I mmg suka sgt beli emas...  tp bukan dlm bentuk gold bar la.... j bel ...

ye GT
beli gold bar ... dan dekat 10 bulan simpan belum huntung lagi
tapi kak lid ada 3 utas gelang emas 999.99 100g setiap satu (bukan barang kemas)
kak lid beli sekitar 2011 kot
haaaa yg ini dah banyak untung

kak lid dah tak membeli emas perhiasan
sebab dah tak pakai   
kalau pakaipun pakai cincin jer
pairing dengan my apple watch

gitulah bila dah tua ni
serba serbi simpel


Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 12:56 PM | Show all posts
venom1 replied at 24-1-2025 02:56 AM
Gold Bar 1g dah RM500 segram. Dulu RM100++ je tahun millenium

Betul, mahal skang harga. Iolls jual gold bar 5g & tambah sikit duit, dapat la gelang emas besor sikit
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 24-1-2025 12:54 PM
ye GT
beli gold bar ... dan dekat 10 bulan simpan belum huntung lagi
tapi kak lid ada 3 utas gelan ...

Mmg dah tak pakai ke?

I pun dah kurang bernafsu utk pakai emas byk2...  mostly suka beli je pastu simpan dlm box...

Hari2 i duk pakai white gold & diamond tennis bracelet & matching cincin..

Emas kuning jrg sgt dah pakai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2025 01:37 PM | Show all posts
Edited by sayawifenikmie at 24-1-2025 01:39 PM
green~tea replied at 24-1-2025 01:09 PM
Mmg dah tak pakai ke?

I pun dah kurang bernafsu utk pakai emas byk2...  mostly suka beli je past ...

memang dah tak pakai

sebab now dah pakai handsock kalau lengan baju tak tutup pergelangan tangan
tak ada lah kaklid nak pakai gelang kat luar handsock kannnnn
macam orang gila hahhaaha
rantai pun mmg sejak azali tak pakai
adalah pakai masa dulu2 zaman jahiliah
masa pakai tudung on off hehee

dulu2 kak lid bagi mak kak lid pakai barang2 kemas kak lid
now mak pun dah tak nak pakai
dia dah tak sihat dan selalu ulang alik hospital
ada masa kena warded ..
so mak pun dah tak nak pakai barang kemas
dan pulangkan balik pada kak lid

kak lid tak adabarang kemas batu batu
atau emas putih

kak lid ingat nak bawak my doter pi kedai emas
dan tukar barang2 kemas kak lid dengan barang2 yg dia suka
kot la dia suka
makcik tu sejenis tak suka pakai apa apa hiasan kecuali jam
dan now +cincin tunang dan nikah dia

kak lid rasa haruslah mak mertua anak kak lid mcm hmmm
kenapa menantu aku ni tak ada sejanggut udang pun kat badan
hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 24-1-2025 01:37 PM
memang dah tak pakai

sebab now dah pakai handsock kalau lengan baju tak tutup pergelangan tangan


I simpan set utk raya je lah kot eh.. waktu lain i tak pakai sangat sbb pegi keje naik MRT je hahahahaa

Takut safety pakai emas kuning ni.. kalo white gold, diamond org tak heran pun
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 01:47 PM | Show all posts
green~tea replied at 24-1-2025 01:41 PM
I simpan set utk raya je lah kot eh.. waktu lain i tak pakai sangat sbb pegi keje naik MRT je haha ...

haruslah pencopet ingat GT pakai barang kemas silber
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 24-1-2025 01:47 PM
haruslah pencopet ingat GT pakai barang kemas silber


Sbb kalo nak curi, kena curi skali gia  certificate ... nnti tak laku pun

Emas kuning mudah jual..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.241074 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list